19◆

24 5 0
                                    

Hancur berderai perancangannya malam ini. Nak tengok drama Korea!

Mulutnya memuncung. Dadanya turun naik sedikit laju daripada biasa tanda dia marah. Dipandang wajah tidak bersalah suaminya. Ah, geram!

Sudahlah geram tiga hari lepas belum surut  lagi dan sekarang bertambah pula. Manakan tidak apabila dia tiba saja di rumah, Tengku Qaiser terus menceritakan hal sebenar kepadanya bahawa baju kerjanya kotor terkena kopi. Terus sahaja dia rasakan seperti mahu rebus hidup-hidup suaminya. Padanlah lain bajunya semasa Tengku Qaiser datang mengambilnya. Tetapi dia tidak perasan. Sudahnya, terus dia basuh baju itu secara manual. Mujurlah hilang kesan kotoran itu.

"Abang kenapa tak cakap awal-awal?" Soal Adhela dengan nada tidak puas hati. Kedua belah tangannya naik berpeluk tubuh tanda merajuk.

"Tak ingat" Jawab Tengku Qaiser selamba sambil melihat ipad di tangannya.

Adhela mengecilkan mata. Kecil besar, kecil besar saja dia nampak suaminya sakarang ini. Kalau boleh memang dia mahu humban Tengku Qaiser dalam sungai sana. Biar mati kembung. Namun itu semua hanya imaginasi dalam mindanya saja.

"Lepastu macam mana sekarang ni?"

"Macam mana apa?"

"Jangan sampai saya pakai baju kurung pergi sana" Ugut Adhela dengan muka geramnya. Buat-buat tak faham pula mamat ni.

"Don't worry. All prepared" Balas Tengku Qaiser bersahaja. Tangannya masih lagi lincah berlari-lari di skrin ipad.

"Berlagak" Gumam Adhela perlahan sebelum dia mula bangun dan pergi dari situ. Belum sempat dia menjauh, satu suara menegurnya.

"Nak pergi mana?"

"Lari rumah" Jawab Adhela selamba lalu dia mula melangkah pergi. Panggilan seterusnya dari Tengku Qaiser dia hiraukan. Sekarang dia mahu tenangkan hatinya yang masih lagi berbara. Kalau dibiarkan mahu hangus hatinya nanti. Jadi lebih baik dia bertindak segera.












UDARA dihirup dengan sepenuh hati sehingga penuh paru-parunya sebelum dia hembuskan perlahan-lahan. Senyumannya melebar. Matanya memerhati sekeliling kawasan yang dia berada sekarang.

Malaysia.

Ah,sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke sini. Tanah airnya. Tempat di mana dia dilahirkan. Sungguh dari lubuk hati yang paling dalam dia rindukan tempat ini. Mana-mana dia pergi tempat ini tetap menjadi kegemarannya.

"Owen mana?" Soal Ameer kepada isterinya. Sempat lagi dia mengucup sayang kepala puterinya. Haih, lena betul tidurnya.

"Toilet rasanya"

Tunggu punya tunggu, muncullah satu susuk tubuh tegap dari sebalik dinding. Owen lekas-lekas berjalan ke arah majikannya. Ah, dia tidak mahu percutiannya ini musnah gara-gara dirinya. Dia juga tidak mahu menadah telinga mendengar bebelan majikannya. Perit telinganya nanti.

"Sorry sir" Ujar Owen sambil membongkokkan sedikit badannya. Kepalanya tunduk ke bawah. Takut untuk bertentang mata dengan majikannya. Mahu dia diterkam di sini memang mampuslah dia.

"Where are you going Owen? Look. Your madam was tired waiting for you" Kata Ameer sambil menunjukkan ke arah isterinya. Dia sengaja mahu mengenakan Owen.

Balasannya si isteri menjegilkan mata ke arahnya. Dia hanya tersengih tidak bersalah. Pandang hadapan terlihat wajah Owen yang serba salah. Dan dia sukakannya.

"I'm sorry madam. I have no intention to do that"

"Then what? Is that you have been bumped with beautiful malay girl?" Tuduh Ameer tanpa menunggu penjelasan dari Owen.

Owen menjatuhkan kepala tanda tekaan majikannya itu benar belaka. Tiada yang salah.

"Already?" Soal Ameer tidak percaya. Dia menggelengkan kepalanya tanda tidak percaya. Wah, hebat betul penangan Owen. Mendarat saja sudah bertembung dengan gadis Melayu.

