3◆

92 8 0
                                    

Rambutnya yang panjang separas pinggang itu di lap menggunakan tuala secara perlahan-lahan. Dia berlalu ke arah meja solek dan memulakan rutin penjagaan mukanya.

Mulutnya bersenandung secara perlahan-lahan. Tangannya bergerak meratakan krim di atas mukanya. Akhir sekali, dia mencapai lip balm lalu dipakaikan ke atas bibirnya.

"Siap!" Jeritnya teruja. Sempat dia melakukan beberapa jenis gaya di hadapan cermin. Ada gaya yang cantik dan ada juga yang disebaliknya.

Badannya dipusingkan ke belakang untuk mengejutkan Tengku Qaiser pula. Dan dia terus kaku di situ. Senyuman yang tadinya mekar di bibirnya mati sekelip mata apabila mata Tengku Qaiser galak merenungnya.

Erk. Bila masa dia bangun? Tadi aku tengok lena semacam je dia tidur. Tiba-tiba bangun pula. Fikir Adhela sendiri.

"Ehem. Bi...bila ma...masa Tengku bangun?" Tanya Adhela dengan nada yang tergagap-gagap. Mampus dia kalau Tengku Qaiser nampak apa yang dibuat tadi.

"Cukup lama untuk aku tengok bermacam jenis gaya yang kau buat depan cermin tu" Jawab Tengku Qaiser tenang sambil bibirnya menyenget jahat.

Mukanya bagaikan disimbah cat merah. Sah! Tengku Qaiser menjadi saksi kelakuannya yang sedikit kurang siuman sebentar tadi.

Ish malunya aku! Jerit Adhela dalam hati. Kepalanya tertunduk ke bawah. Tidak mampu membalas renungan mata Tengku Qaiser.

"Kau ni nak ke mana?" Soal Tengku Qaiser sambil meneliti pakaian Adhela daripada atas hingga bawah.

"Pergi jogging"

"Aku ikut"

"Hah?" Adhela tercengang. Apa dia yang Tengku Qaiser cakap tadi? Dia tersalah dengar ke?

"Aku cakap aku ikut kau pergi jogging. Tunggu aku. Kita pergi sekali" Balas Tengku Qaiser lalu mula berjalan menuju ke tandas untuk membersihkan diri. Adhela dibiarkan begitu saja.

"Ish Tengku ni demam ke apa? Tak pernah-pernah dia nak ikut aku pergi jogging" Gumam Adhela sendirian.

Selama sebulan dia melayari bahtera perkahwinan, hari ini merupakan kali pertama Tengku Qaiser mahu mengikutnya berjogging. Selama ini dia hanya berjogging sendirian dan Tengku Qaiser pula tidak ambil kisah perihal dirinya yang hendak ke mana-mana.








TERMENGAH-MENGAH dia mencuri nafas selepas berjogging dua pusingan taman yang berdekatan dengan kawasan rumahnya. Terbongkok-bongkok tubuhnya lagak seorang nenek tua. Matanya memandang batang tubuh Tengku Qaiser yang semakin menjauh.

Nampaknya,Tengku Qaiser tidak sedar bahawa dirinya sudah ketinggalan nun jauh di belakang. Dia pula tidak berkeinginan untuk menjerit memanggil Tengku Qaiser bagi menyedarkan tentang keberadaannya.

Perlahan-lahan dia mula berjalan sambil melakukan beberapa renggangan. Punggung di labuhkan pada sebuah bangku yang disediakan di situ. Badannya kini berhadapan dengan sebuah tasik buatan yang indah sekali. Dia sukakan permandangan sebegini.

"Adhela?" Panggil seseorang sekali gus menyedarkannya agar kembali ke alam nyata setelah beberapa ketika tenggelam dalam imaginasi sendiri.

"Khalif? Buat apa dekat sini? Jogging ke?" Tanya Adhela ramah dengan mata yang membulat tanda terkejut. Dia tidak menyangka akan bertemu rakan sekerjanya di sini.

"Haah jogging. Awak datang sorang?" Soal Khalif pula.

Adhela mendiamkan diri seketika sebelum mengangguk. Tak kan lah dia mahu beritahu Khalif bahawa dia ditinggalkan pula. Jadi terpaksalah dia menipu.

"Awak tak nak sambung jogging? Dah berapa round awak pusing taman ni?"

