bab 18 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

67K 3.9K 917
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."


"Awak, bangunlah.."

Adrian menggeliat kecil apabila terasa tubuhnya seperti digoncang perlahan.Matanya masih berat untuk dicelikkan.

Arin pula setia mengejutkan lelaki itu.Jarinya sesekali dibawa bermain keseluruh wajah tampan Adrian.

"Awak penat sangat ke ni?"bisik Arin perlahan.Sesekali tangannya naik mengusap rambut lelaki itu.Rasa kasihan Arin jatuh buat suaminya itu.Terpaksa berjaga untuk membantunya semalam.

Adrian mencelikkan matanya sedikit.Senyumannya terukir apabila melihat wajah si isteri.Tanpa berkira - kira tangannya laju saja menarik tubuh kecil gadis itu.

"Argh!"terjerit kecil Arin apabila tiba - tiba saja tubuhnya ditarik.Sedar - sedar saja, dirinya sudahpun berada didalam pelukan Adrian.

"Masih sakit ke perut tu, sayang?"tanya Adrian dengan suara serak basah.Suara lelaki setiap kali baru bangun dari tidur.

Arin menggeleng.Suara Adrian itu sangat mengkhayalkannya.

"Sayang, masih sakit ke?"

"Err, tak."

Adrian senyum lagi.Walaupun dia masih rasa mengantuk, tapi sebaik saja melihat wajah Arin, rasa penatnya serta merta hilang.Haih, bahagia sangat kalau dah ada isteri ni..

Suasana sunyi seketika.

"Awak.."

"Hmm?"

Arin diam didalam pelukan tersebut.

"Awak tak kerja ke hari ni?"

Adrian berfikir seketika.Minggu itu jadualnya agak lenggang.Semua kerjanya sudahpun dilakukan minggu lepas.

"Em, malaslah."

Arin mengerutkan dahi.Malas? Mentang - mentanglah bos, suka hati je lelaki ni tak nak pergi kerja kan? Seronok betul!

"Jadi awak nak buat apa hari ni?"mana lah tahu lelaki itu ada urusan lain kan? Bolehlah dia ikut hehe.

"Apa kata kita balik kampung."

Arin bingung.Aik, suaminya ada kampung ke?

"Kampung siapa, awak?"

Adrian tersengih.Memandangkan semua kerjanya sudah siap, apa kata dia ambil cuti terus?

"Kampung awak lah..Aku manalah ada kampung."pelukannya dieratkan sebelum dahi Arin dikucup lembut.

Arin sudah tersenyum lebar.Seriuslah apa yang dia baru dengar?

"Betul ke awak?"riang suara Arin bertanya.Harap - haraplah Adrian tidak mempermainkannya.Wajah lelaki itu dipandang.

Adrian menunduk sedikit untuk melihat wajah bahagia isterinya itu.Bukan main lebar senyumannya!

"Yes, sayang.."

Arin terus memeluk tubuh Adrian.Dia sudah tidak sedar dengan perbuatannya itu kerana terlalu gembira.Sudah lama dia tidak bertemu dengan ibu dan adik - adiknya dikampung.Berhubung dalam talian tu adalah!

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now