25◆

23 4 0
                                    

Rumahku syurgaku.

Ah, sungguh dia rindukan kawasan dan suasana rumah ini. Hampir sebulan lebih dia bertapa di hospital, akhirnya tibalah masa untuknya kembali ke habitat sebenarnya.

Secara jujurnya dirinya sudah lama sembuh. Tapi bak kata suaminya, dia mahukan dirinya untuk mendapat penjagaan yang lebih rapi. Dan apa lagi yang dia boleh buat selain menurut semua arahan.

Acap kali juga dia menanyakan soalan yang sama buat suaminya. Contohnya, bilakah dia boleh pulang ke rumah? Lama lagikah dia perlu berada di hospital? Memang hidupnya akan tamat di hospital ke? Dan pelbagai lagi. Tapi suaminya juga punya jawapan yang sama iaitu...

"Sampai kau sembuh. Sepenuhnya"

Ya. Itulah ayat suaminya. Ah, naik muak telinganya mendengar jawapan yang sama. Sudahlah ditekankan perkataan sepenuhnya itu. Haih, geram sungguh!

"Dah telan ubat belum?" Soal satu suara garau menyentakkan dirinya. Berkecai semua lamunannya tadi. Dengar sahaja soalan itu, wajahnya terus mencuka.

"Tak ada soalan lain ke nak tanya? Dekat hospital ubat, dekat rumah pun ubat" Rungut Adhela dengan wajah yang sebal. Mulutnya muncung sedepa.

Tengku Qaiser ketawa kecil. Lucu dengan kerenah isterinya. Dia ingatkan budak kecil saja yang tak suka makan ubat, rupanya orang tua pun ada.

"Aku takut kau lupa. Kalau tak telan ubat macam mana nak sembuh?"

"Allah bagilah sembuh tu"

"Tapi Allah suruh ikhtiar. Bukannya berharap saja tanpa buat apa-apa" Balas Tengku Qaiser mendiamkan mulut isterinya. Tadi pandai sangat menjawabkan. Hah, ambik kau!

Adhela menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mati kutu sudah. Tiba-tiba saja benak fikirannya kering-kontang dengan idea. Dijeling wajah suaminya yang bersahaja.

"Errr...nanti telan" Jawab Adhela dengan nada suara yang perlahan.

"Good. Jangan kau buang pula ubat tu. Kalau buang..." Tengku Qaiser menapak perlahan ke arah isterinya.

Adhela sudah cuak. Baru sahaja dia mahu melarikan diri, dia dikepung oleh suaminya di dalam ruangan ciptaannya. Tangan kekar suaminya itu utuh berdiri di kiri dan kanannya.

"...aku hantar kau balik dekat hospital. Biar duduk situ selamanya. Nak?"

Bagaikan berpasir sahaja air liur yang dia telan sekarang. Matanya memanah mata cantik suaminya. Seketika kemudian dia menggeleng perlahan. Tanda menjawab persoalan suaminya.

Haih, duduk hospital selamanya? Tidak boleh dia bayangkan! Sebulan lebih ini pun sudah cukup terseksa buatnya. Inikan selamanya. Memang dia lari rumah dan duduk di mana-mana tempat yang selamat.

Tengku Qaiser mengangguk tanda berpuas hati. Namun dia masih berkedudukan begitu. Direnung mata isterinya itu dalam-dalam. Sengaja mahu mengusik. Dia suka melihat wajah isterinya yang gelabah.

"Abang tepilah"

"Tak nak"

"Tepi!"

Dan Tengku Qaiser menggelengkan kepalanya ke kiri dan kanan tanda tidak mahu. Masih lagi berdegil.

Adhela pula makin tidak keruan. Semakin dia ke belakang, Tengku Qaiser makin ke hadapan. Menghapuskan jurang antara mereka berdua. Tangannya automatik menahan dada Tengku Qaiser agar tidak semakin merapat dengannya.

"Tadi abang cakap nak mandi kan? Merungut panaslah. Berpeluhlah" Ujar Adhela dengan nada takut-takut sambil bibirnya tersenyum paksa.

"Tapi aku ada idea yang lagi bernas daripada tu" Ujar Tengku Qaiser seraya bibirnya tersenyum senget. Nakal!

•SU•QAISER'S QUEENNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