31◆

13 3 0
                                    

Hatinya merungut sebal apabila dia merupakan orang yang terakhir keluar daripada bilik perbincangan itu. Jam ditangan dia kerling sebentar. Sepuluh setengah malam. Ah, patut sahaja keadaan bangunan universitinya ini sunyi sepi.

"Semua tinggal aku. Datang sekali, balik sorang" Rungut Adhela sambil kakinya melangkah laju keluar daripada bangunan itu.

"Haih, dah lah jauh lagi bus stop" Keluhnya lagi. Kesal dengan sikap rakan-rakannya yang meninggalkan dirinya serta dengan sikapnya sendiri yang penakut.

"Kau jangan fikir macam-macam eh otak. Dah lah kita je ada dekat sini" Masa ini jugalah otaknya mahu menayangkan semula cerita-cerita hantu yang dia tonton di televisyen. Ah, tak guna!

Lorong yang dia lalui sunyi sepi. Dia terpaksa melalui jalan ini. Dia tidak punya pilihan. Ini sahaja jalan terpintas yang dia ada untuk keluar dari bangunan ini.

Tiba-tiba saja dia rasa meremang. Entah kenapa. Denyutan jantungnya juga diluar kawalan. Tidak normal seperti biasa. Terasa bagai dirinya diikuti dia melajukan langkah.

Selari dengan itu, bunyi tapak kaki lain selain daripada dirinya turut kedengaran. Dan perkara itu menambahkan lagi ketakutannya. Tanpa menunggu lagi dia memulakan lariannya. Serentak itu juga badannya terdorong ke belakang dan bersandar pada sesuatu.

"Lepaskan!" Jerit Adhela kuat. Kalau dalam drama perempuan yang berada di situasi yang sama dengannya pasti akan berdiam diri. Tapi bukan dirinya.

"Diam!" Bergema jeritan suara garau itu.

"Lepaslah!" Marah Adhela apabila lelaki itu bertindak mengunci lehernya. Ah! Mahu bernafas pun susah.

"Tengok ni" Ujar lelaki itu lalu memperlihatkan satu video di telefonnya.

"Perhatikan betul-betul" Bisik lelaki itu tepat di telinga Adhela.

Entah mengapa Adhela mengikut kata-kata lelaki itu. Mungkin video yang dipaparkan mampu menarik perhatiannya. Kini badannya tidak lagi meronta. Hanya diam kaku bagaikan anak kecil yang menonton upin dan ipin.

"Nampaknya selama ni kau ditipu" Kata lelaki itu lalu ketawa jahat.

"Kesiannya dekat kau. Malang" Tambah lelaki itu lagi.

Adhela tidak memberi apa-apa reaksi. Matanya masih lagi terpaku pada video yang ditunjukkan. Otaknya bagaikan tidak mampu memproses apa yang dilihat. Dia tidak tahu.

Dengan itu badannya jatuh terduduk menyembah bumi apabila lelaki itu melepaskannya. Pandangannya berpusat ke hadapan. Tidak peduli apa yang ada disekelilingnya. Termasuk lelaki itu.

"Kalau kau nak yang lagi jelas, aku boleh hantarkan untuk kau. Aku pergi dulu tau. See you when i see you" Bisik lelaki itu sebelum dia melangkah pergi. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Dia berjaya.

Adhela masih lagi sama. Bunyi derap langkah lelaki itu semakin lama semakin hilang tanda lelaki itu sudah menjauh. Dia tidak tahu apa yang patut dia rasa sekarang ini. Sakit? Kecewa? Marah?

Dia tidak tahu.









TALI leher entah ke mana. Dua Butang teratas baju kemeja dibuka. Merah padam mukanya. Dadanya turun naik dengan laju tanda nafasnya tidak berada pada paras normal.

Tidak tahu dia perlu beri reaksi yang bagaimana sekarang. Marah? Kecewa? Dia tidak tahu. Emosinya berkecamuk.

Bunyi kunci pintu dibuka menarik perhatiannya. Terus mata dikalihkan ke arah isterinya yang baru melangkah masuk. Jelas di wajah itu kepenatan. Tapi ditolak tepi dahulu semua perkara itu. Sekarang ada perkara yang lebih mustahak!

