27◆

27 6 0
                                    

Kad id pelajar dia satukan dengan skrin yang beria menyala-nyala. Bagaikan tidak sabar untuk menerima kad id dari setiap pelajar. Setelah diteliti identitinya, dia mula berjalan masuk. Bilik yang sudah ditempah oleh rakan sekumpulannya dituju.

"Sorry lambat" Ujar Adhela seraya melabuhkan duduk di kerusi kosong.

"It's okay. Ramai lagi yang tak sampai" Balas Wais selaku ketua kumpulan. Tadi dia sudah mengamuk dalam group Whatsapps mereka. Sempat diberi beberapa amaran kepada ahli yang lewat.

Hampir sepuluh minit menunggu, akhirnya lengkap semua ahli kumpulan mereka. Tidak mahu melengahkan banyak masa, mereka terus memulakan perbincangan. Pelbagai idea dan cadangan dia dan rakan kumpulannya berikan. Setiap pendapat akan diambil kira semula sama ada sesuai ataupun tidak.

"Okay semua setuju?" Soal Wais apabila mereka sudah berada di akhir perbincangan. Melihat anggukan daripada ahli kumpulannya, dia tersenyum suka. Mudah kerjanya.

"Jadi, kita akan pergi ke sana minggu depan. Nanti list barangan aku akan send dalam group. Yang lain semua aku akan settlekan. Cuma..." Wais memberhentikan ayatnya di situ. Biar saspen sikit. Dari pandangannya kelihatan beberapa ahli kumpulannya mula berdiri tegak. Mungkin tertarik dengan apa yang dia ingin sampaikan.

"Cuma apa?" Soal salah seorang daripada ahli kumpulan itu. Riak wajahnya penuh dengan rasa curiga.

"Kita perlukan sponsor. Ini masalah kita" Balas Wais tenang.

"Lah. Aku ingat masalah besar" Sampuk seorang ahli kumpulan itu. Kemudian dia mula kembali ke posisi asalnya. Sebelah tangan dia letakkan di atas meja. Kemudian perlahan-lahan kepalanya dijatuhkan ke atas lengannya. Selepas menemui kedudukan yang sesuai, matanya mula dipejam.

Innalillah.

Adhela hanya mampu menggelengkan kepalanya selepas melihat perangai tidak betul rakan kumpulannya itu. Setelah itu mereka kembali berbincang mengenai sponsor yang mereka perlu dapatkan.

"Apa kata kita guna saja sponsor yang lama-lama. Mesti ada list kan? Tak pun kau minta lah prof carikan. Kau kan macam ni dengan prof" Kata Rifa sambil tangannya disatukan. Tanda keakraban Wais dengan prof mereka.

"Ish malulah. Dah banyak kali aku minta tolong dia. Tak apa. Kita try cari dulu. Kalau tak ada juga, baru kita guna cadangan kau tu. Okay?"

"Okay!" Jawab mereka yang lain dengan semangat.

Member yang sedang enak melayan mimpi turut tersentak. Terus dia bangun secara mendadak.

"Ha? Apa yang okay?" Soalnya tidak bersalah. Dengan mata yang kuyu dan muka yang bergaris di sana sini. Serantak itu seisi bilik itu gamat dengan gelak tawa. Geli hati melihat reaksi rakannya seorang itu.

Dan dia hanya terkelu di situ. Masih lagi berada di awan-awangan. Kenapa dia orang gelak? Dia ada buat lawak ke? Kata hati kecilnya. Turut bingung dengan situasi yang berlaku sekarang.













PINTU kafe dia tolak perlahan. Bunyi dentingan keychain besi berlaga bergema di ruangan kafe. Semua mata tertumpu ke arahnya. Hanya sekejap saja sebelum kembali menjamu selera.

Dia mula berjalan merapati kaunter. Sesekali dijenguk-jenguk ke bahagian dalam kafe. Hari ini, dia sudah nekad. Dia perlu lakukannya. Lagipula sudah sekian lama dia tidak menjejakkan kaki ke sini. Dia hanya hilang tanpa berita.

"Dila?" Ujar salah seorang pekerja. Digenyeh matanya berulang kali. Takut tersalah lihat.

"Ya. Hai korang" Sapa Adhela mesra. Dia tergelak perlahan melihat riak wajah terkejut rakan sekerjanya. Melucukan.

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now