4◆

60 11 0
                                    

Kakinya dihayun menuju ke perpustakaan universiti. Dia mahu melepak di situ. Dia mahukan ketenangan. Lagipun ada bahan bacaan yang perlu dia cari di perpustakaan.

Pintu utama perpustakaan ditolaknya. Matanya mula memerhati sekeliling kawasan perpustakaan itu dan kakinya mula melangkah. Meja yang paling hujung dan menghadap tingkap menjadi pilihannya. Memang tempat yang paling selesa.

Beg laptop dan barang yang dibawanya mula diletakkan di atas meja. Dia mula berjalan menuju ke arah sususan rak yang mempunya pelbagai jenis bahan bacaan. Matanya tajam memerhati satu persatu dan akhirnya dia menjumpainya.

Tangan yang baru sahaja ingin mencapai buku itu terus terhenti apabila ada tangan lain yang terlebih dahulu mengambilnya.

"Eh saya nak buku tu" kata Adhela.

"Ni? Buku ni?" kata seorang lelaki sambil membelek-belek buku ditangannya.

"Ya lah"

"Aku nak dulu" ujar lelaki itu selamba membuatkan Adhela semakin berang.

"Tapi saya yang jumpa dulu! Awak tiba-tiba muncul dan ambil dia daripada saya" marah Adhela dengan nada yang tertahan. Dia tak nak tiba-tiba, penjaga perpustakaan datang dan halau dia keluar.

"Aku yang ambil dulu. Siapa suruh kau lambat" balas lelaki itu lagi.

"Masalahnya sekarang ni takkan awak tak nampak saya nak ambil buku tu tadi. Saya dah hampir sentuh kut buku tu. Tapi awak tiba-tiba muncul dan ambil" beritahu Adhela panjang lebar. Menceritkan kronologi bagaimana buku yang dimahukannya boleh dirampas.

"Aku tak nampak pun kau ada dekat situ tadi. Hmm kau pendek sangat. Mana aku nampak" kata lelaki itu.

Adhela dengan menahan geram terus berlalu dari situ. Dia malas mahu bertengkar dengan lelaki yang kurang siuman. Sudahlah suka hati mulut mak nenek dia je kutuk orang pendek. Habistu nak buat macam mana ketinggian dia sampai sini je.

"Bangang punya lelaki. Aku yang jumpa dulu lepastu sesenang 123 je kau ambil. Dah lah kutuk aku. Dasar" bebel Adhela sendirian sambil membuka laptopnya.

Dia mula membuka lagu yang tenang untuk meredakan kemarahannya. Dia tidak mahu meletup di dalam perpustakaan ini. Jadi dia perlu bersabar. Nasib baik aircond sangat membantu sekarang ini. Menyejukkan luaran dan dalamannya.

Tanpa membuang lebih banyak masa, tangannya mula menari di atas papan kekunci. Menekan satu persatu abjad dan menjadi satu perkataan. Dan dari perkataan menjadi ayat. Dia perlu siapkannya hari ini juga. Kalau tidak sempat semuanya mungkin separuh daripadanya pun memadai.











"HELLO bro!" jerit Adhela kuat sambil mengangkat sebelah tangan. Menyapa.

"Hello sistur!" jerit orang di sana pula. Dan mereka pun berjejak kasih di tengah alam tanpa menghiraukan pandangan orang lain.

"Kau nak balik dah ke?" soal Arisya.

Adhela menjatuhkan kepala sebagai jawapan. Cukuplah untuk hari ini. Sudah dua jam setengah dia duduk bertapa di atas kerusi sambil menghadap laptop. Mujur sahaja kelasnya pada hari ini hanya di pagi hari. Jadi bolehlah dia menyiapkan tugasan pada waktu petang.

"Kau ni baru nak start kelas ke?" tanya Adhela pula sambil kepala tunduk melihat jam di tangan. 3.00 petang.

"Haah. Kita orang satu kelas setuju nak buat malam sebenarnya. Lepastu tiba-tiba prof ada hal. Kena buat petanglah. Nasib baik aku tak pergi ke alam sebelah lagi tau tadi. Kalau tak memang nauzubillah"

Adhela hanya menggelengkan kepala mendengar cerita Arisya. Dia sudah masak dengan perangai Arisya yang suka sangat tidur waktu petang. Katanya tidur waktu petang dapat mimpi yang best-best. Entah betul entah tidak.

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now