"Kau pergi mana lewat malam macam ni baru nak balik?" Sembur Tengku Qaiser kasar. Matanya mencerun tajam memandang isterinya.

"Ada kerja sikit" Jawab Adhela antara mahu atau tidak.

"Saya naik atas dulu" Baru sahaja beberapa langkah dia berjalan tangannya direntap kasar dari belakang terus membantutkan pergerakannya.

"Aku tak habis cakap lagi. Kau nak lari pergi mana?"

Keluhan berat Adhela lepaskan. Direntap kasar tangannya agar terlepas dari cengkaman kuat Tengku Qaiser. Mata naik membalas panahan tajam suaminya.

"Nak cakap apa? Pasal saya balik lambat hari ni? Okay, saya min-"

"Kau buat apa pergi Johor hari tu?"

Terus mati percakapan Adhela. Diganti pula dengan kerutan di dahinya.

"Pergi buat apa? Buat kerjalah. Kan saya dah cakap saya ada event dekat sana" Terang Adhela dengan nada yang kepenatan. Sungguh dia penat. Mental dan fizikal.

"Bukan kau sibuk menggatal dengan jantan lain?"

"What?" Hampir keluar atau tidak suara Adhela tika ini.

"Kenapa kau nak terkejut? Bukan sepatutnya kau dah tahu ke benda ni. Oh, ataupun kau terkejut sebab aku dapat tahu perkara ni. Macam tu?" Tajam Tengku Qaiser melepaskan kata-katanya. Tidak menanti penjelasan daripada isterinya.

"Apa abang ni? Saya tak faham" Soal Adhela mahukan penjelasan. Menggatal dengan jantan lain? Who?

Tengku Qaiser melepaskan tawa kecil. Rambutnya yang jatuh ke dahi dia raup ke belakang. Rasa berasap pula sekarang ni.

"Tak faham? Kau tak payah nak tipu aku lah. Kau pergi sana aku izinkan. At last aku ditipu. Poor me" Balas Tengku Qaiser bagaikan dia seorang mangsa keadaan.

"Then how about you? Pergi overseas untuk kerja at last masuk hotel together? How sweet is it?" Kata Adhela pula dengan gaya menyindir. Tangan naik disilangkan ke dada. Mukanya diangkat sedikit untuk nampak lebih yakin. Tadi dia sembur orang sangatkan? Sekarang, rasakan.

"Kau jangan nak samakan aku dengan kau. Apa bukti yang aku masuk hotel together sangat tu?" Marah Tengku Qaiser. Semakin merah wajahnya apabila dituduh begitu.

"Habis tu, apa bukti yang abang ada untuk tuduh saya menggatal dengan lelaki lain? Tell me then" Balas Adhela tidak mahu kalah. Nak berlawan dengan dia? Silakan. Tapi jangan menangis pula kalau kalah.

"Bukti? For what? Bukan ke perangai kau yang dulu macam tu ke? Tak mustahil untuk kau jadi macam tu balik. Istiqamah bukan mudah" Kata Tengku Qaiser selamba.

Adhela pula yang ketawa kecil kali ini. Geli hati mendengar ayat suaminya. Wah, makin pandai!

"Same goes to you right? Abang pun dulu playboy masa study dekat overseas. Istiqamah bukan mudah kan?"

Rasa bagaikan digeletek hatinya apabila melihat wajah tercengang Tengku Qaiser. Nampaknya Tengku Qaiser belum kenal lagi isterinya ini macam mana. Dia bukanlah damsel in the distress. Yang menunggu kehadiran prince charming untuk menyelamatkan keadaan.

"Are we done now? Saya penat. Mengantuk pula tu. Kalau nak bergaduh lagi kita sambung esok. Saya pergi dulu ya" Pamit Adhela lalu mula melangkah. Tinggalkan Tengku Qaiser yang masih lagi tercengang. Mungkin bengang dengannya.

Tawa kecil terlepas daripada mulut Tengku Qaiser. Tidak percaya dengan apa yang baru saja dia dengar tadi.

"Isteri aku ke tu?" Soalnya tidak percaya. Rambutnya diraup ke belakang dengan kasar. Nampaknya dia kalah hari ini.

Adhela-1    Tengku Qaiser-0















red flag sikit ya malam ni. dont forget to vote🌟comment and share my story! bye you guys! lope bery much♡

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now