26◆

22 5 0
                                    

Tangan naik menggaru muka yang terasa gatal. Kemudian terpisat-pisat matanya dibuka. Cahaya yang menerobos dari langsir menyukarkan pergerakan matanya. Dalam keadaan mata yang masih tertutup, tangannya meraba-raba telefon di atas meja kecil bersebelahan katilnya.

8.00 pagi.

Dia menggeliat kecil dengan badan yang masih berselubung dengan selimut tebal. Selesa sungguh! Setelah itu, matanya terkebil-kebil bagaikan anak kecil. Diam saja merenung siling putih.

Setelah beberapa minit dia berkedudukan begitu, dia mula tersedar sesuatu. Mendadak dia bangun dari pembaringan. Kepalanya dikalihkan ke sebelah.

Kosong!

"Dia pergi mana pagi-pagi macam ni?" Soal Adhela sendiri.

Selimut dia tolak ke tepi dan dia mula menuju ke bawah atau lebih tepat lagi di pangkin yang terletak di luar rumah. Intai dari pintu gelangsar, tiada. Dahinya berkerut seribu. Ai, hilang ke apa?

Baru saja tangannya mahu menulis mesej kepada si suami, matanya menangkap sesuatu yang terletak elok di atas meja makan. Dia mula mengatur langkah ke situ. Semakin dekat, semakin dia jelas dengan apa yang berada di atas meja makan itu.

Seketika kemudian matanya menangkap satu keping sticky note yang melekat cantik pada tudung saji.

-makan. aku masak pagi tadi

Itu sahaja mesej yang ditinggalkan. Tanpa membuang masa dia terus melabuhkan duduk dan tangannya laju saja membuka tudung saji itu. Serta-merta perutnya yang tadi diam mula memainkan rentaknya. Aroma masakan berlumba-lumba memasuki rongga hidungnya.

"Aiii. Dia ni biar betul?" Kata Adhela dengan riak muka yang masih lagi tidak percaya. Ditenung dalam-dalam roti dengan telur rebus separuh masak di hadapannya. Memang inilah yang dia makan hampir tiap hari sebelum pergi ke kuliah dan sebagainya.

Mungkin Tengku Qaiser sudah tahu makanan utama untuknya ialah roti dan telur. Tapi yang peliknya kenapa dia sediakan? Hari inikan hujung minggu. Memang dia free daripada membebankan otaknya dengan belajar.

Dia sudah merancang apa yang akan dia lakukan hari ini. Dia mahu bermain hujan. Ya, itu yang dia mahu lakukan. Sudah lama dia tidak bermain di bawah hujan. Menari dan menikmati sejuknya suasana hujan. Ah, sungguh dia rindukan semua itu.

Lagipula dia sudah melihat ramalan cuaca di telefon. Katanya hujan akan turun pada petang nanti. Tapi dia tidak berpegang sepenuhnya kerana itu hanyalah ramalan. Boleh jadi betul, dan tidak.

Bunyi ngauman enjin di luar rumah menyentakkannya. Terus sahaja dia bangkit daripada duduk dan menuju ke pintu utama rumah. Matanya mengintai di lubang yang tersedia pada pintu. Dan dia tersenyum lebar. Suami kita sudah pulang!

Tangannya laju membuka pintu. Dan...

"Ya Allah. Terkejut aku" Kata Tengku Qaiser sambil tangan mengurut dada dengan perlahan.

Adhela hanya tersengih tidak bersalah. Naik turun, naik turun matanya melihat pemakaian suaminya. Kasual. Maknanya bukan dari tempat kerja.

"Masuk cepat. Nanti orang nampak. Dah lah tak pakai tudung" Tengku Qaiser terus menolak badan isterinya untuk masuk ke dalam rumah. Setelah itu pintu utama dia kunci rapat. Okay, selamat.

Tengku Qaiser menyambung langkahnya tanpa menghiraukan si isteri yang dari tadi melihat. Namun, langkahnya terhenti apabila terpandangkan meja makan.

"Kenapa tak makan? Tak sedap?" Soal Tengku Qaiser. Keningnya yang terbentuk cantik terangkat sebelah.

"Eh, bukan macamtu. Saya baru je nak sentuh makanan, awak dah sampai. Itu yang jadi macam tu" Jawab Adhela sebelum dia menyusun langkah merapati meja makan.

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now