bab 46 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

48.6K 3K 503
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."

Bella menghentikan keretanya.Enjin kereta dimatikan.Beg tangan berjenama
Louis Vuitton yang terletak di seat sebelah pemandu itu dicapai.Kunci kereta dicabut sebelum dipegang.

Cermin pandang belakang dipandang.

"You're so gorgeous, Bella."puji Bella sendirian sambil merapikan rambut yang terjuntai didahinya itu.Siapa lagi yang nak puji diri kita kalau bukan diri sendiri kan?

Pintu kereta dibuka sebelum tubuh dikeluarkan daripada perut pacuan empat roda tersebut.Setelah pintu kereta ditutup semula, tangannya laju saja menekan alat kawalan jauh untuk mengunci kereta itu.

Nanti kena curi, sia - sia dia tak dapat pulang nanti.Eh, tapi bagus juga kan? Dapatlah dia bermalam dirumah Nash!

Excellent, Bella Arish!

"Alah, bos Black! Laju lah sikit lari tu.."

"Sabar lah bodoh! Aku tengah simpan tenaga ni nak serang musuh! Semak lah korang ni..Nanti kalau kalah jangan nak nangis tau? Aku bagi peringatan je.."

"Ah, acah je kau ni kan hitam!"

Dari jauh lagi, suara lelaki - lelaki yang sibuk bermain game didepan pintu rumah itu menyapa pendengaran Bella.

Dahinya berkerut.Sejak bila pula rumah Nash jadi tempat permainan budak - budak penganggur ni?

"Black, dengan si Ian ni pun kau boleh kalah ke? Aduh, kata jagoan.."ejek Mark yang berada dibelakang Black dan pengawal Adrian yang berlawan dalam permainan Mobile Legend itu.

Black mencebik.

"Kau ni, jangan bising boleh tak? Bising lah bodoh! Kalau yang pro langsung tu diam aje lah, Mark Heyyez."balas Black dengan jari yang lincah berlari diatas skrin telefon.Matanya tidak lepas dari memandang benda alah tersebut.

"Ehem!"Bella berdehem sedikit kuat.Dia nak lalu, tapi lelaki - lelaki tu duduk pula dekat situ.Bukan seorang dua, tapi berkumpulan.Ni tak lain tak bukan, memang menganggur lah ni!

Mark dan pengawal lain yang mendengar satu deheman itu lantas mengangkat kepala.Satu gadis yang kelihatan sangat bergaya itu menyapa pandangan mereka.

"Weyh, Black!"bahu Black ditepuk - tepuk kuat untuk menyedarkan lelaki itu tentang kehadiran gadis asing tersebut.

"Apa benda bangang? Jangan kacau aku boleh tak? Aku tengah bertarung hidup dan mati ni kot?!"geram sekali Black bila ada orang yang mengganggu permainan nya.Nanti kalah, dia juga yang kena kutuk!

Mark mendekatkan mulutnya ketelinga Black.Ada sesuatu yang ingin diberitahu kepada lelaki terencat akal itu.

"Black, bukan ni ke perempuan yang jumpa dengan tuan kat pejabat hari tu? Dia nak buat apa kat sini doh?"bisik Mark perlahan.Cukup untuk dia dan Black sahaja yang dengar.

Black mengerutkan dahi.Tapi matanya masih melekat diskrin telefon.Walau apa jua yang terjadi, dia mesti menang!

"Perempuan mana lagi ni? Kau nyanyuk dah ni, Mark..Mana ada perempuan kat sini..Aku tahulah kulit aku ni cantik tapi agak - agak lah kalau nak cakap aku ni perempuan..Aku masih lurus okay?"

Mark menepuk dahinya.Pengawal Adrian yang lain pula sudahpun menggeleng kepala.Black dengan bodoh berpisah tiada!

Bella sudah kepanasan.Tangannya dikibas - kibaskan untuk mendapatkan sedikit angin.Padahal tiada juga pun..

"Black, berhenti lah dulu, bodoh."

Black menggeleng kepala.Tak, dia tak akan berhenti melainkan jodohnya yang suruh.Eh tiber!

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTDonde viven las historias. Descúbrelo ahora