bab 44 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

45.7K 3.1K 977
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."


Adrian, Dato' Nazri dan Raihan hanya diam tanpa sebarang kata dimeja makan tersebut.Jika Adrian dan Tan Sri Nazri diam, maka apa lagi yang ingin Raihan kata kan? Seram!

"Let's eat!"suara riang Karl yang sibuk membantu mengangkat hidangan dari dapur itu sedikit memecahkan kesunyian di situ.

Arin, Datin Anna dan Nasha yang berada sedikit belakang dari Karl itu saling memandang antara satu sama lain.Bulu roma ketiga - tiga wanita itu serta merta mencanak naik apabila menyedari kesunyian yang menguasai seluruh ruangan tersebut.

Macam kawasan perkuburan pun ada!

"Grandpa, papa, dengan Paksu, kenapa senyap je ni? Semua badmood ke?"pelik Karl melihat tingkah semua orang.Kalau boleh, biar bunyi kipas saja yang ingin kedengaran!

"Nanti kalau bercakap kena shoot."sindir Adrian selamba.Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedas.

Dato' Nazri kekal diam walaupun tahu bahawa Adrian menyindirnya.Marahnya pada Adrian dan gadis asing disebelah lelaki itu cuba untuk ditahan.

"Shoot? What does that mean?"petah sekali Karl menyoal.Pelik dengan ayat yang baru saja keluar dari mulut Pak su nya itu.Kena tembak?

Adrian mendekatkan mulutnya ketelinga Karl.Ada sesuatu yang patut diberitahu kepada anak buahnya itu.

"Kena shoot dengan mulut orang tamak, you know? So, jangan bising kalau tak nak kena tembak."sekali lagi ayat sindiran laju meluncur keluar dari mulut Adrian.Entah kenapa, laju saja mulutnya mengeluarkan kata - kata hikmah pada malam itu.

Mungkin sebab Arin ikut kot?

Well, she is his strength.

Yang lain hanya diam tidak mahu menyampuk.Para isteri laju saja menghidangkan makanan buat suami masing - masing.Karl? Jangan risau, ada Arin yang membantu.

"Karl, baca doa makan."suruh Dato' Nazri senada setelah semua pinggan terisi dengan makanan.Kedua tangannya sudah bersedia untuk ditadah.

Karl laju menadah tangannya sebelum bacaan doa makan dibaca.Khusyuk sekali anak kecil itu membaca.

Setelah habis Karl membaca doa itu, semua yang ada disitu serentak meraup wajah tanda mengaminkan.Adrian dan Arin tidak terkecuali.

"Selamat menjamu selera semua."hanya Karl seorang saja yang berani keluarkan suara.Yang lain bukan tidak berani, tapi masing - masing sudah tahu perangai Dato' Nazri dan Adrian.

Keras kepala!

Baran!

Arin masih belum menjamah sebarang makanan.Tergugat pula selera makannya apabila menangkap riak ketat Dato' Nazri tersebut.

Adrian yang perasan lantas mencapai tangan Arin dibawa meja sebelum digenggam erat.Cuba untuk menenangkan perasaan isterinya.

Siapa je yang tak takut kalau melihat muka papanya yang bagai ditampar malaikat itu? Kacau selera saja!

"Sayang, makan."bisik Adrian dengan perlahan.Tapi tetap boleh didengari oleh semua orang yang ada disitu.

Arin memandang wajah Adrian.Senyum diukir agar tidak merisaukan suaminya.

"Awak pun lah."lembut saja suara itu menyapa pendengaran semua orang.

Adrian mengangguk seraya tersenyum.

"Pak su, tolong..Dekat air ribena ni dah cukup gula..Tak payah nak sweet - sweet kat sini..Makan dulu!"perli Karl yang sibuk menyuapkan nasi kedalam mulutnya itu.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now