11◆

39 7 0
                                    

Pintu dia tolak perlahan. Tangannya meraba-raba suis lampu di dinding.

Ktak!

Terang benderang dan serentak itu bau coffee menusuk hidungnya. Bauan kegemaran suaminya. Matanya pula dihiasi dengan rak-rak buku dan sebuah meja kerja yang tersusun rapi barangnya. Kemas dan dia sukakannya.

Dia menapak masuk perlahan-lahan. Dilarikan jari-jemarinya di sisi buku yang tersusun kemas. Matanya galak memerhati segenap ruang bilik itu. Sangat maskulin.

Seketika matanya menangkap sesuatu yang menarik perhatiannya. Tangannya mengambil satu bingkai gambar yang terletak elok di atas meja kerja suaminya. Gambar graduasi.

Tanpa sedar bibirnya menguntumkan senyuman apabila melihat gambar suaminya yang tersenyum indah. Sungguh suaminya segak dalam persalinan jubah graduasi.

Kadang-kadang dia ada terfikir. Suaminya ini tidak ada wanita pujaankah? Puas sudah dia meneroka setiap sudut rumah ini hanya untuk mencari yang satu itu. Tetapi tidak jumpa langsung!

"Handsome kan aku?" Tegur satu suara tepat di sebelah telinganya. Nafas hangat menampar pipinya. Dari ekor mata dia nampak satu kelibat berada di sebelahnya.

"Abang!"

"Ya?"

"Bila masa abang masuk?" Soal Adhela dengan tergagap-gagap. Khusyuk sangat merenung gambar si dia, akhirnya si dia yang betul muncul.

Oh, perihal panggilan itu dia sudahpun mengubahnya. Sejak daripada kes perang dingin antaranya dengan Tengku Qaiser, dia menukar nama panggilan Tengku kepada abang.

Kali pertama rasa mahu terkeluar juga semua isi perutnya apabila mulut mahu menyebutnya. Namun, lama-kelamaan dia sukakan panggilan itu. Lagipula Tengku Qaiser tidak memberikan apa-apa komen. Maknanya dia sukalah kan?

"Semalam" Seloroh Tengku Qaiser dan makannya ialah tamparan daripada isterinya. Nasib baik tangan kecil. Tak sakit sangat.

"Yang kau tenung gambar aku tu kenapa? Baik tengok aku ni. Yang tu tak boleh sentuh. Tapi yang ni boleh" Kata Tengku Qaiser lagi sambil melihat sisi wajah isterinya.

"Okay"

Serentak itu dia berpaling menghadap suaminya. Mata mereka galak merenung antara satu sama lain. Nafas mereka berlaga menunjukkan betapa dekatnya jarak mereka.

"I don't even know you have a pair of gorgeous eyes" Ujar Tengku Qaiser tiba-tiba.

"And I don't even know you have a handsome face" Balas Adhela pula.

"Glad I know it right now" Sambung Adhela lagi.

"And glad I know it too"

Senyuman terhias di bibir Adhela. Masing-masing masih galak merenung. Semakin lama semakin terhapus jarak antara mereka.

Dan...

...deringan yang datang daripada telefon membuatkan mereka berdua tersedar dan kembali ke alam yang nyata. Adhela gelabah berpaling daripada menghadap Tengku Qaiser. Entah macam manalah dia boleh buat perkara itu tadi.

Malu!

"Assalamulaikum Bonda" Sapa Tengku Qaiser kepada bondanya. Mata masih lagi tidak terkalih daripada melihat isterinya. Sungguh dia sudah parah.

Adhela hanya buat tidak dengar perbualan antara suami dan ibu mertuanya itu. Sengaja dia menyusun kembali barangan di atas meja kerja suaminya yang sudah sedia tersusun.

"Okay. Kai bagitahu dia nanti. Bye" Kata Tengku Qaiser sebelum menamatkan panggilan.

Dia memusingkan kerusi yang diduduki oleh isterinya supaya berpaling menghadapnya. Badannya direndahkan sedikit agar menyamai ketinggian isterinya.

•SU•QAISER'S QUEENWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu