14◆

40 7 0
                                    

Tangan kiri menongkat kepala dan tangan kanan pula mencatat perkara yang diberitahu oleh Dr. Afiqah. Matanya tekun memerhati slide yang ditayangkan oleh Dr. Afiqah di hadapan kelas.

"Minggu depan ada test. So be prepare. Score sebanyak mana yang kamu boleh dan siapkan kerja yang saya bagi last week. Siapa tak siap saya buat gulai kawah daging manusia" Ujar Dr. Afiqah dengan nada yang sengaja dibuat garang.

Gamat dewan itu dengan tawa dari pelajar. Tahu bahawa pensyarah mereka itu hanya loyar buruk. Dr. Afiqah mahu marah? Memang lambat lagi perkara itu akan berlaku.

Dr. Afiqah terkenal dengan sikap santainya. Tidak kisah pelajar siapkan kerjanya atau tidak. Kalau tidak siapkan lagi senang kerjanya hendak key in markah. Tidak perlu mengira banyak-banyak. Telur ayam terus.

"Suka pula kamu semua ya. Okay class dismiss"

Semua pelajar mula bangun menyimpan barang masing-masing dan keluar dari dewan kuliah itu. Dan tinggal lah dia, Meena dan beberapa rakan sekelasnya yang lain.

"Kau ni kenapa Dila? Monyok je" Tanya Meena yang sedar akan riak wajah sahabat baiknya itu.

"Tak adalah. Aku lapar" Balas Adhela sambil sebelah tangannya menggosok perut.

"Aku ingatkan apalah tadi. Lapar rupanya. Ha, cepat. Jom kita pergi makan" Kata Meena sambil menarik-narik tangan rakannya yang enggan bergerak.

"Sabar-sabar janganlah tarik. Barang aku belum siap kemas lagi" Beritahu Adhela sebelum dia mula mengemas barangnya.

Meena hanya menunggu sahaja rakannya itu siap mengemas. Setelah itu mereka berdua berjalan keluar daripada dewan itu untuk menjamu selera.











CAHAYA matahari menerobos masuk melalui tingkap kaca pejabatnya mewujudkan sedikit pencahayaan. Tangannya sibuk menari-nari di atas papan kekunci. Membalas beberapa email yang dihantar oleh pembantunya.

Sesekali dia membetulkan badannya sehingga menghasilkan letupan-letupan kecil. Lenguh seluruh tubuh apabila duduknya tidak berubah.

Dan perhatiannya teralih apabila mendengar ketukan di muka pintu pejabatnya. Belum sempat dia melaungkan kata masuk, terus sahaja pintu pejabatnya itu terbuka.

"Hello bro!" Jerit seseorang dengan ceria.

Automatik matanya digulingkan ke atas. Dia mengeluh perlahan. Muncul sudah bala yang lama menghilangkan diri.

"Hello, hello. Salam mana salam?" Soalnya lalu dia mula merapati sahabat baiknya itu. Mereka bersapa gaya lelaki.

"Assalamualaikum Tengku. Macam mana kehidupan Tengku? Bahagia?"

Dan badan Tengku Qaiser terus mengeras. Dipandang wajah sahabatnya itu. Serius. Nampaknya rakannya itu sudah mengetahuinya.

"Bonda bagitahu kau ke?" Soal Tengku Qaiser tanpa menjawab pertanyaan dari rakannya itu. Tangan naik bersilang di dada. Mata merenung tepat wajah rakannya.

"Kau tak kenal ke aku ni siapa? Ini Tengku Ariz lah. Kau sorok lah macam mana pun mesti aku akan tahu punya" Ujar Tengku Ariz dengan riak bangga.

Tengku Qaiser mengangguk tanda setuju. Pernah suatu ketika, dia tidak sengaja merosakkan plan sebuah kondominium yang telah siap dilukis oleh Tengku Ariz. Namun dia hanya berdiam diri. Tidak ada sesiapa pun mengetahuinya sehinggalah Tengku Ariz sendiri yang menanyakan kepadanya tentang tragedi tersebut. Mahu atau tidak memang dia kena mengaku. Tembelang sudah pecah. Apa lagi yang dia boleh buat?

Mujur saja plan itu hanyalah lakaran idea. Jikalau yang sebenar, memang meletuplah rakannya itu. Nasib dia masih lagi selamat.

"Mana sorang lagi? Biasanya kau datang dengan dia?" Tanya Tengku Qaiser dengan kening yang dijongket sebelah.

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now