30◆

20 2 0
                                    

Teksi yang dinaikinya berhenti di hadapan sebuah rumah yang gah terbina. Beberapa keping wang ringgit dia hulurkan kepada pemandu teksi. Tidak lupa ucapan terima kasih dia katakan.

"Eh, tak apa. Saya boleh ambil sendiri" Tolak Adhela dengan sopan apabila pemandu teksi itu ingin membantunya mengeluarkan bagasi dari bonet kereta.

Matanya ditala ke sekeliling kawasan rumah agam itu. Sunyi sepi saja. Bagaikan tidak berpenghuni. Namun, telinga lintahnya berjaya menangkap satu bunyi yang datang dari belakang rumah. Atau lebih tepat lagi bahagian dapur.

Laju kakinya melangkah ke arah bunyi tersebut. Semakin lama semakin jelas telinganya mendengar suara orang yang sedang membebel. Pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan citarasanya.

"Bukan letak dekat situlah. Sini sikit. Ha, baru betul. Ini pergi letak dalam semak mana orang nampak. Kita beli ni nak suruh orang tengok"

Adhela menggemam bibir. Menahan tawa yang bakal meletus bila-bila masa. Kesian pula dia lihat wajah Pak Cik Rahim yang redha saja apabila disuruh itu dan ini.

"Yang ni pula letak depan sana tu. Biar nampak meriah sikit" Arah Tengku Sharifah sambil jari telunjuknya lurus menunjukkan ke satu arah. Bibirnya tersenyum lebar tanda dia berpuas hati.

"Ehem. Saya nak kena buat apa?"

"Dila?"

Bagaikan kilat Tengku Sharifah sudah terpacak berdiri di hadapannya. Ditinggalkan segala perkara yang dibuat tadi. Mata tua itu meniliknya dari atas hingga bawah. Mungkin tidak percaya yang dia akan datang hari ini.

"Kenapa tak bagitahu bonda nak datang?" Serentak itu tubuhnya jatuh dalam dakapan hangat Tengku Sharifah. Tangan tua itu mengusap lembut belakang tubuhnya.

Adhela tersenyum nipis. Tangan turut naik membalas pelukan.

"Dila saja nak buat suprise. Dari Johor terus ke rumah bonda" Balas Adhela setelah merungkaikan pelukan. Pak Cik Rahim tadi sudah hilang bayangnya. Mungkin beri ruang untuk mereka berdua berdrama tadi.

"Dari Johor? Kai tahu tak yang Dila dah balik?" Soal Tengku Sharifah dengan muka yang berkerut seribu. Hairan mungkin.

"Abang tahu Dila nak balik hari ni. Tapi Dila tak bagitahu dia lagi yang Dila dah sampai"

Tengku Sharifah mengangguk saja tanda faham.

"Jom masuk. Panas ni dekat luar. Kita masak tengah hari sama-sama ya?" Mata Adhela terus bersinar apabila mendengarkan ayat terakhir daripada Tengku Sharifah. Dia suka!

"Boleh sangat bonda" Balas Adhela dengan bersungguh. Dia suka masak-masak ni. Boleh makan sekali. Bak kata pepatah kenyang perut, suka hati!













CAHAYA matahari terik memancarkan sinarnya. Topi yang dia pakai tidak mampu melindungi wajah sepenuhnya daripada dicium matahari.

"Semua okay ke? Ada bahan yang tak cukup?" Soal Tengku Qaiser kepada salah seorang pekerja di tapak pembinaan itu.

Ya, hari ni dia turun padang. Mencemar duli melawat tapak pembinaan dimana akan dibangunkan sebuah hotel ternama yang sudah banyak cawangannya. Di sini salah satunya.

"Alhamdulillah semua okay Tengku" Jawab Razi iaitu salah seorang pekerja tapak pembinaan ini.

Tengku Qaiser mengangguk berpuas hati. Dia mula berlalu ke tempat yang teduh. Merah padam mukanya akibat teriknya cahaya matahari.

"Tak apa. Duduk je" Kata Tengku Qaisee apabila matanya menangkap pergerakan pekerja yang sedang berehat di situ.

Dia bukanlah kejam sangat. Bekerja ada juga masa rehatnya. Kalau bekerja sahaja 24 jam, tak elok juga.

•SU•QAISER'S QUEENKde žijí příběhy. Začni objevovat