8◆

42 5 0
                                    

Hari demi hari berlalu. Adhela dan Tengku Qaiser melalui rutin yang sama. Tiada apa yang berubah. Cuma perlakuan Tengku Qaiser sedikit berubah membuatkan Adhela semakin hari semakin hairan.

Tipulah kalau dia cakap yang selama beberapa hari ni Tengku Qaiser tidak menyakiti hatinya. Namun sikap Tengku Qaiser sedikit berubah dan itu membuatkan dia berasa senang.

"Tengku jom pergi taman" Ajak Adhela dengan riak wajah ceria.

"Malas" Balas Tengku Qaiser sepatah.

Adhela mencebik. Matanya menjeling tajam Tengku Qaiser yang selesa berbaring di atas sofa. Dia mula menghampiri Tengku Qaiser.

"Alaa jomlah. Bukan selalu kita pergi taman" Ajak Adhela lagi. Kali ini dia tidak boleh putus asa. Berusaha!

"Ish malas lah. Dah lah ramai orang dekat taman tu. Lagipun kau nak buat apa pergi taman. Hah?" Bebel Tengku Qaiser panjang lebar. Matanya masih lagi melekat pada cerita yang bersiaran di televisyen.

"Saja. Ambil angin sambil jalan-jalan" Balas Adhela. Matanya merenung Tengku Qaiser yang khusyuk menonton televisyen.

Mata Tengku Qaiser mula merenung Adhela. Mereka berdua membalas renungan. Masing-masing tidak mahu kalah. Adhela dengan mata mengharapnya dan Tengku Qaiser dengan mata malasnya.

"Haih. Yalah. Yalah" Kata Tengku Qaiser dengan malas.

"Yes! Thank you Tengku!" Ucap Adhela lalu mula melompat keriangan. Dia mula berlalu dari situ dan menuju ke biliknya. Lebih baik dia siapkan kerja sedikit, selagi masa masih ada.

"Yeayyy! Keluar pergi taman! Yeay!" Jerit Adhela lagi. Gembira. Sempat dia berjoget-joget meraikan kegembiraannya.

Tengku Qaiser menggelengkan kepalanya. Macam budak kecil.

Tanpa sedar bibrinya melorekkan senyuman.

"Woi! Kau menung apa?! Ingat pak we?"  Soal Arisya apabila melihat rakannya itu semakin tenggelam dalam dunia sendiri.

Adhela tersedar. Sekeliling mula diperhatinya. Habis hilang bertebaran memorinya dan Tengku Qaiser di taman. Ish, kacau betullah Arisya ni!

"Sya kau jangannlah kacau dia nak berangan kahwin dengan anak raja tu" Sampuk Meena pula. Tangannya yang memegang garfu mula mencucuk beberapa batang fries lalu disuap ke dalam mulutnya.

"Lah, mana aku tahu kau tengah berangan nak kahwin dengan anak raja. Ha, sila sambung. Mana tahu jadi kenyataan" Ujar Arisya mendapat jelingan tajam daripada Adhela iaitu mangsa kejahatan dia dan Meena.

"Anyway guys, korang dah ready ke untuk esok?" Soal Adhela sambil menyedut minuman di hadapannya.

"Ready untuk kau kahwin dengan anak raja ke? Oh kalau yang tu aku memang dah terlebih ready!" Balas Arisya membuatkan Meena ketawa. Dia masih lagi punya modal untuk menyakat rakannya itu.

"Ahhh malas aku dengan korang" Ujar Adhela dengan muka masam.

Arisya dan Meena masih lagi ketawa. Adhela menjeling kedua-dua rakannya itu. Apa yang lawak sangat pun dia tidak tahu.

"Okay. Sorry. Janji buat lagi" Balas Arisya pula dengan sisa tawa.

"Semua dah siap. Lengkap. Perfecto!" Kata Meena mendapat anggukan daripada Adhela.

"Untuk kau macam mana pula Dila. Dah siap ke pelamin untuk nikah kau dan anak raja? Nak buat kat mana? Istana negara ke?"

