BAB 07

148 22 5
                                    

Rantai tangan di pergelangan tangan dipandang. Kini dia sudah sah bergelar tunangan orang. Sekarang hanya menanti tiba akad nikah yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Kau tak tahu bakal suami kau siapa?” tanya Maisara. Jengkel nadanya kedengaran. Dia memang suka memperlekehkan Eshal. Apa masalah pun tak tahu.

“Bukan urusan kau.”

“Eleh! Macam aku tak tahu kau meroyan sebab tak kenal bakal suami. Nasib kaulah. Aku doakan bakal suami kau tu hitam, gigi rongak, lepas tu bau hapak!” Maisara ketawa setelah itu.

Hilaian tawanya hilang apabila kaki Eshal berada tepat di hadapan mukanya.

“Kau nampak kaki cantik aku ni? Jangan sampai kaki aku mendarat betul-betul atas muka kau. Kan hidung kau tenggelam dalam tengkorak tu baru tahu langit tinggi ke rendah. Dasar single! Single buat cara single. Tak payah nak dengki dengan orang sangat.” Hambur Eshal.

“Astaghfirullah!” Haqif yang kebetulan lalu terus menarik Eshal menjauhi Maisara.

“Ada apa ni?” tanya Haqif.

“Eshal tu nak tendang Maisara.” Ujar Maisara bernada rajuk.

“Kalau kau tak cuba letupkan gunung berapi aku, aku takkan tendang kau. Tapi kalau kau berani sangat nak buat, alamatnya bukan penendang aku je sampai kat muka kau.” Dengus Eshal.

“Dah, dah.... Mari ikut pak su.” Haqif menarik Eshal pergi dari situ. Risau pula Eshal mengamuk.

Usah diadu dan dihasut, dia memang tahu perangai semua anak saudaranya itu macam mana.

Pangkin kayu dihampiri lalu diduduk. Nyaman pula rasanya duduk di bawah pokok mangga. Haqif yang melihat muka geram Eshal menghela nafas perlahan. Memang dia kena berjaga-jaga bila semua anak saudaranya berkumpul. Ada sahaja ribut taufan yang bakal melanda apabila Eshal bertemu Maisara dan Naila.

“Marah lagi? Dah, tak payah ambil hati sangat dengan kata-kata Maisara.” Ujar Haqif seraya menghulur aiskrim kepada Eshal. Sempat dia ambil dalam peti tadi.

“Kenapalah anak saudara pak su yang seorang tu menyakitkan hati sangat? Kalau Eshal boleh lempang, memang Eshal dah lempang dah. Eshal fikirkan nenek saja ni. Eshal tak nak buat nenek kecewa dan sedih.” Dengus Eshal.

Turun naik dadanya memikirkan perbuatan Maisara. Belum lagi datang kembarnya, Naila. Berganda-ganda sakit hati.

“Maisara cakap apa tadi?”

“Dia doa yang bukan-bukan pasal bakal suami Eshal.”

“Bakal suami Eshal... pak su percayakan dia. Baik orangnya dan yang paling penting boleh tahan dengan perangai Eshal. Pak su yakin dia boleh jaga Eshal. Percaya dan dengar cakap pak su. Pedulikan apa yang orang lain kata,” tutur Haqif.

“Selagi Eshal tak kenal tuan punya badan, Eshal tak yakin. Kahwin ni bukan main-main.” Bibir dicebikkan. Memang dia nampak macam tak ambil serius dan sedikit main-main kerana perangai suka merapunya. Tetapi dalam hatinya, hanya dia yang tahu betapa risaunya dia.

“Nanti dah tahu rupa dia, cubalah kenal hati budi dia. Mesti Eshal suka dia.”

“Ish! Pak su ni buat Eshal makin teringin nak tahu siapa orangnya.”

“Tanyalah Mak Idah.” Hairan juga Haqif. Benda senang dibuat susah.

“Takkanlah Eshal nal tanya Mak Idah siapa bakal suami Eshal. Eshal dah bertunang dua hari tau? Tak ke pelik Eshal tak tahu lagi siapa bakal suami Eshal? Lagipun Eshal malulah nak tanya.” Kata-kata Eshal membuatkan Haqif hambur tawa.

“Aik! Sejak bila Eshal tahu rasa malu? Sedangkan mak cik yang jual kat kedai tu selamba je ajak membawang.”

“Ni lainlah pak su! Eshal tak nak kena bahan. Kenapa tak pak su je yang bagitahu Eshal?”

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIWhere stories live. Discover now