PROLOG

208 18 2
                                    

Langkah kakinya lemah. Kepalanya terasa berat. Pandangannya berbalam-balam. Namum dia gagahkan jua hingga ke pintu bilik hotel tempat dia menginap. Dia hanya mahu berehat saja sekarang ini. Sungguh dia kepenatan.

Kunci dimasukkan pada lubangnya dan pintu ditolak. Keadaan bilik yang terang- benderang membuatkan matanya terpejam seketika kerana silau.

Dia berjalan ke hadapan sedikit lalu terbentanglah pada pandangan matanya katil yang empuk memanggil-manggil. Dia tanpa berlengah lagi terus menghumbankan diri ke atas katil. Matanya terpejam menahan kepeningan dan kantuk yang menguasai dirinya saat ini.

"Who are you?" Tanya satu suara garau.

Lelaki.

Matanya yang terpejam tadi automatik terbuka lalu dia terus bangun secara mendadak memandang satu susuk tubub asing di dalam biliknya. Dan susuk tubuh itu hanya mengenakan jubah mandi. Air daripada rambut menitis-nitis jatuh ke lantai.

"I'm the one who should ask the question. Who are you and how do you get in my room?" Soalnya pula.

"Me? Aku penghuni bilik ni! Kau penceroboh tiba-tiba ada!" Balas lelaki itu dengan nada yang tinggi.

Dia terpempan. Dia salah masuk bilik ke? Tapi ini memang bilik dia.

"Eh awak tu yang salah. Ini bilik saya. Nampak ni kunci saya pegang." Dia melayang-layangkan kunci bilik di hadapan lelaki itu.

"Kau ni me..."

Ketukan di pintu bilik mematikan percakapannya. Dengan riak wajah hairan lelaki itu berjalan menuju ke pintu bilik lalu membukanya.

"Assalamualaikum kami dari Jabatan Agama Islam mendapat laporan tentang bilik ni. Jadi izinkan kam... Astaghfirullahalazim"

Dia terkejut melihat apa yang berada di hadapan matanya sekarang. Pandangannya dihalakan juga kepada lelaki itu. Dan lelaki itu juga sama tidak memahami apa yang berlaku sekarang ini.

"Kamu berdua ikut kami sekarang" arah seseorang daripada pihak berkuasa.

"Wait. Sabar. Kami berdua tak buat apa-apa perkara yang kamu semua fikirkan. Jad..."

"Berikan keterangan dekat sana nanti ya"  Celah seseorang membuatkan percakapannya mati di situ. Dia memandang lelaki disebelahnya dan lelaki itu turut memandangnya dengan pandangan tajam. Liur ditelan kesat.

Mampus aku!









HENING. Dia hanya menunduk ke bawah. Tidak mampu dia bertentangan dengan lelaki yang berada di hadapannya kini. Pandangan lelaki itu mampu membuatkan seluruh tubuhnya menggeletar.

"Kau tak ada apa-apa nak cakap?" Soal lelaki itu sambil menayangkan senyuman sinis.

"Hmm. Agaknya dah berapa lelaki yang masuk perangkap kau eh? Mesti banyakkan?" Ujar lelaki itu lagi mahu menyakitkan hatinya. Dia tetap mendiamkan diri. Menelan segala perkataan yang dilontarkan lelaki itu untuk dirinya.

"Kau ni bisu ke apa?" Tanya lelaki itu lagi dengan nada yang sedikit kuat.

"Kalau saya menjawab pun apa yang saya dapat? Baik saya diam daripada air liur saya dibazirkan" Jawab Adhela sambil memandang tepat lelaki itu. Entah di mana dia mendapat keberanian tersebut.

Tengku Qaiser memandang perempuan itu atas dan bawah. Terdiam dia mendengar balasan perempuan itu. Dalam hati berdongkol rasa geram terhadap perempuan itu.

Buk!

Badannya terdorong ke belakang sedikit impak daripada tumbukan padu tadi. Tepi bibirnya disentuh lembut.

Darah.

"Apa kau dah buat ni hah?!" Soal seseorang dengan nada yang tinggi seoktaf. Tengku Qaiser hanya memandang susuk tubuh di hadapannya dengan wajah sinis.

