bab 40 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

53.7K 3.2K 214
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."

Datin Anna merenung wajah cantik menantu perempuannya itu.Sejak tadi, dirinya tidak putus - putus memandang gadis itu.Darilah fizikal, sampailah ke perwatakan gadis itu, semuanya sudah dihafal.

"Amboi mama..Bukan main gembira nampak dapat menantu baru? Mata tu kalau boleh biar terkeluar tengok Arin je dari tadi kan?"perli Nasha.Bukannya dia tidak perasan yang mamanya itu sudah jatuh hati dengan isteri Adrian!

Dia apa lagi? Teruslah diabaikan.

Arin yang tadinya sibuk menyuap limau kedalam mulut Karl itu terhenti.Wajah ibu mertuanya itu dipandang.

"Kenapa mama? Mama nak sesuatu ke?"

Yelah, mana lah tahu ibu kepada suami nya itu malu untuk meminta sesuatu..

Laju Datin Anna menggeleng kepala.Senyuman terukir pada wajah tuanya.Bahagianya dia pada hari itu!

"Mama tak apa - apa..Cuma macam tak percaya je yang mama ada menantu lagi tahun ni.."ujar Datin Anna diselangi tawanya dihujung ayat.

Arin senyum.Indah sangat panggilan menantu itu dipendengarannya.

"Arin pun tak sangka yang Arin akan jadi menantu dan isteri tahun ni.."ramah Arin memberitahu.

Walaupun, semua itu berlaku secara tiba - tiba tapi tidak dia nafikan yang dia cukup bahagia.Tambahan lagi bila dia mengetahui yang ibu dan kakak Adrian ialah seorang yang rendah diri.Betapa beruntungnya dia!

Datin Anna dan Nasha mengukir senyum.

"Tak sangka impian mama selama ni tercapai juga kan?"ujar Nasha.

Datin Anna tertawa kecil.Arin pula hanya diam menanti perbualan anak - beranak itu.Takkanlah dia nak mencela pula kan? Sudahlah baru jumpa!

"Kamu tahu tak Arin, mama kan selalu bebel dekat suami kamu tu supaya bawa kan mama menantu.Setiap kali kami balik Malaysia ataupun Nash pergi Switzerland, itulah soalan wajib mama mesti tanya..Nash, bila nak bawakan mama menantu? Sampai dia pun dah naik rimas.Tapi tak sangka pula dia betul - betul bawa tahun ni..Rezeki mama sangat tahun ni agaknya!"panjang lebar Datin Anna menceritakan.

Arin dan Nasha yang mendengar turut terhibur.Terhibur dengan cerita dan nada riang yang digunakan oleh wanita berumur pertengahan abad itu.

Karl? Jangan ditanya.Bukan main lena dia diatas riba Arin.Habis je makan limau, memang tidur terus.Betapa sihat nya gaya hidup budak kecil tersebut.

"Ya, Arin..Kalau kamu tahu, Nash tu sampai nak suruh mama bagi kami adik lagi.Dia kata, kalau budak tu lahir, boleh lah mama suruh dia bawakan menantu untuk mama..Tengok, betapa pintarnya suami kamu tu."sambung Nasha pula dengan tawanya.Lucu bila kenangan itu terimbas kembali.

"Apa pula macam tu.."merah wajah Arin kerana terlalu ketawa.Ada - ada saja perangai suaminya itu.Patutlah ditakdir kan jadi majikan kepada Black dan Mark!

"Macam mana perkahwinan kamu? Nash layan kamu okay tak? Yelah, mama pun risau juga dengan perangai anak lelaki mama tu..Kalau dengan mama bukan main manja, tapi kalau dengan orang lain memang dinginlah memanjang."kata Datin Anna yang ingin tahu keadaan rumah tangga mereka itu.

Biasalah, setiap orang tua pasti ingin tahu tentang perkara tersebut.Siapa saja yang tak nak ambil kisah kan?Kalau ada yang tidak sesuai, bolehlah dia nasihat ke tegur ke.Bak kata orang tua dulu - dulu, dia lebih awal makan garam.

"Haah, risau juga akak..Adik akak tu layan Arin baik juga ke? Tak marah - marah Arin?"soal Nasha pula.Wajah Arin diberi perhatian.

Arin berfikir seketika.Marah? Dingin?

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now