bab 42 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

47.2K 3K 540
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."

Adrian berpeluk tubuh dengan mata yang tajam memandang wajah gadis didepannya itu.

Bella Arish.

Entah kenapa, sejak awal pertemuan lagi dia memang sudah tidak suka melihat wajah itu.Bagaikan ada saja satu sebab yang menginginkan dirinya untuk membenci gadis bernama Bella itu.

Tambahan lagi, bila Arin sudah wujud dalam hidupnya.Memang Arin seorang sajalah yang terbaik dimatanya.Tiada yang lebih sempurna dari isterinya!

"What are you doing here?"

Bella memandang wajah kacak lelaki di hadapannya itu seraya tersenyum manis.

"Nothing..Just wanna visit my Nash."balas Bella dengan selamba.Kaki disilangkan.

Adrian memasang riak jijik.

My Nash?

"Sudah kan? So, bolehlah berambus."usir Adrian sebelum kerjanya yang terhenti tadi disambung semula.Buang masa?

Untuk Arin saja.

Bella tersentak namun cepat - cepat riak nya dineutralkan semula.Dalam hatinya sudah menahan malu yang teramat.

"Sepatutnya you bawalah I pergi makan ke? Yelah, kita pun dah lama tak spend time sama - sama..Tak rindu ke, Nash?"

Terhenti Adrian.Wajah Bella dipandang dengan riak 'what?'.

"Rindu? Sejak bila pula aku dengan kau ni rapat sangat sampai boleh spend time kepala hotak tu sama - sama? Dah gila ke apa perempuan ni?"penuh sinis Adrian menuturkan ayat tersebut.

Yelah, takkan nak mengaku kan kalau tak pernah buat? Kan dia dah cakap tadi yang dia memang benci tengok muka Bella tu..Jadi, celah mana pula dia boleh luangkan masa dengan gadis itu?

Bella mengemam bibirnya.Siapa je tak malu kalau dikutuk depan - depan macam tu? What a shame!

"Awak dah kenapa ni Nash? Awak buat saya macam stranger pula! Padahal kita ni dah nak kahwin tau?"marah Bella untuk menutup malunya.

Adrian mengangkat keningnya.Senyum sinis terukir.Kahwin?

"Hey, Bella! Kau dengar sini elok - elok tau? Dengar jangan tak dengar, sebab aku ni takkan ulang dah.."

Bella menelan air liur.Menyesal pula dia bangkitkan isu yang sensitif bagi lelaki itu.

"Kita takkan kahwin sampai bila - bila! Jujur aku cakap, aku dah lama tak suka kau termasuk harta keluarga kau yang dikatakan banyak sangat tu! Aku pun kaya okay? Lagi satu, jangan sesekali jumpa aku kalau tak de hal penting langsung! Kau tak sedar ke yang kau dah buang masa aku?"hambur Adrian.

Akhirnya perasaannya yang ditahan selama ini terkeluar juga.Rasa lega mulai menyapa perasaannya.

Bella hanya mampu diam.Tiada apa lagi yang dapat dia katakan pada saat itu.

"Dah, kau boleh berambus sekarang sebelum aku suruh orang heret kau keluar dari syarikat ni."lihatlah betapa bencinya Adrian pada gadis itu.

Jangan tanya mengapa, dia memang tidak suka dengan gadis itu.

Bella masih tetap disitu.Walaupun Adrian sudah menyuruhnya keluar, namun dia kisah apa? Yang penting dia dapat meluangkan masa dengan lelaki muda dan kacak itu.Itulah tekadnya sejak baru pulang Malaysia lagi!

Adrian mendengus kasar.Memang tak faham bahasa alien ni!

"Okay, kalau kau tak nak keluar biar aku yang keluar..Aku tak suka terperap dengan manusia yang tak reti dengan cakap ni.. Tolol!"Adrian sempat mencapai telefon bimbitnya sebelum kaki diatur keluar dari ruangan tersebut.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now