"I didn't mean to sir. It wasn't my fault. Its her. She bumped into me and look what happened" Balas Owen mahu mempertahankan dirinya. Serentak itu jari telunjuknya menunjuk ke arah bahagian bajunya yang basah. Nasib baik dia pakai warna hitam hari ni. Tak adalah nampak sangat. Dan nasibnya juga baik apabila air yang tertumpah itu hanyalah air berkabonat saja. Kalau air kopi ke apa memang boleh mengamuk dia di situ tadi.

"Oh My God! So you want to buy another clo-"

"Ah, no need madam. I'm alright. Just a little bit only. It doesn't affect anything" Potong Owen sebelum dia tersenyum ramah.

Setelah itu, mereka berjalan menuju ke arah kereta hitam yang elok saja terpakir di hadapan mereka. Ameer senyum suka. Belum sempat dia membuka pintu ada seorang lelaki terlebih dahulu membukakan pintu untuknya.

"Welcome back bos" Ujar seorang lelaki yang duduk di bahagian memandu. Ameer senyum mesra.

"Semua dah settle ke kat sana?"

"Dah bos. Macam yang bos suruh" Balas lelaki itu.

Ameer jatuhkan kepala tanda dia berpuas hati. Selesai saja memasukkan semua barang, mereka meneruskan pula perjalanan menuju ke tempat yang bakal mereka menginap nanti. Ah, rindu.

Ibu, ayah Mir datang.













"Don't worry. All prepared"

Itulah yang dikatakan oleh suaminya beberapa hari yang lepas. Pada mulanya dia enggan untuk percaya sehingga mereka bergaduh mulut. Dan sekarang ini dia sudah percaya. Memang semuanya sudah siap tersedia. Dari atas hingga bawah memang lengkap. Tip top!

"Biar betul dia ni nak suruh aku pakai baju macam ni" Tanya Adhela sendirian di dalam tempat persalinan itu. Ditilik dirinya dari atas hingga bawah. Fuh! Meletup!

"Cik Adhela okay ke kat dalam?" Soal salah seorang pekerja yang diupah oleh suaminya.

"Okay!" Laung Adhela kuat. Tangannya menyentuh baju yang tersarung cantik di badannya itu. Masih lagi belum percaya. Manakan tidak dia rasa sebegitu. Lihat sajalah dress di tubuhnya ini. Dengan berliannya, lacenya, glitternya, memang sebijik sejebon dress dalam dunia khayalannya. Mana pernah dia memakai baju sebegini seumur hidupnya. Ini yang pertama kali.

Setelah lama dia menilik diri sendiri, akhirnya dia memutuskan untuk keluar dari bilik persalinan itu.

"Ya Allah. Cantiknya Cik Adhela!" Jerit pekerja itu teruja.

Adhela senyum segan. Bukan dia yang cantik tapi baju ini yang terlampau cantik. Matanya melilau ke sana sini mencari seseorang.

"It's suit you. Pandai aku pilih" Kata Tengku Qaiser yang entah dari mana munculnya. Ucapan terima kasih dia katakan buat pekerjanya itu sebelum dia mengarahkan pekerja itu untuk keluar.

"Why peach husband? Tak ada warna lain ke?" Soal Adhela yang masih membetulkan tudungnya dihadapan cermin. Matanya mengerling suaminya melalui pantulan cermin.

"Saja. Barulah nampak lemah-lembut" Kata Tengku Qaiser selamba.

Adhela menggulingkan mata ke atas. Jawapan itu tidak memuaskan dirinya. Lemah lembut? Tak cukup lemah-lembut kah dia selama ini? Atau dia saja yang rasa sebegitu? Mahu bertanya lagi dia sudah malas. Kerana dia tahu jawapannya akan tetap sama saja. Tidak berubah.

"Are you ready Mrs Qaiser?" Soal Tengku Qaiser sambil menghulurkan sebelah tangannya.

Adhela kaku sebentar merenung tangan besar suaminya itu. Seterusnya mata naik merenung wajah suaminya yang mengisyaratkan supaya dia menyambut huluran itu.

"I'm always ready Mr Qaiser" Jawab Adhela dengan senyuman manisnya. Serentak itu tangannya bersulam erat dengan tangan besar suaminya.

Ah, indah sungguh!

Terngiang-ngiang di mindanya panggilan yang digunakan oleh suaminya. Mrs Qaiser? Sungguh menarik! Tidak dia sangka suaminya akan memanggilnya begitu.

Oh Tuhan, jangan kejutkan dia lagi daripada mimpi indah ini. Kerana dia tidak pasti realiti yang sebenarnya.














assalamualaikum and hi ges! dont forget to vote🌟 comment and share! bubye ges! lope u all♡

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now