1◆

90 9 0
                                    

Lenanya diganggu oleh deringan jam loceng yang galak berbunyi. Tangannya meraba-raba almari kecil yang berada di tepi katil. Deringan jam itu terus sahaja mati apabila tangannya berjaya menutupnya.

Matanya yang baru sahaja mahu terkatup semula terus terbuntang apabila hembusan nafas hangat seseorang melanggar bahagian belakang lehernya. Dan sekarang dia sudah sedar akan keadaannya. Dia telah dikepung oleh tangan dan kaki Tengku Qaiser.

Ya.

Mereka tidur sekatil biarpun masing-masing tidak rela. Bukannya dia tidak tahu niat sebenar Tengku Qaiser. Hanya mahu menyakiti hatinya sahaja. Dia teringat kembali saat pertama kali dia melangkah kaki di sini.

Sungguh dia terpegun melihat rekaan luaran dan dalaman rumah ini. Pasti harganya juga akan membuatkan dia terpegun sama. Saat dia menyentuh permukaan kabinet dapur satu suara memetir menegurnya.

"Eh perempuan. Kau pergi ambil beg kau dalam kereta" Ujar Tengku Qaiser kasar. Matanya mencerlung tajam ke arah perempuan yang sudah sah bergelar isterinya.

Dengan langkah perlahan Adhela menuju ke luar rumah. Dia mengangkut semua beg yang dibawanya sendiri. Sempat juga dia merungut. Sebal dengan sikap Tengku Qaiser.

"Sini ikut aku"

Tengku Qaiser mula mendaki tangga untuk ke tingkat dua diikuti dengan Adhela. Nafas berat dilepaskan oleh Adhela. Sekali lagi dia perlu mengangkat beg ini ke tingkat dua tanpa dipedulikan oleh Tengku Qaiser.

"Cepatlah sikit!" Laung Tengku Qaiser. Kuat.

Adhela terus mengangkat kepala dan matanya bersabung dengan mata helang Tengku Qaiser. Dia juga tidak mahu kalah. Terus merenung dan membalas renungan mata itu.

"Kau jangan sampai aku korek biji mata tu bagi anjing jiran sebelah makan"

Kata-kata itu membuatkan Adhela terus melarikan anak matanya. Dia tidak mahu hilang nikmat penglihatan. Dia masih perlukan matanya untuk menikmati setiap keindahan yang Tuhan ciptakan. Termasuk apa yang ada di hadapannya sekarang ini.

Walaupun sekarang ini muka suaminya seperti singa kelaparan tetapi tetap nampak segak di matanya. Dan dia sukakan pemandangan ni.

"Woi! Sinilah!" Laung seseorang dengan kuat sehingga menyetakkan Adhela yang berada di dalam dunia khayalan dunia impian.

Adhela terkocoh-kocoh mendaki tangga sehinggalah dia tiba di satu bilik yang cantik. Warna bilik itu bertemakan kelabu putih. Semua set perabot berwarna putih. Manakala dindingnya pula terdapat dua kombinasi warna itu.

Sungguh cantik!

"Wow cantiknya! Bilik siapa ni Tengku?" Soal Adhela sambil matanya masih galak memerhati setiap ruangan bilik itu. Terdapat juga satu pintu gelangsar yang pastinya akan membawa ke beranda bilik itu.

"Bilik kitalah" Jawab Tengku Qaiser lalu dia terus masuk ke dalam bilik itu tanpa menghiraukan Adhela yang masih tercegat di muka pintu.

Bilik kita?

Maknanya dia kena tidur sekali dengan Tengku Qaiser. Macam tu ke? Kena tidur seka...

Oh My God! This can't be happen!

"Bilik kita? Saya dan awak tidur dalam bilik ni? Sekatil?" Tanya Adhela dengan riak wajah yang tidak percaya dan curiga.

"Iya lah. Ouh mungkin kau expect that we will sleep in seperates room. Is it like that?"

Adhela tidak mengangguk mahupun menggeleng. Tapi sebenarnya memang itu pun tanggapannya.

"That never happen. Aku kahwin dengan kau bukan untuk tidur asing-asing. Lagipun kita dah halal. Lagi afdhal kan?" Balas Tengku Qaiser dengan senyuman mengejek di bibirnya.

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now