5◆

52 6 0
                                    

Buk!

Tumbukan padu dia lepaskan. Wajah di hadapannya kini sudah lebam di sana sini. Dan dia berpuas hati.

Baru sahaja dia ingin melayangkan satu lagi tumbukan, ada suara yang menghalangnya.

"Cukup Raine!" Tegas suara itu berkata-kata.

Raine hanya mendiamkan diri. Padangan tajam dihalakan ke arah mangsanya. Rasa tidak puas masih menjalar dalam dirinya. Dia mahukan mangsanya terseksa.

Tanpa berkata apa-apa dia terus berlalu keluar dari situ. Dia mahukan ruang dan ketenangan. Sesak dadanya apabila memikirkan tentang satu perkara itu. Perkara yang akan dia ingat hingga nyawa terpisah daripada jasad.

"Raine!"

Dia lajukan langkah kakinya. Enggan menoleh ke belakang. Dia benar-benar perlukan ruang sendirian saat ini.

"Raine. Stop there!" Laung suara itu lagi dan dia masih lagi melangkah. Sehinggalah empunya suara itu berdiri di hadapannya sekali gus mematikan langkahnya.

"Aku gagal, Leon. Aku buat dia sakit" Ujar Raine dengan sedu-sedan tangisan. Entah bila empangan air matanya pecah. Sedar-sedar saja sudah mengalir hingga ke pipi.

"No. Jangan cakap macam tu. Kau dah buat yang terbaik" Pujuk Leon lembut.

"Kau janganlah menangis. Aku bukan suami kau nak pujuk peluk-peluk bagai. Janganlah nangis eh? Aku belanja kau ais krim kalau kau berhenti nangis"

"Kau ingat aku budak ke apa? Nak pujuk guna ais krim. Aku tak terliur pun lah" Marah Raine sambil menyapu air matanya di belakang tangan. Hingus yang mahu meleleh disedut semula.

"Eiii kau ni. Pengotor!" Kata Leon sambil membuat mimik muka yang menjijikan.

Adhela ketawa lepas. Senyuman terbit di bibir Leon apabila melihat rakannya itu ketawa. Dan dia berharap agar ketawa itu akan kedengaran lagi di telinganya.










PANDANGAN pelik dilemparkan buat suaminya yang asyik tersenyum dari tadi. Musykil sungguh dia dengan kelakuan suaminya itu.

"Kau pandang aku macam tu kenapa? Nak gaduh?" Soal Tengku Qaiser tiba-tiba apabila dia terlihat pandangan pelik daripada Adhela.

Ini dia bapak singa sudah bangun.

"Eh marah pulak. Tadi duk tersengih macam kerang busuk" Balas Adhela pula. Dia mula mencapai totebag dan bag laptop miliknya. Sedia ke tempat dia menuntut ilmu.

Adhela berdiri di hadapan Tengku Qaiser. Wajah kacak itu ditiliknya satu persatu dan itu membuatkan Tengku Qaiser naik rimas.

"Apahal kau ni?"

"Tengku dah okay ke? Dah betul-betul sihat? Saya rasa Tengku tak patut pergi kerja lagi. Rehatlah dulu" Kata Adhela dengan nada yang perlahan. Memujuk dan risau.

Manakan tidak dia rasa sebegitu. Biarpun perkara sudah berlalu tetapi dia tetap risau akan keadaan Tengku Qaiser. Wajah kacak Tengku Qaiser yang dihiasi dengan lebam tempoh hari masih lagi kukuh di ingatannya.

"Tak nak aku duduk rumah ni. Tiap masa tengok muka kau aje. Tak menghiburkan langsung" Ujar Tengku Qaiser sambil membetulkan baju di badannya.

Tanpa sedar tutur katanya itu sudah melukakan hati seseorang. Adhela tersenyum tawar mendengarkan kata-kata suaminya itu.

Dia perlu ingat bahawa dia tiada makna untuk Tengku Qaiser.

Dia perlu ingat bahawa dia hanyalah isteri di atas sehelai kertas.

Dia perlu ingat permulaan bahtera perkahwinan mereka di mana.

"Salam" Kata Adhela sepatah.

Lambat-lambat Tengku Qaiser menghulurkan tangannya untuk disalam oleh Adhela. Satu perasaan aneh mula menyusup dalam dirinya.

•SU•QAISER'S QUEENOnde as histórias ganham vida. Descobre agora