"Dua round je. Saya dah malas. Penatlah." Jawab Adhela sambil menggelengkan kepalanya tanda dia menyerah kalah. Kira okay lah tu. Lagipun taman ni boleh tahan luas juga.

"Awak pula macam mana? Tak nak teruskan?" Soal Adhela dengan mimik muka yang jelas menyampah apabila terdengar ketawa Khalif.

Nak kata aku gemuk lah tu! Hmph!

"Saya pun malas jugak. Jadi saya nak teman awak dekat sini"

"Hah? Kenapa pula?" Soal Adhela sambil matanya menyorot pergerakan Khalif yang mula melabuhkan punggung di bangku itu juga. Dia bergerak ke tepi sedikit untuk menjaga jaraknya dengan Khalif.

"Sebab perempuan cantik macam awak ni bahaya tau duduk sorang-sorang dekat sini. Kalau kena culik macam mana? Siapa yang susah, saya juga" Kata Khalif dengan senyuman manis.

"Kenapa pula awak yang susah?"

"Sebab nanti kalau awak tak ada, hilang lah kemanisan dekat tempat kerja tu. Lepastu semua orang jadi muram" Balas Khalif lalu mimik mukanya dibuat sedih.

Adhela tergelak mendengar jawapan daripada Khalif. Macamlah dirinya ini gula-gula yang boleh membuatkan orang tersenyum. Lagipula apa yang dikatakan Khalif ada betulnya. Memandangkan dia yang paling muda bekerja di situ, jadi dia dilayan bak puteri oleh rakan sekerjanya. Kadangkala dia juga menjadi penghibur di kala lara muncul dalam kalangan mereka.










BUNYI pintu rumah terbuka menarik perhatian Adhela. Kakinya melangkah laju ke arah pintu utama rumah dan dia terkaku di situ.

"Ingat jalan balik rupanya" Kata Tengku Qaiser. Bibirnya mengoyak senyuman sinis.

"Kenapa tak ikut jantan tu balik? Aku rasa kau lagi bahagia kut kalau ikut dia sebab kalau dekat rumah ni..."

Tengku Qaiser mula menapak ke arah Adhela yang hanya berdiri kaku di tempatnya.

"...aku selalu sakitkan hati kau. Kau tak rasa sakit hati ke?" Soal Tengku Qaiser perlahan. Kepalanya menunduk ke bawah untuk melihat reaksi Adhela.

"Satu penipuan kalau saya cakap tak sakit hati. Tapi selagi saya mampu bertahan, saya akan bertahan. Dan bila tiba masanya di mana saya tak mampu untuk bertahan lagi, saya harap awak benarkan saya pergi"  Balas Adhela perlahan. Matanya menikam tepat mata Tengku Qaiser.

"Of course I will set you free sayang. When the time comes. But for now, no"













PUNCHING bag di hadapannya ditumbuk dan disepak kuat. Dia mahu lepaskan semuanya di sini. Sudah lama dia memendam rasa dan sekarang masa untuk dia lepaskan segalanya.

"Raine! Stop!" Jerit seseorang membuatkan tumbukannya terhenti. Dadanya berombak kasar. Peluh membasahi wajahnya.

"Jangan hukum diri kau macam ni" Pujuk Sara lembut.

Kedua-dua tangannya dijatuhkan ke sisi. Perlahan-lahan badannya melorot jatuh ke lantai. Tanpa sedar, air jernih mula mengalir daripada matanya.

"Aku penat Sara. Aku penat sangat. Rancangan yang aku atur selama ni, semua hancur" Ujar Raine bersama sedu-sedan tangisan.

Keluhan berat terlepas dari mulut Sara. Duduk dilabuhkan bersebelahan sahabatnya dan tubuh itu dipeluk. Tangannya menggosok perlahan-lahan belakang badan sahabatnya.

"Aku tahu Raine. Aku tahu tentang rancangan kau. Tapi kau kena ingat satu perkara ni. Kita sebagai manusia hanya merancang tetapi Allah yang tentukan segalanya. Semua yang berlaku atas izinNya" Kata Sara dengan lembut. Memujuk.

"Aku harap diri aku kuat untuk bertahan sampai perkara ni selesai"

"Kau kuat Raine. Aku tahu kau kuat"


















assalamualaikum and hi everybodeh! like always dont forget to vote🌟 comment and share! lope u all🦋

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now