bab 19 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

62.1K 3.7K 745
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."


"Perjalanan jauh tak kurasa.."

"Kerna hatiku melonjak sama.."

"Ingin berjumpa sanak saudara.."

"Yang selalu bermain dimata.."

Arin ketawa.Nyanyian Black dan Mark yang bergilir - gilir sambil menyimpan barang dibonet kereta itu sangat lawak baginya.Semangat betul mereka berdua!

"Balik kampung!"

"Ho-ho-ho balik kampung!"

Black dan Mark sudah menghayati nyanyian mereka.Siap memejam mata lagi.

"Diam syaitan."kata Carlos sebelum menyepak kaki kedua lelaki itu.Bonet Lexus milik Mark dituju sebelum barangannya diletakkan disitu.

Disebabkan Black dan Mark ikut pulang kekampung Arin, jadi dia yang tiada pilihan pun terpaksa juga turut serta.Nanti kalau dia tak ikut, mati kebosanan pula dia dirumah besar itu.Lagipun, dia juga ingin merasakan suasana kampung.

Mark mencebik.

"Ceh, kau tu dahlah menumpang kereta aku..Jangan banyak songeh okay?"

Black mengangguk tanda mengiakan apa yang dikata oleh kembar langsung tidak serupanya itu.

"Betul tu..Kenapa lah mamat beku ni ikut sekali..Haih, potong mood orang nak balik kampung je si Carlosa ni!"bukan main Black mengutuk lelaki itu.Mentang - mentang Carlos tu pendiam, senang je dia membulinya.

"Betul betul betul!"

Carlos menjeling.Tak payah layan, kalau dah gila memang gila!

"Sentap ke abang sado oii!"ejek Black dengan tawanya.

Mark disebelahnya turut ketawa.Carlos pula tetap diam.Sudah biasa menghadapi pesakit mental.

"Woi, Black! Angkat beg kami."

Adrian yang baru saja keluar dari rumah itu terus menghampiri Arin.Selamba saja lelaki itu mengarahkan Black.

Arin sempat menilik penampilan Adrian itu.Walaupun lelaki itu hanya mengenakan pakaian yang simple, namun tetap menarik perhatiannya.Tambah - tambah lagi bila lelaki itu memakai cap dan kacamata Raybannya.

"Alah tuan..Saya penat lah."keluh Black dengan wajah yang dibuat - buat letih.

"Kalau penat, tinggal."ringkas Adrian berkata.Sudahlah mahu ikut, banyak keluhan pula tu!

Black mencebik.Tangan Mark dan Carlos diheretnya menuju kedalam rumah.Dia taknak buat kerja sorang - sorang okay!Kalau dia kena tinggal macam mana?Haa sebab tu lah dia heret dua lelaki tu sekali.

"Sayang, why you're so beautiful hm?"

Arin menunduk kebawah.Maxi dress biru yang tersarung ditubuhnya itu dipandang dengan kerutan didahi.

Cantik?

"Mana ada cantik, awak..Biasa - biasa aje lah."wajah Adrian dipandang semula.Mungkin sebab lelaki itu yang beli baju tu untuknya, sebab tu lah dia kata cantik kot.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now