24◆

27 5 0
                                    

Pandang atas, nampak siling putih yang menghias. Pandang kiri, kelihatan suasana di luar hospital. Pandang kanan, hanya kerusi kosong yang menjamu pandangannya. Keluhan berat di lepaskan.

"Bosannya!" Tempik Adhela kuat bagaikan orang hilang kawalan.

"Bila boleh balik ni? Tak nak duduk dekat sini" Soal Adhela lagi sendirian tanpa ada sebarang jawapan.

Sudahlah dia terpaksa ditinggalkan sendirian oleh suaminya. Mahu merajuk tak boleh juga. Suaminya pun ada komitmen lain selain menjaga dirinya. Lagipun keadaannya semakin pulih. Tidak seteruk sebelum ini.

Tapi, dia masih lagi tertanya-tanya. Atas faktor apakah penjahat itu menikam dirinya? Adakah itu musuh suaminya? Sebab itulah dirinya pun terlibat sama? Macam tu ke?

Ah, begitu banyak persoalan yang bermain di benak fikirannya. Hanya soalan yang sama. Yang dia sendiri tidak punya jawapan. Bukan dia, tetapi semua orang. Mereka semua buntu.

Ktak!

Konsentrasinya terus tertumpu ke arah bunyi tadi. Matanya fokus sahaja memerhati pergerakan seseorang yang kian menghampiri katilnya.

"Tengku mana?" Soal lelaki itu sambil matanya meliar ke sekitar kawasan wad ini.

"Kerja. Dia cakap ada emergency" Jawab Adhela sambil matanya tunak memerhati lelaki itu yang hanya menjatuhkan kepala sebagai respon.

"Macam mana?" Soal lelaki itu.

Adhela berkerut dahi tanda tidak faham. Macam mana apa?

"Apa yang macam mana?"

"Keadaan awak lah. Okay ke tak?" Soal lelaki itu sambil ketawa kecil. Apa yang lawak dia pun tidak tahu.

"Okay. As you can see" Balas Adhela sambil menunjukkan dirinya yang dikatakan 'okay' itu. Lelaki itu hanya menjatuhkan kepala tanda faham. Malas mahu mengulas lebih lanjut.

Adhela pula hanya diam saja memerhati lelaki itu dari atas hingga bawah. Dia rasa dia kenal lelaki ini. Mesti rakan business suaminya.

"Awak siapa ya? Kita kenal ke?" Soal Adhela dengan riak muka penuh persoalan. Sudah diamati wajah kacak lelaki itu tetapi tetap juga mindanya tidak dapat mengesan siapakah gerangannya.

"Tak ingat?"

Adhela menggeleng tanda jawapan. Sungguh dia tidak ingat. Mungkin kesan daripada kejadian tempoh hari. Banyak sangat minum air klorin. Terus lupa ingatan.

"Saya Ameer. Kita pernah jumpa di malam majlis perasmian hari tu. Awak pernah berbual dengan isteri saya, Layla" Beritahu Ameer panjang lebar menerangkan kronologi mereka pernah bertemu.

Dengan itu sedikit demi sedikit memori tempoh hari mula mengetuk pintu mindanya. Baru dia ingat lelaki di hadapannya ini siapa.

"Tujuan saya ke sini sebenarnya nak tanya awak sesuatu" Terus terang Ameer berkata-kata tanpa berselindung. Duduknya juga dibetulkan.

Adhela pula sudah telan liur kesat. Dia juga turut membetulkan kedudukannya. Pandangannya jatuh memusat ke wajah lelaki itu. Nampak macam serius saja. Dia pula yang rasa nak cabut dari sini sekarang juga. Menyorok dalam tanah dengan tikus mondok. Lagi selamat.

"Awak nampak muka yang datang serang awak malam tu?" Soal Ameer sambil melihat tepat pada wajah yang sedang terkedu itu.

"Tak nampak. Dia pakai mask. Lagipun kawasan tu memang gelap dan...sunyi" Jawab Adhela dengan yakin. Berkerut-kerut jugalah dahinya untuk mengingati kejadian hitam yang telah menimpanya tempoh hari.

"CCTV pun tak detect dia. Mungkin dia dah hack awal-awal" Balas Ameer pula. Adhela terkejut. Hantu ke yang serang dia tempoh hari? Saka manusia?

"Atau ini mungkin perancangan yang dah lama dia buat. Dan malam majlis perasmian itulah masa yang sesuai untuk dia laksanakannya" Sambung Ameer lagi. Dari apa yang dia perhatikan itulah yang dapat dia simpulkan. Penjahat itu sudah lama menunggu dan berdiam diri. Kini, tiba masa untuknya munculkan diri.

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now