bab 50 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

48.6K 3K 595
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."

Adrian mundar mandir dihadapan bilik yang tertutup rapat itu.Wajahnya tidak henti diraup kasar dengan rambut yang sudah messy.

"Nash, duduklah dulu.."pening pula Datin Anna melihat anak lelakinya yang tidak reti duduk diam itu.

Ya, dia faham perasaan lelaki itu, tapi tidak bolehkah bawa bertenang sedikit? Lagipun bukan Nash seorang saja yang risau dengan keadaan Arin.Dia sendiri turut risau dengan manantunya itu.

Haraplah tiada apa - apa.

Adrian memandang wajah mamanya sebelum kaki diatur mendekati wanita separuh abad tersebut.Dia berlutut didepan Datin Anna sebelum kepala dilabuhkan keatas riba mamanya itu.

"Mama, Nash takut ma.."luah Adrian dengan suara yang hampir tenggelam.

Datin Anna menggeleng kepala seraya kawasan ubun - ubun Adrian diusap.

"Tak, Nash..Insha Allah semuanya akan okay..Ingat, Allah sentiasa dengan hamba nya yang sabar menempuh dugaan."kata Datin Anna menasihati Adrian.Mata wanita itu sudah berkaca menahan tangis.Jujur, dia tidak pernah melihat Adrian begitu risau.

Black, Mark, Carlos, dan Nasha yang turut ada disitu turut jatuh kasihan melihat keadaan Adrian.Mereka tahu, betapa pentingnya Arin buat Adrian.

Klak

"Keluarga puan Arin Mikaela?"

Adrian bangun dan terus menghampiri seorang doktor wanita yang baru keluar dari ruangan itu.

"I'm her husband..Isteri saya macam mana, doktor?"laju Adrian menyoal.

Datin Anna, Nasha dan ketiga - tiga orang kanan Adrian juga sudah berdiri tidak jauh.Masing - masing ingin tahu khabar Arin melalui doktor itu.

"Keadaan isteri encik tidak serius dan tiada sebarang luka dalam badan puan Arin.Alhamdulillah, lepas puan Arin dah sedar nanti bolehlah discharge."terang doktor wanita yang bertag nama Alisha itu.Senyuman manis diberikan buat keluarga pesakitnya.

Adrian meraup wajahnya penuh kesyukuran.Satu senyuman lega terlakar pada wajahnya.

"Alhamdulillah, ya Allah."ucap Datin Anna yang juga sudah dapat menarik nafas penuh kelegaan.Begitu juga Black, Mark, Carlos dan Nasha.Mereka sudah senang, tiada lagi riak kerisauan pada wajah mereka.

"Thanks, doctor."

Doktor Alisha menganggukkan kepala membalas ucapan terima kasih daripada Adrian.Baru saja dia mahu pergi dari situ, tiba - tiba satu perkara lintas di fikirannya.Hampir saja dia terlupa!

"Oh ya, kandungan puan Arin selamat tanpa sebarang kecederaan."

Adrian mengerutkan dahi.Kandungan?

"Kandungan? Doktor maksudkan isteri saya ke?"tidak berapa faham dia dengan penjelasan doktor itu.Kandungan? Apa?

Manakala Datin Anna dan Nasha sudah mengukir senyuman lebar.Mereka yang perempuan faham dengan berita dari doktor itu.Sudah pernah mereka laluinya!

"Oh, encik belum tahu eh? Waktu saya buat check up dekat badan isteri encik tadi saya dapati yang puan Arin sedang mengandung..Sebab tu lah kot dia pengsan tadi..Dan usia kandungannya baru saja mencecah tiga minggu."jelas Doktor Alisha dengan senyuman manis.

Adrian terpana.Tidak lama kemudian, senyumnya mulai mekar.Matanya serta merta bersinar kebahagiaan.

"Are you serious, doctor?"soal Adrian tidak percaya.Wajah doktor itu dipandang untuk mendapatkan kepastian.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now