12◆

38 6 0
                                    

Hari ini hari yang memenatkan baginya. Banyak kerja yang dia perlu siapkan. Melawat ke tapak pembinaan, tandatangan itu dan ini dan mesyuarat. Sungguh tenaganya semua habis digunakan.

Dia labuhkan duduk di atas sofa yang berada di ruang tamu. Tali leher dia longgarkan sedikit sebelum dua butang teratas baju kemejanya dibuka. Lemas!

Dia memejam mata untuk seketika. Tangannya diletakkan di atas penyandar kerusi. Membiarkan segala penat lelah yang dia lalui hari ni berlalu pergi. Dia mahukan ketenangan. Biarlah hanya sementara.

Dan ya! Memang sementara!

Tidak sampai lima minit hidungnya menangkap satu bauan yang cukup wangi. Dan saat itu juga, tempat disebelahnya tenggelam sedikit tanda ada seseorang. Dia masih lagi memejam matanya. Sengaja.

"Abang penat ya? Tapi lagi baik kalau abang mandi sekarang lepastu tidur. Atau abang nak makan? Kalau nak makan saya masak" Ujar Adhela lembut. Kesian pula dia melihat wajah Tengku Qaiser yang jelas kepenatan.

"Malaslah makan. Aku nak tidur" Jawab Tengku Qaiser dengan mata yang masih terpejam. Malasnya nak buka mata!

"Tapi tak boleh tidur dekat sini. Bangun cepat" Arah Adhela.

Tangannya bermain dengan rambut lebat suaminya yang lembut sehinggakan rambutnya pun undur diri. Semakin lama tangannya semakin jatuh dan mendarat pada wajah suaminya. Tangannya digerakkan disekitar lekuk wajah suaminya.

Dia terkaku apabila tangan kecilnya dipegang kemas oleh suaminya. Matanya memandang suaminya yang bagaikan memendam sesuatu. Dan dari situ dia tahu bahawa dia sudah melakukan kesilapan.

"Just don't kalau kau nak selamat" Ujar Tengku Qaiser dengan mata yang masih terpejam. Haih lah isteri. Duduk diam-diam tak boleh ke?

Adhela terus teguk liur. Dia cuba melepaskan pegangan tangannya daripada suaminya tetapi tidak berjaya. Jadi dia hanya biarkan sahaja daripada dia bazirkan tenaganya.

"Bangunlah naik atas. Jangan tidur dekat sini" Ulang Adhela lagi tentang perkara yang sama. Kenapa susah sangat dia nak bergerak ni? Tidur atas katil lagi selesa kut daripada atas sofa.

"Nanti aku naiklah sendiri"

"Tak de nanti. Kena sekarang" Balas Adhela dengan nada yang tegas. Nanti dia tu tak boleh dibuat pakai. Entah-entah dia tidur saja di sofa ini.

Terus sahaja mata Tengku Qaiser terbuka. Dipandang wajah isterinya dengan pandangan tajam. Orang nak mendapat ketenangan pun tak senang. Ish! Kacau.

Terus sahaja dia bangun lalu berjalan menonong menuju ke bilik tidur. Adhela menggeleng kepala melihat perangai budak-budak suaminya. Tahulah penat tapi pergilah mandi dulu. Baru rasa segar. Betul tak?

Dia pun mujur saja tidak berkerja shift malam hari ini. Jikalau tidak dia pasti belum tiba di rumah pada waktu sebegini. Nasib baiklah dia bekerja shift petang selepas tamat waktu kelasnya. Bolehlah malam ini dia berehat sepuasnya.

"Kau buat apa lagi dekat bawah tu? Jom tidur!" Laung Tengku Qaiser daripada atas.

Ha! Dengar tak harimau mengantuk? Lebih baik dia pergi sekarang sebelum si harimau itu turun dan membahamnya. Takut!










KOTA PERANCIS

Sungguh indah suasana kota ini. Seindah rupa masyarakat di sini. Cantik dan handsome belaka. Pemandangan juga menawan. Mampu untuk menenangkan jiwa yang gundah gulana. Bak kata orang zaman sekarang ialah 'healing'. Mengubati jiwa yang terluka.

Tetapi dia di sini bukanlah untuk 'healing'. Mencari jodoh, jauh sekali. Isterinya sedia menunggu kepulangannya di rumah. Mahu berkahwin lain? Oh, itu merupakan impian setiap lelaki. Tetapi lebih baik setia daripada mendua kan?

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now