17◆

24 5 1
                                    

Tenang. Nyaman. Kondusif. Ah, senang cerita semualah yang seangkatan dengannya.

Earbud yang berada di telinganya membuatkan dia tidak mendengar gangguan daripada luar walaupun dia tahu perkara itu tidak akan berlaku. Mahu membuat bising dalam perpustakaan? Jawapannya anda akan ditendang keluar.

Buku yang berada di hadapannya dia belek-belek sehingga dia jumpa apa yang dicari. Sesekali tangannya mengetik-ngetik sesuatu di atas papan kekunci laptop.

Mukanya tegang. Dahinya berkerut. Memang dia mahu elakkan gangguan sekarang ini. Dia sudah menetapkan tekad bahawa dia akan menyiapkan kerja ini hari ini juga. Tidak mahu bertangguh.

"Haih, minah sorang ni. Aku tengah buat kerja sibuk call" Kata Adhela perlahan. Dengan malas panggilan itu diangkat juga.

"Nak apa?" Soal Adhela dengan santai.

"Lepak jom" Ajak Ariesya di talian sebelah dengan nada ceria.

Adhela pandang laptop. Kemudian dia pandang pula buku di hadapannya. Ah! Memang menggugat pendiriannya. Nafas dia tarik dalam sebelum dihembus.

"Kau datang ambik aku. Kalau tak aku malas pergi" Ugut Adhela.

"Memang aku driver kau pun!" Marah Ariesya di talian. Adhela senyum suka.

Tamat saja perbualan mereka, Adhela mula menyambung kerjanya. Siap sikit pun jadilah sebelum dia keluar dengan Ariesya.

Kalau tidak disiapkan sekarang, bila lagi dia mahu buat. Kerjanya setiap hari bertambah, bukannya berkurang. Lagipun ini merupakan sem terakhir untuknya. Dia bakal menamatkan zaman belajarnya.

Tidak perlu lagi dia menahan kantuk semata-mata mahu menyiapkan tugasan yang diberi.

Tidak perlu lagi dia bangun awal semata-mata untuk mendengar perkataan kelas dibatalkan.

Tidak perlu lagi dia serabutkan otaknya yang memang sudah sedia serabut dengan memikirkan jalan penyelesaian kepada tugasnya.

Ya tidak perlu lagi.

Dan dia tidak sabar untuk itu.














MEREKA bergaduh lagi. Tapi kali ini semuanya berpunca daripada Adhela. Ah, bukannya dia sengaja melakukan perkara itu. Sungguh, dia tidak berniat langsung untuk melakukan perkara itu.

Dipandang wajah ketat suaminya. Liur dia teguk kesat. Dia pandang pula ke hadapan. Tak mampu melihat wajah beku itu lama-lama. Boleh buatkan dia jadi ais serta-merta.

Tapi, dia tetap perlu minta maaf. Biarpun bukan seratus-peratus salahnya. Kut?

Ah! Tetap kena minta maaf. Memang perlu. Dia tidak mahu jadi isteri derhaka. Dia mahu menyenangkan suaminya. Syurganya.

"Abang" Panggilan itu tidak mengalihkan fokus Tengku Qaiser. Atau mungkin sudah terusik namun dibiarkan saja.

"Abang" Masih sama tidak bersahut.

"Abang" Dan sama seperti sebelumnya.

Adhela melepaskan keluhan lemah secara perlahan. Tarik nafas, hembus. Tarik dan hembus lagi. Okay! Dia sudah bersedia.

Ipad yang berada di tangan suaminya itu dia rampas lalu diletakkan jauh dari mereka berdua. Sekarang ini hanya sesi mereka berdua. Tiada kerja. Tiada ipad.

"Apa kau ni?" Marah Tengku Qaiser. Mukanya berkerut menahan geram. Sudahlah bengkak di hatinya belum surut lagi ditambah pula dengan yang sekarang. Ah! Lagi berganda bengkaknya.

"Abang janganlah marah. Sabar dulu" Pujuk Adhela. Tangan suaminya dia capai disulamkan bersama dengan tangannya.

Tengku Qaiser menjeling geram. Budak kecil ni. Ada juga yang jadi santapan dia karang.

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now