15◆

38 6 1
                                    

Jam ditangannya dikerling berkali-kali. Berdongkol rasa marah dalam hati dengan diri sendiri. Entah bagaimana dia boleh terleka melepak dengan rakan sekerjanya selepas lunch hour tadi. Habis cerita dibuka dan menyebabkan dia lewat untuk hadir ke mesyuarat yang seterusnya.

Nasib baiklah dia sudah sedia membawa ipad, fail dan barangan yang seangkatan dengannya di dalam kereta. Terus sahaja dia menuju ke lokasi yang dijanjikan.

"Tolonglah pihak sebelah sampai lambat" Doanya dalam hati.

Laju langkahnya diatur menuju ke restoren masakan barat. Sampai sahaja di kaunter, terus dia beritahu tujuannya datang ke sini. Ucapan terima kasih dia berikan buat penjaga kaunter itu.

"Thanks God for helping me" Ucapnya perlahan. Nasibnya sungguh baik kerana pihak sebelah sana masih belum tiba. Fuh, selamat!

Cermin dikeluarkan dari beg tangannya. Sempat dia membetulkan make-upnya yang sedikit rosak akibat kekalutannya tadi. Baju ditubuhnya juga dibetulkan.

Orang cakap first impression itu penting untuk menarik perhatian. Jadi dia perlu lakukan dengan baik. Lagipula, projek ini sepatutnya dikendalikan oleh rakannya. Tetapi jatuh ke tangannya pula, apabila rakannya itu perlu bersalin awal.

"El?" Seru seseorang membuatkan perhatiannya terusik.

Dan dia terkejut.

"Kai?"

"You dari AA Holdings ke?" Soal Tengku Qaiser hairan. Biasanya perempuan lain yang akan berurusan dengannya. Tiba-tiba hari ini orang lain pula. Takutlah dia tersalah tempat ke apa.

"Haah. I gantikan kawan I" Balas Elina dengan senyumannya.

"Okay. Let's start our discussion" Ujar Tengku Qaiser.

Elina hanya menurut biarpun beribu soalan sedang berlegar di benak fikirannnya. Mahu sahaja dia lontarkan soalan itu keluar, tetapi ditahan sebaik mungkin. Dia harus kelihatan profesional. Perkara peribadi dan kerja perlu diasingkan.











SEKELILING kawasan rumah agam itu dia pandang. Kereta ada. Selipar pun penuh depan rumah. Takkan tak ada orang kut?

"Eh, Dila?" Sapa satu suara membuatkan kepalanya tertoleh ke belakang.

"Kenapa tak masuk dalam?" Soal Pak Cik Rahim iaitu pemandu keluarga mertuanya.

"Tak apalah dulu. Dila nak pusing-pusing luar rumah kejap" Balas Adhela dengan senyuman.

"Ingatkan tak ada orang nak bukakan pintu tadi" Kata Pak Cik Rahim pula dan Adhela hanya tersenyum kekok. Memang tak ada orang nak buka pintu pun. Dari tadi lagi dia ketuk. Nak kata tiada orang itu mustahil. Kereta elok saja terparkir di bawah garaj. Mungkin bonda duduk di dapur sebab tu tak dengar dia ketuk.

"Ya Allah bertuah punya menantu. Kenapa tak call dulu sebelum datang?"

Ha, sudah! Suara bonda sudah kedengaran. Lambat-lambat Adhela berpaling ke arah bonda. Dari jauh dia nampak bonda sedang bercekak pinggang sambil memandang ke arahnya. Sebelum bonda menyarungkan selipar di kakinya, lebih baik dia pergi ke sana dahulu.

"Assalamualaikum bonda" Nyanyi Adhela persis budak sekolah.

Tengku Sharifah ketawa dengan gelagat menantunya itu. Geram sahaja dia mahu mengetuk kepala Adhela sekarang ini. Tiada khabar berita tiba-tiba muncul di hadapannya. Berseorangan pula tu! Bukan bersama anaknya.

Entah-entah dia orang...

"Mana Kai?" Soal Tengku Sharifah curiga.

"Erm abang kerja. Dila datang sorang je ni. Saja nak melawat bonda. Alang-alang kelas habis awal tadi" Jawab Adhela takut-takut. Dia seperti tahu-tahu saja apa yang berada di fikiran Tengku Sharifah.

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now