9◆

36 7 1
                                    

Suasana yang bingit itu tidak mampu melumpuhkan semangatnya untuk berseronok. Gelas yang berisi arak di hadapan diteguk tanpa rasa bersalah. Kepalanya bergerak mengikut rentak lagu.

"Bos"

Perhatiannya teralih ke arah salah seorang anak buahnya. Dia mengangkat kening sebagai tanda tanya.

"Ada orang nak jumpa" Ujar anak buahnya sebelum beralih ke tepi sedikit. Membenarkan tetamu itu masuk menghadap bosnya.

"Oh, kau. Macam mana? Ada perkembangan?" Soalnya sambil membakar seputung rokok.

"Aku dah jumpa dia" Ujar lelaki itu. Pandangannya dilemparkan pada manusia yang lalai berseronok.

Dia mengannguk puas hati. Asap rokok dihembus keluar.

"Ikut plan yang kita dah rancang"

Lelaki itu mengangguk tanda faham.

Senyuman sinis terukir di bibirnya. Dalam kepalanya sudah terbayang bagaimana pengakhiran yang akan dia lakukan. Sungguh perkara itu membuatkan dirinya berasa teruja.

"Tak sabar nak tamatkan semuanya" Ujarnya sebelum ketawa besar. Sekali lagi gelas yang berisi arak itu diteguknya hingga licin.

'War is going to start'













ADHELA tersenyum memandang sekeliling. Suasananya riuh-rendah. Kanak-kanak berlari ke sana ke mari tanpa memikirkan apa-apa. Hanya gembira.

Remaja daripada pelbagai sekolah tekun mendengar pencerahan daripada beberapa orang mahasiswa tentang apa yang mereka pelajari. Sempat mereka mempromosikan universiti kepada para remaja.

Orang dewasa pula tidak melepaskan peluang untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan menderma darah di kanopi bahagian kesihatan. Dan bermacam-macam kerenah yang dia lihat. Ada yang pengsan sebab mabuk darah, yang menjerit tak tentu hala sebab takut jarum dan macam-macam lagi.

Haih, kesian pula dia tengok barisan perkerja kesihatan yang perlu melayan pelbagai jenis kerenah manusia. Semoga bertabah ya.

Kanopi yang menjual makanan pula laku keras. Setiap orang pasti memegang segelas air bagi menghilangkan rasa haus. Padanlah dengan cuaca yang panas terik begini.

Dia yang sekarang ini pun rasa nak pengsan sebab panas sangat. Entah berapa suhu sekarang ini. Tapi tak jadi bila dia nampak satu susuk yang amat dia kenali. Perlahan-lahan senyuman terukir di bibirnya.

Dia datang.

"Tengku!" Jerit Adhela teruja. Bibirnya menayangkan senyuman lebar. Ini ialah satu keajaiban.

Tengku Qaiser yang galak memerhati sekeliling, terkejut apabila namanya diseru dengan kuat. Dia pandang ke hadapan. Oh, budak ni rupanya.

"Ish kau ni bisinglah. Slow-slow sudahlah" Marah Tengku Qaiser apabila ramai orang awam berpaling ke arah mereka.

Adhela sengih tidak bersalah. Dia hanya teruja. Tak sangka Tengku Qaiser akan datang juga ke sini. Punyalah beribu pujukan yang dia bagi tetapi ditolak juga. Tapi, hari ini tiba-tiba ada. Itu yang dia terlebih teruja.

"Eh, sekejap" Adhela mula meniliti Tengku Qaiser dari atas sampai bawah. Gaya macam datang terus dari pejabat. Tengku Qaiser tak sibuk ke?

"Tengku ni datang dari pejabat ke?"

"Eh, mana ada. Aku baru lepas balik berkebun ni ha. Tak nampak ke dah berpeluh badan aku ni. Penat tau berkebun" Jawab Tengku Qaiser. Sarkastik.

Adhela menggulingkan mata ke atas tanda menyampah. Orang tanya betul-betul jawab main-main. Yang dia ni pun satu kenapa tanya soalan bodoh tu?

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now