bab 17 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

65.4K 4K 805
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."

Arin mencelikkan matanya.Dahinya berkerut dengan tangan yang sudah berada dibahagian bawah perutnya.

Ya Allah, senggugutnya datang lagi!

"Jam berapa sekarang ni?"perlahan gadis itu berbisik.Tidak ingin mengganggu lena suaminya itu.Telefon pintarnya yang berada diatas meja lampu itu dicapai sebelum punat on ditekan.

'2:16 AM'

Telefonnya diletak semula ketempat asal.Kini badannya sudahpun dibawa menyandar kebirai katil.Mata dipejam, rasa sakit itu cuba ditahan.

Dia baru saja datang bulan tadi pagi.Selalunya, senggugut akan menyerang pada hari keduanya, tapi berbeza pula dengan kali ini.Hari pertama lagi, sudah menyiksanya!

Tanpa dia sedar, air matanya sudah menitik.Perkara yang pasti akan terjadi bila dirinya ditimpa kesakitan itu.Esakannya cuba ditahan.

Adrian terjaga dari tidur apabila menangkap satu bunyi esakan yang perlahan namun sangat jelas pada pendengarannya itu.Kepalanya diangkat seraya tangan naik menggosok mata.

"Sayang.."

Arin menoleh ketepi.Tangisannya makin menjadi - jadi.Rasa bersalah menguasai dirinya kerana telah membuatkan Adrian terjaga dari tidurnya.

Adrian pula lantas bangun dari perbaringannya dengan riak yang risau.Arin yang menangis itu dihapirinya.Rambut yang messy itu sudah tidak dipedulikan lagi.

"Sayang, kenapa ni?"kalut sekali suara itu bertanya.

Arin memandang wajah Adrian sebelum tangisannya bersambung semula.Ya, dia sudah memasuki mood sensitifnya!

Adrian pula makin panik.Siapa yang sakiti isterinya itu? Takkan Black dengan Mark pula?Seketika pandangannya diliarkan kesegenap bilik.Cuba mencari si pelaku.Namun tiada!

"Sayang! Kenapa ni? Mana sakit?"

Arin memeluk tubuh suaminya.Laju saja Adrian membalas pelukan tersebut.

"A-awak,"panggil Arin dalam sedu - sedannya.

"Kenapa sayang? Who hurt you?"tangan Adrian mengusap lembut belakang gadis itu.Dapat dia rasakan kehangatan tubuh tersebut.

"Sa-saya min-minta maaf sebab ka-kacau tidur awak..Sa-saya tak sengaja."

Adrian mengerutkan dahi.Pelukan dileraikan sebelum wajah isterinya itu dicari.

"Kenapa ni hm?"pipi gadis itu ditekup menggunakan kedua tangannya.Air mata gadis itu masih deras mengalir.

"Perut sa-saya sakit..Seng-senggugut."

Adrian tersenyum lucu.Datang bulan rupanya gadis itu.Patutlah, manja bukan main!

Tubuh isterinya itu dipeluk semula.Belakang kepala Arin diusap - usap.

"Aku ingatkan apa lah tadi.."

Arin yang sudah sedikit reda tadi, kini menangis semula.Mesti Adrian tidak suka kan dengan perangainya itu tadi.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now