28◆

17 5 0
                                    

Dia pusingkan badannya ke kanan dan kiri. Begitu juga dengan rakan-rakannya yang lain. Membetulkan urat sendi yang bagaikan mahu terputus sahaja. Lenguh yang amat dia rasakan apabila hanya duduk saja di dalam kereta.

Syukur dia ucapkan kepada yang Maha Esa. Perjalanan yang hampir memakan masa sepuluh jam itu berjalan dengan lancarnya. Mereka menaiki tiga buah kereta. Itupun sebenarnya mereka mahu menyewa van. Tapi bila difikirkan semula, ada baiknya mereka pergi dengan kereta sahaja. Lagi mudah urusan mereka untuk bergerak ke sana sini.

"Ya Allah! Alhamdulillah! Dah sampai!" Jerit Adhela dengan kuatnya. Sungguh lega dia rasakan. Tidak perlu lagi punggungnya untuk berada dalam keadaan statik lama-lama. Sempat matanya melihat jam di pergelangan tangannya yang menunjukkan pukul enam petang.

"Yeay!" Sahut rakannya yang lain.

Mereka semua mula memasuki hotel yang tersergam indah di hadapan mereka. Bagai mengalu-alukan kedatangan mereka semua.

Wais selaku ketua bagi mereka semua mula mengatur langkah menuju ke kaunter pertanyaan. Dapat dilihat kepala Wais terangguk-angguk memahami perkara yang disampaikan oleh pekerja hotel.

"Nah kunci. Satu bilik empat orang" Kata Wais sambil tangannya bergerak menyerahkan kunci.

"Kau Dila sebilik dengan aku" Arah Farhana dan Adhela hanya bersetuju saja. Dia tidak kisah sebilik dengan sesiapa pun. Tapi jikalau sebilik dengan Farhana, memang tak tidur lah dia sampai esok. Dengar saja mulut kepoh Farhana yang banyak cerita.

"So, sekarang ni waktu rest untuk kita. Pukul sembilan nanti kita akan gerak pergi tempat event tu. Kita set up lah dulu apa yang patut. Okay semua?" Beritahu Wais dan mendapat anggukan sebagai balasan. Dia tersenyum puas.

Mereka semua mula berpecah. Berjalan menuju ke bilik masing-masing. Dalam fikiran sudah terbayang katil empuk dan penghawa dingin yang memanggil-manggil.

Adhela hanya melihat tingkah laku Farhana yang mula membuka pintu bilik mereka. Sebaik sahaja bilik itu terang benderang, semua yang lain terus menyerbu bagaikan kambing yang dilepaskan daripada kandang. Memang tak menyabar!

"Woi! Tak boleh sabar ke hah?!" Jerkah Farhana kuat. Habis badannya ditanduk oleh tiga ekor kambing jadian yang keletihan. Nasib baik tidak berlaku apa-apa kecelakaan.

"Sorry Han" Adhela tersenyum melihat reaksi menyampah Farhana. Dia kembali berbaring di atas katil empuk itu. Sungguh nikmat dia rasakan.

"Enaknya!" Kata salah seorang daripada ahli bilik itu sambil badannya direnggangkan ke sana sini. Tiba-tiba semua bertukar menjadi dugong jadian. Terlentang sana sini.

Mereka semua mula menikmati masa rehat yang diberikan dengan sebaiknya. Malam ini mereka perlu bekerja pula. Menyediakan apa yang patut untuk majlis yang akan berlangsung nanti.















DIA melabuhkan duduk di kerusi yang disediakan. Kini dia berada dia lobi hotel. Hanya dia seorang saja. Jam ditangan dia lihat sekilas. Memang janji Melayu sungguh semua. Tadi pun nasib baik dia tidak terbabas tidur. Kalau tidak memang sudah tidak menjadi plan mereka malam ini.

"Dila, awal sampai"

Adhela berpaling ke arah punca suara itu dan dia terkejut.

"Harith? Awak pun ikut?" Soal Adhela dengan riak wajah terkejutnya. Semasa perbincangan sebelum ini tidak pula dia nampak wajah Harith. Tiba-tiba hari ni muncul pula.

"Haah. Aku gantikan siapa entah nama dia aku tak ingat. Dia ada emergency" Balas Harith lalu turut melabuhkan duduk bertentangan dengan Adhela.

"Ouh patutlah tak nampak awak sebelum ni"

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now