BAB 04

160 22 5
                                    

Buaian dihayun perlahan sambil mata memerhati ke hadapan. Sesekali air yang dipegang disedut.

“Apa hal kau ajak aku keluar malam-malam macam ni. Tu pula dekat taman.” Amira bercekak pinggang. Dalam banyak-banyak tempat, taman gelap ni juga yang dia ajak jumpa.

“Saja.”

Amira gulingkan bola mata. Yalah tu saja. Dari air muka pun dah tahu ada sesuatu. Duk tersengih-sengih.

Buaian di sebelah Eshal diduduk. Tak pernah-pernah dia duduk dekat taman waktu malam macam ni. Berani pula Eshal duduk sendirian. Kalau buaian di sebelah berayun sendiri, mahu trauma Eshal.

“Sebenarnya....”

“Ha! Aku dah agak ni bukan saja-saja je. Kau ajak keluar ni mesti ada benda,” cantas Amira.

“Aku tak nak kau terkejut. Bagi kau duduk dulu, baru cerita.”

“Cakaplah. Apa benda?”

“Aku dah nak kahwin.”

Amira melopong dengan mata membulat.

“Seriuslah?”

Eshal angguk mengiakan.

“Kau tak ada boyfriend, tahu-tahu dah nak kahwin. Orang tua kau jodohkan kau ke macam mana?”

“Jiran aku datang lamar aku. Nenek aku bagitahu semalam. Lepas tu, aku setujulah.”

“Ali? Kiranya, Ali yang lamar kaulah?” Amira ketawa tak percaya. Tak sia-sialah Eshal sukakan Ali selama ni. Tahu-tahu cinta berbalas.

“Em.” Anggukan diberi.

“Patutlah kau gembira lain macam. Angan-angan dah tercapai. Kau patut belanja aku shopping, Eshal.”

“Kenapa aku patut belanja kau shopping?” Kening dijongketkan.

“Meraikan kau dapat lamaran daripada Encik Crush. Anggap jelah kau terlebih bahagia sampaikan kau nak belanja aku.”

“Ambil kesempatan!” Eshal mendecit.

Amira hambur tawa seraya berdiri. Dia berjalan pergi diikuti Eshal.

“Apa cerita pak su kau? Kau dah nak kahwin, dia bila lagi?”

“Biasa je. Aku dah suruh dia cari calon cepat-cepat. Apa kata kau je jadi calon untuk pak su aku?”

“Kau gila ke apa?” Sisi kepala Eshal ditunjal.

“Aku ada boyfriend tau! Kalau aku jadi calon isteri pak su kau sekalipun, kau sanggup nak panggil aku mak su? Haa?” Amira silangkan tangan di tubuh.

Melihat Eshal laju gelengkan kepala, rakannya itu dijeling sebal. Tahu tak nak....  Sebelum bercakap tu tak fikir dulu. Elok dia hempuk kepala Eshal biar berfungsi sikit otak tu.

“Bila kau nak balik kampung, uruskan pasal lamaran kau ni?”

“Entah, aku tak cuti lagi. Mungkin lepas dua minggu.”

“Kau tak ada cakap dengan Ali pasal ni?”

Eshal menggeleng, menidakkan.

“WhatsApp dia, tanya pasal ni. Walaupun kau tak balik, sekurang-kurangnya kau respon.”

“Ali tak main WhatsApp la. Dia pakai telefon lama macam nenek aku.”

“Allahu.... Kau telefon jelah dia, senang.”

“Aku malu.”

Pasrah. Seketul Amira pasrah mendengar balasan Eshal. Lantak dialah.

•••

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang