10◆

37 6 0
                                    

Dia leka melilit tali leher yang tergantung di leher suaminya. Usai sahaja, dia terus berlalu ke cermin untuk menyiapkan dirinya pula. Tudungnya dibetulkan agar tidak kelihatan selekeh.

Dalam lekanya, sepasang tangan kekar memeluknya daripada belakang. Bahunya kanannya terasa berat. Nafas hangat seseorang menyentuh telinganya biarpun dilapisi tudung.

"Sampai bila kau nak macam ni dengan aku?" Soal Tengku Qaiser sambil mencuri bauan dari isterinya. Wangi.

Dia hanya angkat bahu tanda tidak mengetahuinya. Tiba-tiba badannya dipusing menghadap suaminya. Dia terkebil-kebil melihat wajah suaminya yang memerah sedikit. Tanda suaminya akan meletus bila-bila masa saja.

"Sejak bila jadi bisu ni?" Soal Tengku Qaiser lagi dengan nada yang dingin. Geram!

Dan Adhela melakukan perkara yang sama. Angkat bahu sahaja tanpa mengeluarkan apa-apa bunyi dari mulutnya. Gegendang telinganya disapa oleh keluhan yang dilepaskan oleh Tengku Qaiser.

"Adhela, please. Janganlah macam ni. Penatlah aku nak menghadap orang bisu tiap-tiap hari" Ujar Tengku Qaiser dengan nada yang cukup pasrah.

Adhela hanya buat tidak kisah. Haritu cakap nak bergaduh sangat. Ini tak sampai seminggu pun dia buat dah nak berbaik balik. Dia belum cukup puas lagi mahu mengenakan suaminya.

"Kau memang nak macam ni ke? Bisu tak bercakap langsung?"

Belum sempat Adhela memberikan reaksi, Tengku Qaiser menyambung bicaranya.

"Kalau Tuhan bagi kau betul-betul bisu, aku tak terkejut. Mungkin itu kifarah sebab kau buat dekat suami macam ni" Kata Tengku Qaiser sebelum dia mula berlalu meninggalkan bilik mereka.

Adhela tercengang. Tiba-tiba rasa meremang pula bulu romanya. Kalau dia betul-betul bisu macam mana? No! Tak nak! Dia mula mengejar langkah suaminya.

"Tengku!" Panggil Adhela tetapi Tengku Qaiser tidak berpaling dan meneruskan  langkahnya.

"Tengku, kejap!" Panggil Adhela lagi. Mujur sahaja dia tidak tergolek akibat tersilap langkah menuruni tangga

"Abang!"

Dan Tengku Qaiser berhenti di muka pintu. Tangannya menggenggam kejap tombol pintu. Tiba-tiba ada satu susuk tubuh kecil molek berdiri di hadapannya sekali gus menghalang laluannya. Tangannya juga dialih dari memegang tombol pintu dan disalam oleh tubuh kecil itu.

"Janganlah doakan saya jadi bisu. Saya tak nak jadi bisu. Nanti siapa nak bercakap dengan abang, nak buat lawak apa semuanya. Jadi saya memohon beribu ampun daripada abang. Janganlah marah eh?" Ujar Adhela dengan riak wajah yang menyesal.

"Siapa abang kau?"

"Hah?" Adhela tercengang. Apa benda pula suaminya ni.

"Saya mana ada abang" Jawab Adhela jujur.

"Dah kau panggil aku abang apahal? Kau ingat aku abang kau?"

Dan Adhela tercengang lagi. Kenapa Tengku Qaiser tiba-tiba jadi bengap ni?

"Abang tak suka ke saya panggil macam ni? Tak suka tak apalah. Saya pa..."

"Tak cakap pulak yang aku tak suka. Dah lah tepi. Aku nak pergi kerja" Kata Tengku Qaiser lalu menolak perlahan tubuh kecil isterinya sebelum dia membuka pintu.

Entah kenapa dia rasa malu yang amat. Rasa nak gunting mulut sendiri. Kenapalah dia cakap macam tu ya?

'Kau memang bodoh Kai!' Ujar Tengku Qaiser kepada dirinya sendiri.

Adhela hanya tersenyum dengan gelagat suaminya.

"Jual mahal. Cakap je lah yang dia nak aku panggil macam tu" Kata Adhela perlahan sambil tersenyum sebelum dia mula mengambil totebagnya. Dia juga perlu ke universiti.














•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now