bab 31 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

53.7K 3.2K 408
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."

Arin menghampiri katil sebaik selesai menyikat rambut panjangnya di meja solek.Kaki dimasukkan kedalam selimut.

"Awak buat apa eh sekarang?"bisik Arin sendirian.Dan semestinya yang dimaksudkan oleh gadis itu ialah Adrian.

Rasa sunyi mulai menyapa Arin yang masih diam termenung diatas katil itu.Jari - jemarinya bermain antara satu sama lain.Bosan!

Mahu tidur, macam terlalu awal.Tapi kalau tak tidur nak buat apa? Kalau ada Adrian tak pe lah, boleh juga dia menemani lelaki itu menyiapkan kerjanya..

Black dengan Mark?

Selepas saja makan malam, bayang kedua sahabat itu sudah tidak kelihatan.Ni tak lain tak bukan, memang masing - masing dah qada' tidur.Tambah - tambah lagi bila majikan mereka tiada di rumah.Memang puaslah mereka!

"Eh!"

Arin sedikit terkejut apabila telefon yang berada dimeja lampu itu tiba - tiba saja bergetar.Dia mengurut dadanya perlahan sebelum benda alah itu dicapai.Senyuman terukir sebaik melihat nama si pemanggil.

Panggilan video itu segera disambut.

"Hello sayang.."

Melebar senyuman Arin sejurus wajah tampan yang terpapar di skrin telefonnya itu menyapa retinanya.Suara serak lelaki itu menampar lembut halwa pendengarannya.

"Assalamualaikum awak.."

Adrian berdehem.Lupa pula dia nak bagi salam terlebih dahulu.Ehem!

"Waalaikumussalam..Kau buat apa tu?"

Arin menggeleng kepala.

"Tak de apa - apa..Awak pula? Awak dah makan ke?"soal Arin penuh prihatin.

Adrian yang mendengar tersenyum.
Berbunga pula hati lelakinya mendengar pertanyaan prihatin si isteri.Ingin saja gadis itu dibawa kepelukan!

"Aku baru habis mandi..Aku dah makan tadi sebelum pulang hotel..Kau?"

"Dah..Black dengan Mark pun dah makan sekali tadi.."balas Arin dengan senyuman manisnya.Dia tidak ingin lelaki itu risau dengan dirinya disitu.

"So, mana diorang?"

Arin menjongketkan bahu.

"Entah, tidur lah tu."

Adrian mencebik dalam hati.Kalau ada apa - apa yang jadi, memang dia cekik dua orang lelaki itu.Disuruh ikut tak nak, kalau tinggal pula bukan main puas tidur..

"Kau dah kunci pintu? Pintu utama dengan bilik? "

Arin mengangguk.Sebelum dia masuk kebilik tadi, dia sudah memastikan semua tingkap dan pintu dirumah itu telahpun terkunci.Tidak ada yang tertinggal.Pintu bilik mereka pun sudah dikunci dari dalam.

"Sudah..Semua pintu saya dah kunci."

Adrian senyum lagi.Wajah isterinya pada skrin itu diusap perlahan.Dia rindu gadis itu..

"Aku rindu kau lah.."

Arin senyum nipis.Matanya tidak lepas dari memandang wajah Adrian diskrin itu.Dia pun rindu juga, tapi nak buat macam mana lagi kan?

Lagipun suaminya itu kesana bukan main - main.Jadi, kenalah mereka berdua bersabar.

"Tak pe, lusa kan awak dah boleh balik? Sekejap je lagi..Nanti kalau awak pulang saya masakkan sedap - sedap, okay?"

Adrian mengusap perutnya.Huwa, tiba - tiba rindu dengan masakan isterinya itu!

"Alah, kau cakap pasal makanan ni buat aku lapar lah pula..Kan bagus kalau kau ada kat sini..Boleh kau masakkan untuk aku.."

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTМесто, где живут истории. Откройте их для себя