21◆

26 5 1
                                    

Gempar di hotel itu dengan tragedi yang terjadi. Sudahlah berlaku sewaktu perasmian pembukaan cawangan baru. Memang menjadi isu besar. Pasti netizen-netizen mula melakukan kerjanya. Lihat sajalah nanti penuh di internet dan juga akhbar tentang perkara ini. Dia pasti tentang itu.

Seperti mahu tercabut saja jantung dari tangkainya. Dadanya berdebar-debar. Tangan yang dipenuhi darah itu dia lihat. Ah, bagaikan mimpi ngeri untuknya.

Air kolam yang merah. Dress isterinya yang dibasahi dengan darah. Dan isterinya yang tidak sedarkan diri.

Oh, Tuhan tolong sedarkan dia dari mimpi ini.

"Kai" Seru seseorang menbuatkan perhatiannya teralih.

"Bonda" Panggil Tengku Qaiser perlahan. Terus didapatkan tubuh tua itu dan dia tenggelam dalam pelukan bondanya.

"Sabar Kai. InsyaAllah semua okay. Bonda tahu isteri Kai kuat. Dan Kai juga kena kuat, ya sayang?" Pujuk Tengku Sharifah. Belakang badan anaknya itu diusap sayang.

"Kai takut bonda" Bisik Tengku Qaiser perlahan. Air mata yang hampir jatuh dia tahan sebaik mungkin.

Tengku Sharifah melepaskan pelukan. Wajah muram anaknya itu dia pandang dengan sayu.

"Bonda tahu Kai takut. Mengadu dekat Allah sayang. Dia tahu apa yang Kai rasa. Dia tahu semuanya. Tapi Dia nak dengar dari mulut Kai sendiri. Tenangkan fikiran. Pergi dekat Dia" Ujar Tengku Sharifah perlahan. Sedaya-upaya dia menahan tangis dari jatuh di hadapan anaknya.

Dan disini lah dia berada sekarang. Berteleku di atas tikar sejadah. Memohon pertolongan daripada Yang Maha Esa. Begitulah manusia. Bila senang tidak teringatpun tentang Dia. Dan bila ditimpa susah barulah merangkak mencari-Nya.

Dialah salah seorang daripadanya.

Dia bukanlah alim. Jauh sekali ustaz. Hanya seorang insan yang terumbang-ambing imannya. Sekejap berada di atas sekejap berada di bawah. Solat? Jikalau teringat dia lakukan, dan jika tidak begitulah jadinya. Al-Quran? Entah bila kali terakhir dia menyentuhnya.

"Ya Tuhan, bantulah aku. Kuatkanlah aku. Tolonglah aku"

Tengku Qaiser menghembuskan nafas lelah. Dipandang sekitar surau kecil itu. Ternyata bukan dia sahaja yang mengalami kesusahan. Malah ramai lagi. Mungkin yang dia rasa sekarang ini hanyalah secebis saja.

Hampir setengah jam dia berteleku di situ, dia mula berlalu pergi. Jalannya lemah saja. Kepalanya sarat dengan pelbagai perkara. Ah, sungguh dia insan yang lemah.

Sebaik saja dia tiba di hadapan bilik pembedahan, doktor yang terlibat juga turut keluar. Laju saja langkah kakinya menghampiri doktor itu.

"How my wife?" Soal Tengku Qaiser tidak sabar. Matanya terbuka luas memandang doktor itu. Bagaikan mahu menelannya saja.

"Alhamdulillah everything is fine but she needs to be in the ward until she comes to her senses. Her lungs were filled with water but we made it through"

Terpejam sebentar mata Tengku Qaiser tanda dia betul-betul lega. Ucapan alhamdulillah diucapkan di dalam hati. Sungguh dia syukur dengan apa yang Tuhan kurniakan.

'Alhamdulillah Ya Allah'

"Terima kasih doktor" Ucap Tengku Qaiser dan mendapat anggukan daripada doktor itu sebelum dia mula meminta diri.

"Alhamdulillah bonda. Dila selamat" Katanya perlahan di telinga Tengku Sharifah. Dipeluk erat badan tua itu.

"Ya Kai. Alhamdulillah. Sekarang ni Kai perlu doa supaya Dila cepat sembuh. Kai kena kuat ya?" Ujar Tengku Sharifah dengan nada sebak. Sebaik saja doktor itu mengatakan menantunya selamat, empangan air matanya yang ditahan pecah serta-merta. Sungguh dia berasa syukur yang amat.

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now