bab 27 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

60.5K 3.3K 83
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."

"Tuan."

Sapaan dari pekerjanya itu langsung tidak dibalas.Matanya hanya terhala kehadapan dengan langkah yang penuh karisma menuju ke lif peribadinya.

"Selamat datang, tuan."

Adrian lantas masuk kedalam perut lif itu sebaik dibukakan oleh salah satu pekerjanya.Sama seperti pekerja lain, sapaan itu langsung tidak dijawab.

Pintu lif tertutup.

Ting!

Adrian melangkah keluar.Kini dia sudah tiba di aras yang menempatkan bilik pejabatnya.Kaki panjang itu laju saja diatur menuju ke satu bilik.

"Selamat pagi tuan."ucap Carlos yang sudah berdiri ditempatnya itu sejak 30 minit yang lalu.Dia memang sudah bersedia menyambut kedatangan majikannya itu.

Adrian mengangguk.

"Any problem?"soal Adrian tanpa riak.

"Tuan, Dato' Amin ada dekat bilik meeting."beritahu Carlos dengan iPad ditangan.

Kerutan halus terukir didahi Adrian.

"Kenapa pula penyangak tu kat situ?"soal Adrian pelik.Sudahlah mencuri, berani lagi eh orang tua tu masuk syarikat dia!

"Maaf tuan, saya dan yang lain dah halang sebaik mungkin..Tapi, dia yang berkeras nak jumpa tuan."terang Carlos.

Adrian melepaskan keluhan kecil.Entah apa lagi yang lelaki tua itu mahukan..

"Takpe."kata Adrian perlahan sebelum dia berlalu pergi dari situ.Bilik mesyuarat yang berada tidak jauh dari situ lantas dituju.

Dari luar lagi, matanya sudah menangkap satu sosok yang duduk menyandar pada salah satu kerusi disitu memandangkan pintu bilik itu ialah kaca.Adrian memejamkan matanya seketika sebelum pintu kaca itu ditolak.

"Hei, Adrian!"sapa Dato' Amin dengan nada riangnya.

Tanpa memedulikan sapaan lelaki tua itu, Adrian terus menghenyakkan punggung diatas kerusi yang terletak dikepala meja itu.Kaki disilangkan seraya kedua tangan memeluk tubuh.Mata tajam memandang wajah tamak Dato' Amin tersebut.

"Apa lagi kau nak?"senada Adrian menyoal.Langsung tiada niat ingin memanjangkan perbualan antara mereka.Lainlah kalau dengan Arin!

Bicara pasal Arin, tiba - tiba pula dia rindu dengan gadis itu.

"Hisy, jangan garang sangat Adrian..Kita ni, walaupun dah hilang satu benda berharga perlu tetap kuat..Jangan terlalu cepat mengalah."

Adrian membuat muka jelik mendengar 'ceramah' tidak berbayar dari lelaki yang sudah mulai berdiri didepannya itu.Ceh, dia yang curi benda aku!

Shit old man!

"Sekali lagi aku tanya, kau nak apa?"

Dato' Amin menggeleng dengan sisa tawanya.Tangan ditepuk - tepuk, kononnya lucu sangat!

Apa yang lucu pun Adrian tidak tahu..

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now