22◆

28 7 0
                                    

Tangan dikepal kuat hingga timbul urat hijau disekelilingnya. Pandangannya berubah tajam. Dipandang wajah pekerja dihadapannya ini bagaikan mahu menelannya hidup-hidup. Seketika keluhan berat dia lepaskan.

"Macam mana boleh tak ada kesan langsung? Dia hantu ke apa?" Soal Tengku Qaiser apabila cctv hotel itu tidak menunjukkan kehadiran penjahat yang telah mencederakan isterinya.

"Maafakan saya Tengku. Saya tak fokus betul-betul. Saya rasa dia dah hack cctv ni awal-awal. Tapi saya yang tak perasan. Maafkan saya" Kata pekerja itu. Sedari tadi kepalanya hanya menunduk memandang lantai. Tidak berani bertentang mata dengan majikannya.

Setelah itu, Tengku Qaiser mula keluar dari bilik keselamatan itu. Nafasnya berat bagaikan ada bebanan yang terbuku di dadanya. Dan memang ada. Entah mengapa jauh di sudut hatinya mengatakan tragedi yang terjadi ini ialah merupakan rancangan untuk menjatuhkannya.

Seperti biasalah dunia perniagaan mana pernah bersih. Ada saja yang makan rasuah itu dan ini untuk memajukan perniagaan dalam masa yang singkat. Tapi dia masih bersih lagi. Dan dia akan pastikan ianya kekal bersih selamanya.

"Tengku"

Dia berpaling apabila namanya diseru. Terus sahaja wajah sahabatnya itu menjamah pandangan mata. Mereka berdua menyapa gaya lelaki seperti biasa. Genggam tangan. Tepuk-tepuk bahu sikit. Ha, begitu.

"Buat apa datang sini? Rasanya majlis haritu dah habis. Oh, bukan. Tapi dibatalkan" Ujar Tengku Qaiser.

"Saja datang melawat kau. Manalah tahu aku boleh tolong juga sikit-sikit. By the way, wife kau macam mana?" Soal Ameer dan serentak itu keluhan berat terlepas dari mulut rakannya. Ha, petanda masalah besar ni.

"Alhamdulillah everything fine. Tapi dia belum sedar lagi. Doktor kata mungkin ambil masa jugalah untuk dia sedar sebab paru-paru dia masuk air and at the same time luka tikaman dekat perut dia boleh cepat sembuh" Balas Tengku Qaiser mendapat anggukan daripada Ameer.

"Aku dengar orang kata, kalau nak suruh orang tak sedar ni cepat sedar kita kena selalu bercakap dengan dia. Even though kita nampak dia macam tak sedar tapi sebenarnya dia dengar apa yang kita cakap" Beritahu Ameer dan sekali lagi keluhan terlepas dari mulut rakannya. Aduhai, sejak bini masuk hospital ni kuat betul abang Tengku kita mengeluh.

"Aku dah suruh dia bangun tapi dia tak nak. Dia nak tidur" Balas Tengku Qaiser mendapat sambutan tawa kecil daripada Ameer. Aduhai, rakannya ini lawak sungguh.

"Bukan macamtulah. Maksud aku bercakaplah tentang apa yang dia suka dan jangan lupa untuk terus berdoa pada Dia. Dia yang Maha Kuasa" Ujar Ameer sambil menepuk-nepuk perlahan bahu rakannya itu. Bagaikan memberi kekuatan.

Tengku Qaiser hanya mengangguk. Ya, dia perlu mengadu pada Dia. Hanya Dia yang tahu segalanya. Yang boleh mengubah semuanya. Hanya Dia yang Esa.

"Kau ni cuti sampai bila?"

"Minggu depan aku masuk office" Balas Tengku Qaiser sambil menguak rambutnya ke belakang. Aduh, kusut betul bila fikirkan tentang kerja.

"Ambillah cuti lagi. Bini kau sakit kut" Ujaran dari Ameer itu mendapat jelingan tajam dari Tengku Qaiser. Dipandang sahabatnya itu atas dan bawah.

"Kau nak tengok syarikat aku lingkup ke apa? Aku tinggal seminggu ni pun dah banyak kerja tertangguh" Balas Tengku Qaiser sambil kepalanya tergeleng perlahan. Tak sanggup dia bayangkan fail-fail yang bertimbun di atas mejanya.

"Tak apa lingkup pun. Aku kan ada. Kau boleh kerja dengan aku. Kalau kau ni..." Ameer meneliti Tengku Qaiser dari atas hingga bawah. Dan atas hingga bawah sekali lagi. "... sesuai jadi kuli aku"

"Kau sebenarnya rindu penumbuk aku kan? Sini aku dengan rela hati nak bagi" Kata Tengku Qaiser dengan gigi yang diketap rapat.

Sekali lagi tawa Ameer pecah. Suka dia melihat wajah rakannya sekarang ini. Kalau tidak asyik murung saja fikirkan si isteri. Jadi sekarang, dia mahu kembalikan Tengku Qaiser yang sebenar.

•SU•QAISER'S QUEENTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang