13◆

38 5 0
                                    

Tegang sahaja suasana di bilik VIP itu. Masing-masing melontarkan pendapat. Setiap aspek diambil kira bagi memperolehi keputusan yang terbaik. Banyak penambahbaikan yang perlu dibuat kerana ini merupakan projek pertama antara mereka. Dia juga bersyukur kerana Dato Baharuddin mempercayainya dalam menggerakkan projek ini.

Setelah hampir sejam setengah mereka bermesyuarat akhirnya kata setuju telah dibuat. Mereka berdua mula berjabat tangan tanda kerjasama yang telah dijalinkan.

"Thanks Tengku. I percayakan you. Kalau ada apa-apa masalah terus call I" Ujar Dato Baharuddin dengan senyuman yang lebar. Masakan dia tidak gembira apabila syarikat yang terkenal itu mahu menjalinkan kerjasama dengannya. Memang durian runtuh!

"InsyaAllah kami akan buat yang terbaik" Balas Tengku Qaiser.

Dan Dato Baharuddin mula meminta diri. Mata Tengku Qaiser menghantar pemergian Dato Baharuddin sehingga ke pintu bilik VIP itu sebelum dia kembali melabuhkam duduknya.

"Ya Allah, penatnya hari ni" Kata Tengku Qaiser perlahan sambil memejamkan matanya sebentar.

Sungguh dia merasakan seperti semua tenaganya habis digunakan. Tetapi bila difikirkan semula jadualnya pada hari ini tidaklah sibuk. Hanya ada empat mesyuarat sahaja dan melawat ke tapak pembinaan. Itu sahaja.

"Tengku, okay ke?" Soal Faliq apabila melihat keadaan majikannya yang jelas tidak bermaya.

"Okay. Cuma pening sikit" Soal Tengku Qaiser mahukan kepastian. Dilihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 8.00 malam.

"Tengku nak saya hantar ke?" Tanya Faliq dengan nada prihatin.

"Tak apa. Kau pun pergilah balik. Dah lewat ni" Ujar Tengku Qaiser lalu mula bangun dari duduknya. Dia mula berjalan perlahan-lahan. Namun tidak sampai beberapa langkah, kepalanya mula berpusing. Tangannya naik memegang sisi kepala.

"Tengku? Tengku okay tak ni?" Tanya Faliq sambil menahan tubuh majikannya yang seperti akan tumbang bila-bila masa saja.

"Drive untuk aku" Arah Tengku Qaiser sambil tangannya tidak berhenti memicit sisi kepala yang berdenyut bagaikan mahu pecah.

Ya Allah kenapa dengan dia ni?

Sungguh dia tidak larat sekarang ini.














FIKIRANNYA jauh melayang mengingatkan kisah dahulu. Tetapi kebanyakan orang berkata bahawa kisah lalu jangan dikenang. Namun apakan daya apabila kisah laku itu telah membawa dirinya kepada yang sekarang.

Dirinya yang hilang tempat bergantung, bermanja dan bergelak ketawa. Ya betul. Bukan dirinya sahaja yang melalui perkara ini. Ramai lagi orang yang turut senasib dengannya tetapi dengan cara yang berbeza.

Ya Allah ampunilah dosa aku. Aku bukan tidak reda Ya Allah. Tetapi perasaan itu sungguh menyakitkan. Peristiwa itu selalu bermain di fikiranku. Tolong Ya Allah hilangkan perasaan sakit ini.

Dia tertunduk menahan rasa sakit yang amat di hatinya. Air mata ditahan agar tidak jatuh dari tubir mata. Cukuplah. Dia sudah penat mahu menangis.

"Kau kuat Dila. Jangan menangis. Tolong jangan menangis" Pujuknya kepada diri sendiri. Kepala didongakkan ke atas untuk mengelakkan daripada air matanya jatuh.

"Okay sekarang sambung buat kerja" Ujarnya sebelum dia mula membuka laptop yang berada di hadapannya.

Dia tenggelam dalam dunia kerjanya. Tangannya laju menari di atas papan kunci. Matanya tekun memerhati tulisan yang tertera di skrin. Duduknya pula sering berubah. Ada kalanya duduk bersila di atas kerusi, duduk menyandar, sebelah kaki di atas kerusi dan bermacam lagi untuk mencari keselesaan.

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now