"Kau pergi tanya perempuan tu. Dia yang buat hal aku yang mendapat" Marah Tengku Qaiser sambil jarinya menuding ke arah Adhela.

"Siapa yang upah kau?" Soalan lelaki asing itu membuatkan Adhela terdiam. Upah? Siapa?

"Tak ada sesiapa" Jawab Adhela dengan nada yang perlahan. Tengku Qaiser yang mendengarkannya ketawa sinis. Daripada tadi lagi soalan itu yang ditanyakan tetapi jawapan tetap sama.

"Tak boleh ke kalau kau jujur je? Senang. Masalah kita settle dekat sini" Kata Tengku Qaiser dengan nada yang tertahan.

"Kau" Lelaki itu menunjuk tepat ke arah Tengku Qaiser.

"Pandai buat pandai tanggung. Aku tak nak masuk campur. Kalau bonda tanya, gunalah kebijaksanaan kau tu untuk menjawab. Cau" Beritahu lelaki itu lalu mula beredar.

Tengku Qaiser menggenggam tangannya erat. Menahan perasaannya yang berkecamuk saat ini.






JARINYA bermain sesama sendiri untuk menghilangkan rasa gusar yang bertandang di hati. Ruangan sekelilingnya dipandang dengan pelbagai rasa. Puas otaknya diperah untuk memikirkan apa yang berlaku sekarang ini.

Pintu bilik dibuka membuatkan debaran di hatinya semakin kuat. Dia hanya membatu di situ tidak bergerak ke mana-mana bagaikan mannequin. Mengeras tubuhnya saat hangat nafas seseorang menampar pipinya.

"Bangga?" Bisik lelaki itu tepat di telinganya.

"Mestilah kau banggakan. Sebab aku dah masuk dalam permainan dan perangkap kau" Lelaki itu menyoal dan lelaki itu juga menjawab. Dia hanya diam memerhati dan mendengar saja.

"Kau dengar tak aku cakap ni?" Tanya lelaki itu sambil mengcengkam lembut rahangnya. Dia mengaduh sakit. Terkejut dengan perbuatan lelaki itu secara tiba-tiba.

"Aku tanya sekali lagi. Siapa yang upah kau?"

Adhela menggeleng perlahan tanda dia tidak mengetahui dan memahami apa-apa. Dia tidak mengambil upah daripada mana-mana pihak dan dia anggap perkara ini ialah satu nasib malang buatnya. Entah dimana dia silap memasuki bilik lelaki itu. Tapi bila difikirkan semula, kunci yang diberikan memang tepat untuk bilik itu.

"Kau kenal dia ni?" Tengku Qaiser menunjukkan gambar seseorang kepada Adhela. Dan jawapannya masih sama. Tidak tahu.

Masakan dia kenal orang-orang koporat seperti itu. Dia hanya seorang pelajar universiti dan dia tidak suka mengambil tahu urusan hidup orang lain. Nama lelaki atau patutkah dia gelar suami dihadapannya kini pun dia tidak tahu.

"Kau masih nak berlakon kan? Even keadaan dah jadi macam ni kau still nak pertahankan dia" Ujar lelaki itu sambil menggelengkan kepala.

"Saya tak faham apa yang awak cakapkan sekarang ni. Saya tak tahu apa-apa dan saya tak kenal lelaki itu. Even awak sendiri pun saya tak kenal, macam mana saya nak kenal lelaki tu" Beritahu Adhela tiba-tiba, setelah lama dia mendiamkan diri. Boleh tahan berapi jugalah telinga dia asyik mendengar lelaki itu membebel.

Tengku Qaiser menundukkan wajahnya menyamai kedudukan Adhela. Dia mengusap lembut tepi wajah perempuan itu membuatkan Adhela meremang tiba-tiba.

"Kau tak kenal siapa aku?" Bisik Tengku Qaiser tepat di tepi telinga isterinya. Dia tersenyum sinis.

Adhela mendiamkan dirinya. Nafas hangat lelaki itu menampar lehernya walaupun masih berlapikkan tudung. Dan dia tidak selesa berkeadaan begini. Mahu saja dia menolak lelaki ini tetapi dia baru sedar bahawa dia dikepung.

"Tengku Qaiser. Itu nama aku. Got it darling?"















assalamualaikum and hi! dont forget ti vote🌟comment and share this story! love u all bye♡

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now