6◆

56 7 1
                                    

Tangan diramas antara satu sama lain. Jantungnya berdegup tidak tentu hala. Gugup. Sempat mata menjeling sedikit suaminya yang hanya tenang memandu. Jauh sekali berbeza dengannya.

Dari kejauhan matanya sudah menangkap binaan pagar yang tinggi lagi mewah itu. Semakin gugup dia rasakan.

Semakin lama, semakin dekat.

Semakin dia jelas untuk melihat pagar yang tinggi terbina itu. Matanya galak membaca ukiran tulisan yang terukir di situ.

Vila Kasturi.

Saat kereta yang dinaikinya melepasi pagar tersebut dia terpegun.

"Wow" Itu sahaja yang mampu dia katakan sekarang ini.

Rumah yang gah dihadapannya kini dipandang tidak berkelip. Sungguh dia jatuh cinta akan reka bentuk rumah ini. Reka bentuk ala-ala klasik.

"Tutup mulut. Masuk lalat nanti baru tahu" Ujar satu suara garau mengembalikan dirinya ke realiti.

Tengku Qaiser menarik brek tangan ke atas. Kereta cantik terpakir di halaman vila. Sempat cermin pandang belakang dilihatnya bagi membetulkan rambut yang terjuntai jatuh ke dahi.

"Dah jom turun" Ajak Tengku Qaiser lalu dia membuka pintu kereta.

Adhela turut melakukan perkara yang sama. Jejak saja kakinya di halaman vila itu terus rasa gugup kembali menjengah. Nafas ditarik berkali-kali untuk menenangkan diri.

"Ikut rancangan kita" Bisik Tengku Qaiser rapat di telinga isterinya. Tangan kasarnya disulam kemas dengan tangan halus milik si isteri.

Mujur sahaja Adhela tidak buka jurus silat yang dia belajar di waktu kecil dahulu. Tiba-tiba aje berbisik di telinganya. Sungguh dirinya terkejut.

Adhela angkat kepala untuk melihat wajah suaminya. Bisikan suaminya tadi masih jelas terngiang-ngiang di dalam mindanya.

Ditentang mata cantik suaminya itu dengan berani. Cuba mencari sesuatu. Sesuatu yang dia harapkan setiap waktu. Namun yang dia nampak hanyalah kosong. Tidak berperasaan.








RUSA masuk kampung.

Peribahasa yang amat sesuai dengan situasinya saat ini. Pandang kanan, semua cantik. Pandang kiri, semua handsome. Tengok diri sendiri, macam kentang kena lenyek.

Rasa insecure semakin bertambah dalam diri. Keyakinan yang tadinya ada, kini semakin hilang. Sungguh dia rasa seperti ingin melarikan diri saja saat ini. Tidak mahu terlibat dengan perjumpaan keluarga kaum kerabat ini.

Oh ya! Lupa pula mahu memberitahu asbab mengapa dia dan suaminya perlu datang ke Vila Kasturi ini.

Kata suaminya, salah seorang daripada sepupunya akan bertolak ke luar negara dalam beberapa minggu lagi untuk menyambung pelajaran. Oleh itu, neneknya mahu mengadakan sedikit jamuan makan dan doa selamat.

"Eh Fil ni dikira okay lagi tau Mak Lang. Ni. Orang sebelah ni. Dari tadi duk berkepit macam belangkas. Tekak ni rasa kembang semacam je" Ujar Tengku Qafeel sambil tangannya mengusap-usap lehernya. Sempat mata diisyaratkan ke sebelah.

Semua orang berpaling ke arah yang sama. Gamatlah ruang tamu dengan usikan dan siulan nakal dari ahli keluarga yang lain.

"Kita orang memang suka berkepit macam ni. Rasa hangat je. Kan sayang?" Balas Tengku Qaiser tidak mahu kalah. Matanya turun memandang isterinya.

Adhela tayang senyum kambing.  Pandangan nakal dari ahli keluarga lain dihiraukannya. Jujur dia katakan yang dia amat malu sekarang ini walaupun dia tahu semua itu hanyalah lakonan.

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now