29◆

18 3 0
                                    

Peluh yang merinik di dahi dia lap dengan tisu. Matanya naik memandang hasil keringat mereka semua. Satu senyuman manis mekar di bibirnya. Dia sangat berpuas hati.

Kerja mereka sudah hampir tiba di penghujungnya. Pekerja pemasangan juga sudah siap dengan kerjanya. Hanya tinggal beberapa touch up lagi dan boom! Siap!

Adhela leka dalam dunianya. Bunga ditangan digubah agar menjadi unik sebagai hiasan dewan. Setelah dia bertungkus lumus bekerja dengan pekerja pemasangan tadi, kini inilah kerjanya. Biarlah dia duduk pula. Dari tadi lagi dia tidak duduk diam. Ke sana ke mari.

"Aduh. Penatnya. Dah lah panas!" Keluh Wais sambil tangannya mengipas-ngipas muka yang kepanasan.

Adhela yang mendengarnya sekadar tersenyum saja. Memang cuaca hari ini sangat panas. Dengan matahari yang tegak berdiri di atas kepala. Kipas di dalam dewan ini tidak mampu mengatasi rasa bahang panas matahari.

"Dila. Kau pergi beli air kejap. Beli je air apa-apa pun. Ajaklah seorang lagi buat teman" Ujar Wais sambil tangannya menghulurkan duit. Duduknya dilabuhkan di hadapan Adhela. Tangannya mula menggapai gubahan bunga yang dibuat oleh Adhela. Kemas.

"Ha--"

"Biar aku teman kau" Celah satu suara membatutkan niat Adhela yang mahu memanggil Farhana. Dipandang Harith yang berdiri di depannya.

"Eh, tak apalah biar saya pergi dengan Farhana. Awak duduk sini buat kerja" Tolak Adhela lembut. Tidak mahu mengguris hati rakannya itu. Sebenarnya dia tidak selesa mahu keluar berdua dengan lelaki. Dia mahu menjaga batasnya.

"Farhana tengah buat kerja. Aku dah siapkan kerja bahagian aku" Balas Harith.

"Okaylah kalau macamtu" Tanpa banyak kata, Adhela bersetuju. Malas lagi mahu berbalas mulut.

Mereka berdua mula berjalan menghampiri jalan raya. Deretan lot kedai berada di seberang jalan. Mahu atau tidak mereka berdua perlu juga melintasi jalan raya yang sibuk ini.

"Hish, sibuknya. Dah lah panas sekarang" Ujar Adhela sambil matanya menyepet menahan silau dari matahari. Dipandang wajah Harith yang hanya berdiam diri saja memehati jalan raya.

"Lepas kereta putih ni, kita lintas tau" Beritahu Adhela sambil mulutnya terjuih ke hadapan. Mengisyaratkan ke arah kereta putih yang berkedudukan tidak jauh dari mereka.

Lepas saja kereta putih itu melepasi mereka berdua, seperti yang dirancangkan Adhela mula mengangkat kakinya untuk melintas jalan. Baru sahaja kakinya ingin memulakan langkah, bunyi hon panjang mengejutkan dirinya. Terasa lengannya ditarik kasar oleh seseorang yang membuatkan dirinya terundur ke belakang.

"Kau ni tak sayang nyawa ke?!" Keras nada suara Harith menuturkan kata-katanya. Berderau rasa darahnya apabila melihat kejadian tadi.

Adhela masih lagi diam. Memproses apa yang sedang terjadi sekarang. Hampir sahaja dia dilanggar tadi. Rasa lemah pula tubuhnya. Rasa sakit di lengannya membuatkan dia kembali ke realiti.

Dia mula menarik lengannya perlahan agar terlepas dari cengkaman yang kuat itu. Harith yang sedar akan perbuatannya terus saja melepaskan lengan Adhela. Dipandang wajah itu. Kemudian keluhan terlepas di bibirnya.

"Lain kali nak lintas jalan tu tengok dulu kiri kanan. Jangan ikut suka je. Faham?" Pesan Harith mendapat anggukan daripada Adhela.

"Terima kasih" Ucap Adhela perlahan. Mulutnya menayangkan senyuman nipis.

Dan Harith sekadar mengangguk saja biarpun di hati hanya Tuhan saja yang tahu.













SKRIN laptop yang berada di hadapannya ditenung bagai mahu tembus. Tangannya laju menari di atas papa kekunci. Keningnya yang terbentuk elok hampir saja bercantum di tengahnya. Dahi pula berkerut seribu. Bagaikan orang yang tertelan asam jawa saja.

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now