BAB 47

64 10 3
                                    

Kepala dijengul dari sisi bahu Afiq. Mata memandang kuali yang sedang dikacau.

“Pandai kau masak.”

“Wuih!” Terlompat kecil Afiq. Dada yang berdetak laju diusap. “Kau gila ke apa sergah-sergah orang? Dengan kepala kau sekali aku goreng nanti.”

Hafizul buat muka mengejek. Kerusi ditarik lalu dia duduk.

Semua orang dah balik, tetapi dia ingin tinggal di sini lagi. Biasalah dah cuti. Terus duduk di rumah Nek Wati pun seronok. Bolehlah dia ke mana-mana sesuka hati. Nak main motor pun boleh. Kalau balik ke rumah, alamatnya bosan terkurung. Puan Leya dan Rayyen selalu keluar kerja.

“Sejak bila kau pandai masak?”

“Sejak dalam kandungan ibu aku.”

“Jawablah betul-betul.” Selamba Hafizul menolak sisi punggung Afiq menggunakan tapak kaki.

“Sekolah menengah. Sibuk je kau dekat dapur. Tolong aku masak tu tak.”

“Woi!” Hafizul terjerit kecil apabila seekor lipas terbang ke kakinya. Laju kaki dihentak-hentak lalu dia berdiri di atas kerusi.

Afiq hambur tawa.

“Balasan kau sebab sergah aku.”

Hafizul cemberutkan muka. “Halau laa binatang tu keluar. Gelak je tahu.”

“Malas.” Afiq buat muka mengejek.

“Nek! Afiq buli Hafizul!” Jerit Hafizul.

“Afiq! Masaklah elok-elok. Main-main dekat dapur, terbakar dapur nenek nanti.” Ujar Nek Wati dari ruang tamu.

“Kau nikan.... Dasar manja!” Plak! Afiq menampar paha Hafizul.

“Nek! Afiq pukul Hafizul!” Adu Hafizul lagi.

“Laillaha Illallah! Afiq! Eh budak ni.”

Pandangan mereka berdua teralih ke arah Nek Wati yang sudah memasuki dapur. Tangan yang menyentuh dinding dibawa berpeluk tubuh sambil mata memandang kedua cucunya.

“Hafizul yang kacau Afiq masak nek!” Adu Afiq, tidak mahu mengalah.

“Hafizul! Engkau mari sini. Tak payah kacaulah orang masak.”

“Tapi nek....”

“Tak ada tapi-tapi. