16◆

34 5 1
                                    

Gembira. Itu yang boleh dia ungkapkan. Lihat sajalah kanak-kanak yang riang berlari-lari dengan bebasnya. Serta-merta senyuman terlakar di bibirnya.

Alangkah indahnya jikalau kita menjadi kanak-kanak sehingga ke akhirnya.

Tidak perlu faham apa itu erti peritnya kehidupan.

Tidak perlu mengerah tenaga untuk membeli sebutir beras.

Hanya bermain dan terus bermain.

Indah bukan?

"Nah untuk kau" Kata seseorang sambil menghulurkan satu plastik lut sinar yang berisikan sate ikan dan sosej bakar.

"Terima kasih" Ujar Adhela sambil menyambut huluran tersebut. Bacaan bismillah dibaca terlebih dahulu sebelum dia memulakan suapan.

"Abang nak?" Soal Adhela sambil matanya mengisyaratkan ke arah makanan yang berada di tangannya.

"Tak nak. Kau makan je lah semua. Aku memang beli untuk kau"

Dan mata Adhela bersinar bahagia. Yeay, makan!

Seketika sepi melanda antara mereka. Masing-masing sibuk melayani jiwa dan mengkagumi ciptaan Tuhan yang terbentang indah di depan mata.

"Abang" Panggil Adhela perlahan. Matanya masih lagi fokus ke hadapan.

"Saya nak pergi dekat sana boleh tak?" Soal Adhela sambil tangannya menunjukkan ke arah lautan di hadapannya. Melihat ramai orang yang sedang bermain di pesisir pantai itu, telah membuatkan dirinya mahu merasai perkara itu juga.

"Jom" Ajak Tengku Qaiser lalu mula berdiri.

Manakala Adhela pula, keras kejung di situ. Dahinya berkerut seribu. Erk? Dia nak pergi main seorang diri sebenarnya tapi...

"Kau nak pergi main ke tak ni?" Soal Tengku Qaiser apabila dia melihat isterinya tidak berganjak.

"Kita nak pergi main pantai sekali ke?" Tanya Adhela polos.

Tanpa menjawab persoalan isterinya, Tengku Qaiser mula bergerak menuju ke pesisir pantai. Malas mahu membalas. Orang dah ajak, ikut sajalah. Ini banyak tanya pula.

"Eh, abang tunggu lah!" Laung Adhela lalu dia mula mengejar langkah suaminya yang sudah ke depan.

Mereka berdua mula membuka selipar. Seluar disinsingkan ke atas sedikit sebelum kaki dicelup ke dalam air pantai. Adhela tersenyum bahagia. Sudah lama dia tidak bermain air pantai.

"Bestnya!" Jerit Adhela teruja bagaikan anak kecil.

"Abang duduk sini kejap" Kata Adhela sambil mengheret suaminya itu agar ke kawasan yang sedikit cetek dan mereka berdua mula berdiri menghadap satu sama lain.

Tengku Qaiser hanya diam memerhati gelagat isterinya itu. Ada saja idea dalam benak fikiran isterinya. Sama ada idea mahu mengenakannya ataupun yang sebaliknya.

"Saya pula duduk sini" Ujar Adhela dengan perlahan. Dia merapatkan kakinya dan kaki suaminya sehingga hujung jari kaki mereka bertembung.

Dan...

Klik!

Adhela tersenyum suka dengan hasilnya.

"Ini je?" Tanya Tengku Qaiser dengan wajah yang tidak berpuas hati. Ingatkan nak buat apa tadi. Ambil gambar rupanya.

"Ye la. Sweet kan gambar ni?" Kata Adhela lalu menunjukkan gambar yang telah diambilnya tadi. Dia saja mahu mengikut trend sekarang. Lihat di media sosial, ramai yang sudah mengambil gambar sebegitu dengan pasangan masing-masing. Dia juga tidak mahu ketinggalan.

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now