"Bangang lah kau ni Sya. Aku ingatkan dah habis" Ujar Meena sambil ketawa kuat.

Adhela hanya menggeleng kepala perlahan. Malas mahu melayan perangai masuk air rakan-rakannya. Dibiar saja Arisya menyakat dirinya. Dan Meena pula setia untum menyambung modal menyakat Arisya.

Dua-dua tak boleh pakai.













"LAPORAN daripada setiap jabatan mesti ada atas meja saya. Pastikan laporan lengkap kalau tak nak buat kerja dua kali. Esok hantar. Meeting dismiss" Kata Tengku Qaiser sambil merenung setiap wajah pekerjanya.

Para pekerja mula bangun berdiri dan menunduk hormat sebelum keluar daripada bilik mensyuarat itu setelah hampir satu jam. Kebas punggung duduk lama-lama atas kerusi.

"Tengku, pukul dua nanti Tengku ada meeting dengan AA Holdings" Ujar Faliq sambil melihat Ipad di tangannya.

"Okay. Thanks Faliq"

Faliq membongkokkan sedikit bandannya sebelum dia berlalu keluar meninggalkan Tengku Qaiser bersendirian di dalam bilik mesyuarat itu.

Tengku Qaiser memejamkan matanya. Membiarkan segala beban yang ada dibahunya hilang sebentar.

Dia ketawa puas. Riak puas hati memenuhi wajahnya apabila melihat wajah cemberut isterinya. Yes!

"Ish jahat betullah!" Kata Adhela sambil membetulkan rambutnya yang melindungi pandangannya. Dijeling wajah suaminya yang masih lagi ketawa.

"Orang baru siap mandi tadi. Dah basah balik" Rungut Adhela lagi. Memang dia tidak puas hati betul. Dia tanya je tak sejuk ke mandi malam-malam tapi dia pula yang ditarik.

"Tak pa lah mandi dua kali pun. Bukannya baju tak ada. Salin je lah nanti" Balas Tengku Qaiser sambil berenang ke hujung kolam.

"Cakap senang. Nak buat tu susah" Kata Adhela. Dia mula berjalan ke tepi kolam.

"Kenapa? Tak boleh tukar baju sendiri? Ke kau nak aku tukarkan. Aku boleh je. Sedia membantu" Beritahu Tengku Qaiser dengan senyuman nakal terbit di bibirnya.

Adhela sudah keras kejung. Sejak bila Tengku Qaiser jadi gatal macam ni? Eiii takut!

"Jangan eh. Tampar karang"

Dan bergema lagi tawa Tengku Qaiser di kolam itu. Sungguh dia puas hati mengenakan isterinya. Bibirnya menguntumkan senyuman.

'Kau dah parah Kai' Monolognya.













JALAN yang dipenuhi dengan kenderaan itu dia lihat daripada jendela rumahnya. Serta-merta keluhan berat dia lepaskan. Sungguh dia menanggung rasa rindu yang teramat saat ini.

Seketika ada sepasang tangan melingkar elok di pinggangnya. Belakang badannya pula terasa berat. Seperti disandar sesuatu.

"Why abang? Mind to share with me?" Soal Layla kepada suaminya.

Tiba-tiba badan suaminya berpusing menghadapnya. Dan kini dia berada di dalam pelukan hangat suaminya. Suka!

"Abang rindukan dia. Sayang rasa dia masih ingatkan abang? Mesti dia dah bencikan abang kan?" Soal Ameer dalam nada sayu.

"No, abang. If one day abang jumpa dia, abang kena bagitahu dia perkara sebenar. No secrets. Dia pun berhak untuk tahu" Kata Layla memujuk suaminya.

"I hope I find her one day and I promise I will tell her everything that she should know. No secrets"

"InsyaAllah. We find her together okay?"

Ameer tunduk memandang wajah isterinya. Dia mengangguk tanda setuju dan satu kucupan turun di dahi isterinya.

'Ya Allah temukanlah aku dengan dia'















assalamualaikum everibodeh. dont forget to vote🌟comment and share this stroy. bye lope♡

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now