18◆

22 4 0
                                    

Tangan dia letakkan di dada sebelum kepala ditundukkan sedikit tanda hormat. Begitu juga yang dilakukan oleh beberapa orang pekerjanya yang turut terlibat mesyuarat besar hari ini.

"Thank you for your cooperation Tengku" Ujar pihak sebelah sana.

"You steal my line!" Marah Tengku Qaiser manakala pihak di sebelah sana hanya ketawa. Dia yang sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada pihak sana kerana mahu bekerjasama dengannya. Syarikatnya tidaklah megah seperti yang di sana.

"Send my regards to your boss. Say that I invite him to my party and if he is not coming, I will come to him" Kata Tengku Qaiser dan disambut tawa oleh pihak sebelah.

"Sure. Thanks again Tengku"

Tengku Qaiser hanya mengangguk dan talian diputuskan. Semua yang ada di dalam bilik mesyuarat itu menghembus nafas lega apabila perbincangan projek mega ini berjalan dengan lancar.

"Terima kasih atas komitmen yang kamu semua berikan. Jangan lupa majlis kita hujung minggu ni. Meeting dismiss" Kata Tengku Qaiser dan pekerjanya mula beransur keluar dari bilik mesyuarat itu.

"Esok meeting dengan siapa?" Tanya Tengku Qaiser dengan muka selamba.

Faliq pula berkerut dahinya. Esok?

"Err...Tengku esok hari Sabtu. Bukan cuti ke?" Balas Faliq pula.

Dan Tengku Qaiser terus tepuk dahi. Macam manalah dia boleh tak ingat hari pula ni. Letih bekerja agaknya.

"Ya Allah, lupa. Tak apalah kalau macam tu. Aku balik dulu" Kata Tengku Qaiser sebelum dia mula melangkah pergi.

Beberapa langkah lagi mahu sampai ke kereta, dirinya dirempuh oleh seseorang. Rasa sejuk menjalar di bahagian dadanya.

"Oh My God! Your clothes! I'm sorry" Ujar perempuan itu serba-salah dengan wajah yang masih lagi memandang ke tanah.

"It's okay" Balasnya dengan nada yang mengjengkelkan. Ergh! Melekit!

Dengar saja suara itu, perempuan tersebut terus berpaling mendongak ke atas. Dan matanya terbuntang.

"Kai! I'm really sorry. I tak sengaja" Ujar Elina lagi dengan nada yang sayu.

Tengku Qaiser turut terkejut. Tidak mengjangkakan bahawa dia akan berjumpa lagi rakan lamanya itu. Tapi cepat-cepat dia mengawal ekspresi wajahnya.

"Tak apa. I balik dulu"

"Tap..."

Tak sempat menghabiskan Elina menghabiskan ayatnya, Tengku Qaiser sudah berlalu pergi. Hanya mata yang masih melekat pada susuk tubuh tinggi itu sehingga hilang dari pandangannya.













DUDUKNYA dilabuhkan di sebuah bangku yang tersedia. Barang-barangnya diletakkan bersebelahan. Kini, matanya fokus pada tenangnya air di dalam tasik buatan itu.

Taman universitinya merupakan salah satu tempat kegemarannya. Tempat untuk dia menenangkan fikiran. Dia sukakan suasana begini. Tenang.

Ada juga beberapa mahasiswa yang lain, turut merehatkan minda di sini seperti mengulangkaji, melepak dan juga dating. Ah, tiba-tiba tekak ini rasa mual pula. Melihat adegan-adegan manis yang ditayangkan oleh pasangan couple. Eww.

Sedang elok dia melayan rasa, satu deringan yang terhasil telah menghapuskan semuanya. Terus sahaja dia mencari punca bunyi tersebut. Buka sahaja telefon.

Dang! Matanya terbuka luas. Tidak percaya pada apa yang dia lihat sekarang ini. Adakah ini mimpi sampaikan ia menjadi begitu indah sekali?

Dan telefon itu berdering lagi minta untuk diangkat. Tanpa membuang masa lagi terus sahaja panggilan itu dijawabnya. Sempat dia berdehem beberapa kali.

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now