20◆

27 7 0
                                    

Dia hanya duduk di kerusi yang disediakan. Meja ini merupakan tempat duduk untuk keluarga suaminya. Pandang sekeliling terus sahaja dia rasa dirinya kerdil di sini. Seketika keluhan berat di lepaskan. Kenapalah dia setuju untuk ikut suaminya ke sini? Haih.

Tengku Qaiser pula hilang entah ke mana. Mungkin bertemu dengan rakan-rakan perniagaannya. Tiba-tiba dia rasa seperti mahu menghilangkan diri dari sini. Ah, dia tidak sukakannya.

Seketika bunyi suara pengacara majlis menarik perhatiannya. Terus sahaja duduknya dibetulkan dan pandangannya dihalakan ke hadapan. Tengku Aleena yang asyik bermain tadi berhenti serta-merta. Adhela yang geram dengan kecomelan Tengku Aleena terus mendukungnya dan diletakkan di ribaannya.

"Awak comel sangat kenapa?" Soal Adhela kepada Tengku Aleena. Pipi montel itu digomolnya.

"Along dah dua orang. Kamu bila lagi?" Soal Tengku Sharifah tiba-tiba. Mata tuanya dari tadi melihat wajah ceria Adhela yang bermain dengan Tengku Aleena.

Adhela telan liur kesat. Err nak jawab apa ni?

"Chill bonda. Kita orang baru berapa bulan kahwin. Tak sampai setahun lagi. Relaks lah" Jawab Tengku Qaiser yang entah dari mana munculnya. Duduk dia labuhkan di kerusi bersebelahan isterinya. Sempat wajah comel anak buahnya itu dicubit geram.

"Aku tak perlu pun tunggu setahun. Tengok-tengok eh keluar si kecil tu" Kata Tengku Qafeel sambil memuncungkan mulut ke arah anaknya, Tengku Haris yang diam saja melantak makanan. Padanlah gemuk. Makan macam-macam.

"Dah kau tak pandai sabar memanglah" Balas Tengku Qaiser selamba mendapat tawa daripada yang lain.

Tengku Hadira sudah menunduk malu. Suaminya pun satu, ada ke patut cakap macamtu. Memang tak tahu malu sungguh.

"Sabar ya kak" Bisik Adhela perlahan di telinga Tengku Hadira apabila perasan muka birasnya itu merah semacam saja. Kesian Tengku Hadira.

Setelah itu masing-masing diam apabila majlis sudah bermula. Tengku Aleena juga tidak meragam. Hanya diam di ribaan Adhela sambil tangannya bermain dengan mainannya. Tengku Haris pula masih lagi sama. Seronok berada dalam dunia makannya.

Selesai sahaja Tengku Qairul merasmikan majlis, maka gamatlah dewan itu dengan bunyi tepukan daripada semua orang. Setahunya syarikat keluarga mertuanya ini ada membuka cawangan hotel baharu. Dan yang paling mengejutkan inilah tempatnya. Dia juga baru saja tahu mengenainya.

Ah, padan sahaja rekaan luaran dan dalamannya tampak mahal. Dapat dilihat lampu chandelier besar yang tergantung elok sebaik sahaja dia melangkah masuk ke lobi hotel. Memang mewah!

Dan sekali lagi Tengku Qaiser menghilangkan diri. Entah ke mana perginya. Oh, mungkin berjumpa dengan rakan perniagaannya. Inilah masa yang sesuai untuk mengembangkan perniagaan masing-masing dan menarik pelabur untuk melabur di syarikat mereka. Barulah maju!

"Kita dating berdualah ya Aleena" Ujar Adhela perlahan. Tengku Aleena hanya melihat sahaja Auntynya berkata-kata dengan mata bulatnya.

"Sini jap ikut aku" Entah dari mana munculnya tiba-tiba Tengku Qaiser datang menarik tangan isterinya.

"Eh, janganlah tarik" Ditarik semula tangannya dari pegangan suaminya. Mujur sahaja dia tidak tersembam ke hadapan. Sudahlah dressnya ini labuh menyapu lantai. Kalau tersalah jalan memang malu dia tujuh keturunan.

Adhela hanya mengikut sahaja suaminya itu. Tengku Aleena dia bawa bersama. Ah, pandai-pandailah nanti mak bapak dia cari. Siapa suruh tinggal sangat kan?

"Bro, kenalkan ni isteri aku Adhela" Kata Tengku Qaiser kepada seseorang.

"Oh ya! Saya Ameer dan ini isteri saya Layla" Kata Ameer memperkenalkan dirinya dan juga isterinya kepada Adhela.

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now