bab 56 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

43.6K 2.9K 419
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."


"Mark, buat kerja kau."bisik Adrian yang masih ralit melihat lelaki - lelaki dengan seragam hitam itu.Dapat dia lihat ada tiga orang yang berjaga didepan pintu gudang usang tersebut.

"Aye captain."balas Mark melalui alat kecil yang disumbat kedalam telinga mereka itu.

Bang!

Bang!

Bang!

Dengan sekelip mata, tiga lelaki itu sudahpun terlentang diatas lantai.

"Good job, Mark."ucap Adrian sebelum keluar dari tempat persembunyiannya.

Black dan Carlos turut melakukan benda yang sama.Kini mereka bertiga sudah berkumpul didepan pintu gudang itu.

Hanya Mark seorang yang masih kekal di tempatnya tadi.He is headhunter right?

"Black, ready?"

Black mengangguk.Silencer yang sejak tadi berada dipegangannya lantas dipasang pada muncung Glock Meyer 22 tersebut.Senang sikit kerjanya kalau tak bising? Betul tak? Alah betul lah tu.

"Carlos?"

Carlos mengangguk yakin.Walaupun posisinya ialah hacker, tapi dia tetap akan turun padang sekiranya ada pertempuran.

"Ready, tuan."

Adrian mengangguk.Kini earpiecenya ditekan sambil mata diliarkan untuk mencari anak - anak buahnya yang sedang bersembunyi didalam semak itu.

"Semua ready?"

"Ready tuan."

Adrian sekali lagi mengangguk.Desert Eagle Mark XIX ditangan kirinya itu dibetulkan sedikit.Kepala disentak sedikit sehingga menghasilkan bunyi.

"Okay, let's go."

Pintu besi yang sudah hampir tercabut itu terus ditolak Black menggunakan kaki.Bila pintu tersebut sudah terbuka luas, tapak kasutnya terus dilap ke pakaian salah satu lelaki yang terbaring diatas lantai itu.Ew, geli okay?

"Bodoh kau ni, Black!"kata Mark yang dapat melihat perbuatan Black itu dari jauh.Suka sukinya je kan nak lap tapak kasut dia dekat baju mayat? Ish!

Black mencari tempat persembunyian Mark.Lidah dijelirkan kearah kawasan itu.Dia tahu, pasti Mark dapat melihat nya.Heh!

"Black, fokus."pesan Carlos.Adrian yang sudah berada jauh sedikit dari mereka itu dikejar langkahnya.Dibiarkan saja Black yang masih dibelakang itu.

"Mark, fokus!"ajuk Black.Tertawa lelaki itu dihujung ayatnya.Apa takut? Mati tanam!

Mark mencebik.Dia yang tak fokus!

"Diamlah bangang! Haa, tu belakang kau ada musuh..Sikit lagi sampai lah peluru tu dekat kepala bebal kau tu.."beritahu Mark selamba.

Black lantas menoleh kebelakang.Risau juga dia kalau apa yang dikatakan oleh Mark itu.Tak sia - sia dia mati disitu!

Buat jatuh reputasinya di Thailand saja selaku assassin terbaik.Ehek!

"Weyh, Mark! Tak de apa - apa pun.."kata Black dengan mata yang diliarkan ke sekeliling.Celah mana pula ada musuh dibelakangnya itu? Bersorok ke apa?

Ataupun ghaib? Jangan - jangan hantu?

"Memang pun..Aku gurau je tadi."balas Mark selamba.Puas betul dia kenakan lelaki itu.Bukan selalu kan?

Black sudah menjegilkan matanya.Dia mainkan aku? Memang nak mati orang ni..

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now