BAB 35

88 12 4
                                    

Mug dibawa ke ruang tamu. Sekilas Haffeen yang duduk di atas karpet berbulu sambil bersandar pada sofa dilihat. Kedua belah kaki Haffeen ditolak sehingga Haffeen terkangkang. Tanpa kata, dia duduk di antara ruang kaki itu. Tubuh disandarkan pada tubuh Haffeen. Tengok drama dengan suami malam ni.

“Hari jumaat malam nanti kau kerja tak?”

“Tak. Kenapa?”

“Aku ada buat makan-makan sikit dekat hotel sempena pelancaran produk baru Esharah. Kau nak ikut?”

“Boleh juga.”

“Okey. Janji kau ikut.”

“InsyaAllah.” Mug di tangan Eshal ditarik lalu air diminum sedikit. Haus dia. Eshal pun buat satu je.

Masing-masing diam melayan televisyen. Sesekali tawa terhambur apabila babak lucu dimainkan.

“Kacak betul husband aku.” Tutur Eshal.

Tidak semena-mena bahunya digigit. Eshal mengaduh kesakitan.

“Kau dah kenapa?”

“Suami kau dekat belakang kau je ni, selamba puji laki lain. Panggil husband pula tu.”

“Kau cemburu?”

“Kalau bukan, apa lagi?”

“Kau cemburu, tu masalah kau.”

Rambut Eshal ditarik ssedikit. Geram diaa dengar.

“Haffeen, kau tarik rambut aku!”

“Habis tu!” Haffeen mendengus.

“Kau nak gaduh? Eee!” Eshal turut mendengus geram.

Haffeen gulingkan bola mata. Malas layan! Dia mengaduh kesakitan tatkala Eshal menarik rambutnya.

Tidak beralah, Haffeen turut menarik.

“Kau memang nak gaduh dengan aku ke? Lepaskan rambut aku,” suruh Eshal.

“Kau lepas dulu.”

“Aku cakap lepas!” Genggaman rambut masing-masing masih kuat. Langsung tiada yang mahu mengalah.

“Jangan harap selagi kau tak lepaskan rambut aku dulu!”

“Botak sama-sama ajelah!”

“Kau botak bolehlah pakai tudung. Aku botak, nak pakai apa!”

“Pakailah serban!”

“Sengal!” Kepalan rambut dilepas, kemudian sisi kepala Eshal ditunjal lembut.

“Buat penat je aku gaduh dengan kau.” Eshal mendecit. Posisinya bersandar pada tubuh Haffeen dibetulkan. Kacang sambung dikunyah.

“Siapa suruh kau gaduh dengan aku?”

“Kaulah.”

“Aku ya?” Haffeen senyum jahat.

Tangan yang memeluk Eshal bergerak menggeletek bahagian pinggang. Mulalah terjerit-jerit Eshal minta dilepaskan diselangi tawa kegelian.

“Ehem! Ehem! Bahagianya.” Satu suara kedengaran.

Haffeen dan Eshal serentak berpaling ke belakang. Haqif yang tersengih-sengih dengan tangan menongkat pada sofa dipandang.

“Kenapa pak su boleh ada dekat KL?” Tanya Eshal. Masih tenang lagaknya walaupun nafas sudah termengah-mengah. Penat digeletek Haffeen.

“Kejutan! Cuba tengok betul-betul siapa datang,” ujar Haqif.

Eshal berdiri sambil dibantu Haffeen. Mulut yang ternganga kecil mula mengukir senyuman lebar. Dia tak jangkakan kehadiran Nek Wati. Ingatkan Haqif bawa Wardah saja.

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIWhere stories live. Discover now