23◆

25 5 2
                                    

Tangannya berlari-lari menulis sesuatu di atas kertas. Sesekali jarinya juga mengetik papan kekunci laptop. Mukanya serius sahaja tanpa secalit senyuman. Cuba bagitahu dia bagaimana cara untuk dia senyum? Kerana dia rasakan senyuman sebenarnya hanya ada pada isterinya.

Minggu lepas merupakan mimpi ngeri buatnya. Syukur yang tidak terhingga dia rasakan apabila isterinya dapat diselamatkan dan masih lagi perlu berada di bawah pemantauan doktor. Dan kini genaplah dua minggu isterinya berkeadaan sebegitu. Mahu pengsan dia malam itu apabila isterinya tiba-tiba sahaja sesak nafas dan membawa kepada jantung berhenti berdegup.

Bagaikan hilang sepa--Tidak bukan separuh. Dia rasakan seperti seluruh nyawanya hilang pergi tidak kembali. Oh, sungguh itu merupakan mimpi ngeri buatnya. Dia tidak sanggup untuk merasainya lagi. Cukuplah sekali saja.

Dan sekarang ini di sinilah dia. Bekerja di siang hari dan pada malam pula menemani isterinya sehingga dia sedarkan diri. Dia mahukan dialah orang yang pertama isterinya lihat sebaik sahaja sedar dari tidur yang dalam itu. Ah, sungguh dia rindukan isterinya.

Dia juga mahu sibukkan dirinya. Tidak mahu fikirannya dibelenggu dengan bayangan isterinya. Jikalau isterinya begitu tak akanlah dia mahu begitu juga. Nanti dia akan menjadi lemah. Dan disebabkan kekuatan itulah yang menjadi asbab dia datang ke kerja. Kalau ikutkan hati dia memang mahu bertapa saja di hospital itu.

Entah mengapa dia rasakan seperti itu. Sebelum ini perasaan rindu itu dia boleh tepis begitu saja. Namun sekarang, perasaan itu semakin bermaharajalela di dalam dirinya. Mengusai setiap pelusuk badannya. Ah, dia bencikannya. Rancangannya yang patut dia lakukan buat isterinya dulu terhapus serta-merta! Entah hilang ke mana. Mungkin sudah tenggelam jauh di dasar hatinya.

Kini dia hanya mahukan isterinya. Mahu melihat wajah itu tersenyum manis. Mahu melihat wajah itu serba-salah apabila dia memarahinya. Mahu rasai air tangan isterinya. Oh, ya. Dia juga baru perasan yang isterinya sudah lama tidak memasak di rumah. Hanya sarapan pagi saja biasanya. Itupun dia sendiri yang tidak menjamahnya. Jadi salah siapakah sekarang ini?

"Tengku" Dia terus berpaling ke tepi. Nampak susuk tubuh tinggi pembantunya.

"Ya, ada apa?"

"Sekarang, Tengku ada mesyuarat mengenai projek baharu yang akan dijalankan nanti. Mereka semua dah ada di bilik mesyuarat" Kata Faliq sambil melihat ipad yang berada di tangannya.

Tengku Qaiser tepuk dahi. Aduh, macam mana dia boleh lupa ni?

"Okay. Kau pergi dulu. Nanti aku pergi" Kata Tengku Qaiser mendapat anggukan daripada Faliq. Setelah itu, dia merenggangkan badannya sedikit. Kot yang tergantung di tempat yang disediakan dia capai lalu dipakai di tubuh tegapnya. Langkah kaki dia atur menuju ke bilik mesyuarat yang ditetapkan.

"Maafkan saya atas kelewatan. Kita boleh mulakan sekarang"

Dan bermulalah sesi perdebatan antara mereka semua untuk mendapatkan idea yang bersesuaian mengenai projek yang bakal berlangsung nanti.
















Sekeliling kawasan dengan pandang dengan muka yang berkerut. Ah, dia dimana? Matanya dikelipkan beberapa kali agar penglihatannya menjadi lebih jelas. Kepalanya dipusingkan ke kiri dan kanan dengan perlahan. Aduh, sakit betul. Rasa macam mahu patah saja lehernya saat ini.

"Eh, Cik! Cik dah sedar!" Jerit seorang jururawat yang datang untuk memeriksa keadaan dirinya. Jelas kelihatan wajah itu terkejut melihat dirinya. Apa dia ingat dirinya ini hantu ke?

Baru sahaja dia mahu memanggil jururawat itu, susuk tubuh tersebut terlebih dahulu hilang dari pandangannya. Ah, mungkin memanggil doktor yang bertugas.

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now