7◆

48 7 0
                                    

Sunyi. Itu yang boleh dia ungkapkan sekarang ini. Dia mula menuruni tangga dengan perlahan. Sempat matanya melilau ke kiri dan kanan. Sejujurnya dia masih belum tahu sepenuhnya selok-belok rumah agam ini.

"Dila? Awalnya bangun" Tegur seseoranf membuatkan perhatian Adhela beralih arah.

"Tak boleh tidur Nenda" Balas Adhela sambil bibirnya mengukir senyuman.

Kembang-kempis hidung Adhela menghidu aroma masakan daripada Tengku Fatima. Biarlah hanya nasi goreng kampung yang cliche tetapi aromanya mampu membuatkan perut Adhela berkonsert.

"Sedapnya bau Nenda!" Jerit Adhela teruja. Matanya bersinar melihat nasi goreng kampung yang masih berasap itu diletakkan di dalam mangkuk besar.

Tengku Fatima tersenyum suka melihat gelagat Adhela yang mencuit hatinya.

"Dila tolong nenda bawakan mangkuk ni ke ruang makan" Pinta Tengku Fatima dan mendapat anggukan daripada cucu menantunya itu.

"Susun ini sekali" Ujar Tengku Sharifah yang baru tiba di ruang makan.

Alatan untuk makan sudah tersedia lengkap tersusun di atas meja. Tunggu kehadiran Si pemakan sahaja.

"Dila" Panggil Tengku Sharifah.

Adhela memalingkan mukanya menghadap Bonda yang sedang merenungnya dengan pandangan yang sesuatu. Dan Adhela mula sedar sesuatu.

'Jangan cakap Bonda suruh aku kejut Tengku turun makan' Ujar Adhela sendiri.

"Pergi panggil suami kamu makan. Nanti sejuk tak sedap pula" Ujar Tengku Sharifah dan Adhela rasa nak hantuk kepala sendiri. Dia sudah agak. Memang tepat sekali apa yang dia fikirkan tadi.

"Ha..errr...erm..baik Bonda" Balas Adhela sebelum dia mula mendaki tangga untuk mengejutkan suami terchenta makan.

Mengalahkan anak raja. Nak makan pun kena panggil. Tak boleh turun sendiri ke?

Opps! Lupa pula yang dia berkahwin dengan siapa. Tengku Qaiser anak kepada Tengku Qairul yang merupakan salah seorang jutawan hebat dan mempunyai pertalian darah dengan kaum kerabat diraja.

Macam mana dia tahu semua tu?

Biarlah rahsia.













BAJUNYA bergerak-gerak ditiup angin. Pandangannya jatuh ke arah lautan yang luas terbentang di hadapan matanya. Dia menarik nafas dalam lalu menghembuskannya. Melepaskan bebenan berat yang dipikul buat sementara.

"Aunty Dila datanglah cini!" Jerit suara halus milik Tengku Haris.

Adhela tersenyum suka. Dia mula mengatur langkah menghampiri Tengku Haris yang leka membina istana pasir ditemani oleh suaminya.

"Tadaaa! Ciap!" Jerit Tengku Haris lagi. Bangga dengan hasil binaan istana pasir yang seperti hidup segan mati tak mahu itu.

"Wah! Pandainya Haris buat. Tapi lagi cantik kalau Haris hias dengan shell ni"  Ujar Adhela sambil tangannya mengambil satu cangkerang yang dekat disitu lalu diletakkan di istana pasir.

"Jap. Biar Haris cari shell" Kata Haris lalu mula berlari dari situ untuk mencari cangkerang.

"Jangan main jauh-jauh tau!" Laung Adhela kuat. Risau. Walaupun dia tahu ada ramai saja ahli keluarga lain di situ.

"Jadi..." Adhela membuka bicara selepas mereka diselimuti kebisuan.

"...esok kita kembali kepada lumrah yang biasa. No more acting" Sambung Adhela. Melengkapkan ayatnya. Matanya menatap susuk tubuh suaminya yang galak merenung lautan.

•SU•QAISER'S QUEENDär berättelser lever. Upptäck nu