BAB 28

125 15 3
                                    

Sudu dipusing-pusing mengacau air yang dibuat. Lepak rumah Nek Wati sekejap sebelum balik ke rumah Mak Idah. Rumah Mak Idah pun penuh sekarang kerana maghrib tadi agak ramai saudara Haffeen datang.

“Auch!” Sedikit menggigil tangan Eshal yang bersimen apabila pelanggaran kuat berlaku. Sakitnya bukan kepalang.

“Aku yang besar gedabak ni pun kau tak nampak ke? Sakit tahu tak!” Berkerut muka Eshal menahan sakit.

Dari tingkah Naila, dia tahu gadis itu sengaja. Diam sahaja membasuh tangan di singki seolah-olah tiada apa-apa terjadi.

“Apa benda yang pecah tu haa?” Nek Wati berjalan ke dapur.

“Kaca tu Eshal. Jangan gerak. Biar nenek kutip dulu.” Ujar Nek Wati. Risau dia tengok Eshal statik sahaja. Nasib baik kaki tak kena air panas.

“Eshal kutip sendiri nek.” Dia tak mahu Nek Wati tercedera.

“Kenapa ni?” Haffeen yang baru keluar dari bilik air menyoal.

Eshal diam tidak membalas. Hanya tatapan diberi kepada Haffeen.

“Mari sini. Jangan pijak lantai. Pijak atas kaki aku,” suruh Haffeen. Dia berselipar, tak apalah nak pijak kaca halus.

Akur. Tangan dihulur sebelum kaki memijak kaki Haffeen.

“Aku buat air baru sekejap.”

“Dah tak nak dah.” Eshal beredar.

Haffeen sudah hairan mendengar kelainan nada Eshal. Sesaat dia terdiam. Kemudian, dia mencangkung dan mengutip serpihan kaca. Air juga dilap kering.

Setelah itu, dia menapak ke ruang tamu. Kelibat Eshal dicari. Ada sesuatu tak kena dengan air muka isterinya tadi.

“Rayyen. Kau nampak Eshal tak?” tanya Haffeen. Memandangkan Rayyen berada di ruang tamu sejak tadi, pasti lelaki itu nampak sesiapa yang lalu lalang.

“Rasanya, aku nampak dia keluar tadi. Dah balik rumah opah kau kot.”

Langkah diatur keluar. Haffeen menyarung seliparnya apabila melihat Eshal di pangkin kayu.

“Kenapa ni hm?”

“Aku nak balik bilik.”

“Jom.” Tangan dihulur.

Tidak berlambat, Eshal menyambut huluran itu. Kaki melangkah memasuki rumah Mak Idah. Ruang tamu penuh dengan cucu dan anak saudaranya. Eshal berganjak ke belakang Haffeen ingin menyembunyikan sedikit raut wajahnya.

“Ayah tih! Jom main,” ajak Akim.

“Ayah tih nak masuk bilik. Akim main dengan abang-abang sana.”

Akim beredar ke arah sofa semula. Dilihat sekilas Haffeen yang berjalan masuk ke dalam bilik sehingga pintu ditutup.

“Shal....” Terhenti kata-kata Haffeen apabila tubuhnya dipeluk. Esakkan halus kedengaran di sebalik lekapan wajah pada dada.

“Kenapa kau nangis ha? Ada orang buli kau ke?” soal Haffeen.

“Tangan aku sakit.” Tanpa mengangkat wajah, Eshal berkata.

“Nak pergi hospital?” Haffeen sudah setengah panik. Gelengan Eshal membuatkan dia hela nafas.

“Kenapa tangan kau boleh sakit?” Hairan Haffeen. Sebelum ni elok-elok je. Ke sebab main layang-layang petang tadi?

“Naila sengaja langgar aku. Kau tengok tangan aku. Ada rupa makin patah tak?” Eshal masih menangis. Sesekali hingus disedut.

Haffeen kemam bibir. Nak ketawa dia dengar Eshal mengadu, tapi pada masa yang sama dia kesian. Haih! Naila memang melampau. Eshal tengah sakit pun tak lepas.

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIWhere stories live. Discover now