special | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

45K 3K 1.1K
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."

9 bulan kemudian..

"Berdasarkan apa yang tertera, Tan Sri Azhar telah menurunkan 92% daripada hartanya kepada Puan Arin Mikaela, selaku anak kandung beliau.Dalam peratus tersebut termasuklah, sebuah syarikat, sebuah hotel lima bintang, sebuah hospital, 13 buah kereta, dua banglo tiga tingkat, tiga vila di luar negara dan 15 jenis kad kredit yang berjumlah RM 248 900.."jelas peguam peribadi Tan Sri Azhar dengan merujuk fail putih ditangannya itu.

Semua orang yang ada disitu sudahpun tercengang.Hanya Tan Sri Azhar saja kekal diam, memandangkan dia sendiri yang menetapkan semua itu.

"Papa, kenapa terlalu banyak?"soal Arin dengan wajah tidak sukanya.Dia nak buat apa dengan semua itu?

Silap - silap sampai anak cucunya lahir pun semua harta itu tidak akan habis!

Tan Sri Azhar tersenyum.

"Kamu dah banyak menderita selama ni, Arin..Lagipun, semua tu papa dan arwah mama memang dah lama nak bagi kamu, satu - satunya puteri kami."balas Tan Sri Azhar ikhlas.Semua itu bukanlah harta nya semata - mata, tapi ada juga harta Melati, arwah isterinya.

Tapi dia sudah tua.Yang dia mahukan hanya lah kebahagiaan dan bukanlah kekayaan.Cukuplah selama ini dia sudah mengumpul semua itu.Kini, sudah tiba masanya untuk Arin mengganti tempat nya.Dia yakin, anak perempuannya itu boleh menggunakan semua harta mereka dengan baik.

"Tapi papa-"

"There is no excuses, daughter."belum sempat Arin menghabiskan ayatnya, Tan Sri Azhar sudahpun memotong.

Dia tahu apa yang ingin dikatakan oleh anaknya itu.Susah sangat nak terima hadiah daripada orang lain!

Arin mengeluh.

"This is your rezeki, sayang.."bisik Adrian cuba memujuk isterinya.Perut Arin yang sudah membesar itu diusap perlahan.

Kini usia kandungan isterinya sudah mencecah 9 bulan.Doktor kata, Arin tinggal menunggu hari untuk bersalin.

Arin memandang wajah Adrian seketika sebelum wajah semua orang yang ada disitu dipandang satu persatu.

Dari lah Dato' Nazri, Datin Anna, Puan Zainab, Nasha, sehinggalah ketiga - tiga orang kanan suaminya, dipandang.Satu keluhan terlepas dari mulutnya.

"Kalau Arin terima semua tu, ertinya Arin bebas gunakannya?"wajah peguam itu dipandang.Penjelasan dipinta.

"Sudah semestinya, Puan."

Arin mengangguk.

"Okay kalau macam tu, saya nak tetap kan sesuatu.."

Semua menghalakan pandangan kearah Arin.Kelihatan gadis itu membetulkan postur badannya.

"Saya catat, puan."peguam itu mulai mencapai sehelai kertas dan pen yang tidak jauh darinya.Bersedia untuk mencatatkan apa yang Arin ingin kata kan.

"Papa? Tak apa kan?"walaupun semua itu sudah dikatakan miliknya, dia tetap ingin meminta keizinan dari papanya.

Selaku pemilik asal semua itu.

Tan Sri Azhar tersenyum seraya kepala nya digeleng perlahan.

"No problem, teruskan."

Arin tersenyum manis.

"Perkara pertama, saya nak rumah anak yatim yang saya duduki selama ni di bina semula..Perkara kedua, saya nak syarikat tu digabungkan dengan syarikat ayah mertua saya..Dan perkara terakhir, saya nak derma wang tunai sebanyak RM 5000 kepada Nia.."

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now