32◆

32 4 1
                                    

Esoknya dia bangun tanpa isteri di sisi. Mungkin masih marah dengannya yang main tuduh sesuka hati. Tapi betul dia ada buktinya. Selepas saja dia pulang dari makan tengah hari kelmarin, setiausahanya ada memberikan sesuatu untuknya. Katanya, ada orang yang kirimkan.

Buka saja 'sesuatu' itu, dia pun turut rasa sesuatu juga. Rasa terkejut dan lucu mungkin. Sesuatu itu ialah beberapa keping gambar di mana kelihatan isterinya dipeluk oleh seorang lelaki di bahu jalan. Mungkin mahu melintas.

Tapi dia tidak buat tindakan melulu. Diperiksa dahulu perkara itu sahih atau tidak. Sudahnya dia minta pertolongan daripada sahabatnya. Dan ya memang betul isterinya itu dipeluk oleh lelaki. Tetapi bukan sengaja. Itu tindakan refleks.

Naik juga darahnya apabila melihat potongan cctv itu. Seriau rasanya. Nasib baiklah isterinya itu tidak apa-apa. Tidak boleh dia bayangkan jika isterinya itu dilanggar oleh kereta. Nauzubillah.

Dan sekarang ini dia ada satu misi terbesar. Dia perlu minta maaf dengan isterinya. Rasa bersalah menebal di hati. Dia bukan sengaja memarahi isterinya semalam.

"Tengku, ini dokumen yang Tengku minta tu. Pembentangan untuk projek Taman Maju saya dah emailkan" Ujar Faliq yang tiba-tiba muncul di hadapan meja kerjanya.

"Eh, bila kau masuk?" Soal Tengku Qaiser sambil memandang wajah Faliq yang pelik melihatnya.

"Tadi" Balas Faliq sepatah. Dipandang wajah majikannya itu dalam-dalam. Dia tak sedar ke aku masuk tadi? Tapi dia yang bagi kebenaran aku masuk. Takkan dia tak ingat. Omel hati kecilnya.

"Apa-apa je lah. Dah tu buat apa lagi kat sini? Ada apa-apa lagi?"

Faliq menggeleng kepala sebagai jawapan.

"Jadi..." Tengku Qaiser menjedakan ayatnya.

"Jadi apa Tengku?" Soal Faliq buntu.

"...boleh blah" Sambung Tengku Qaiser sambil tangannya dibuat gaya menghalau. Faliq buat muka. Eleh, tak menyabar langsung. Terus sahaja dia mengangkat kaki keluar dari pejabat majikannya itu.

Tengku Qaiser mengekek ketawa. Puas hatinya dapat mengenakan Faliq. Dan tawanya mati begitu saja apabila mindanya kembali pada tujuan utama.

"So, Kai be professional. Kau dah pro kan dalam benda macam ni"












SEMUA perkara yang dia lakukan hari ini bagaikan tidak sempurna sahaja. Ada saja masalah yang akan timbul. Seperti tadi, habis kertas tutorial mereka dibanjiri air kopi. Siapa yang buat? Dialah.

"Aduh. Kenapa dengan aku hari ni? Kifarah sebab lawan cakap suami semalam ke apa?" Soal Adhela sendirian. Tangan naik memegang dahi.

Cakap pasal suami, dia rasa bersalah juga menjawab dengan Tengku Qaiser. Tapi bukan salah dia sepenuhnya. Dia dituduh dan dia ada hak untuk pertahankannya.

Lagipun dia ada bukti untuk apa yang dia katakan semalam. Ya, lelaki yang menyerangnya sebelum dia pulang ke rumah semalam. Lelaki itulah yang menunjukkan video di mana suaminya dan seorang wanita melangkah masuk ke dalam hotel.

Apa lagi yang dia boleh fikirkan selain perkara itu? Berduaan lelaki dan perempuan? Masuk hotel? Ah, memang terus naik hantu dia semalam. Rasa macam nak cekik Tengku Qaiser.

Alih-alih dia pula yang disembur dahulu. Huh! Memang makin bertambahlah marahnya. Itu yang terlepas sindiran pedas tu. Bukan sengaja. Bila emosi lebih daripada akal itulah jadinya.

"Hoi! Kau menung apa?" Soal Meena yang baru tiba di kafe itu. Dari jauh lagi dia nampak.

"Menungkan takdir sendiri" Balas Adhela senada.

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now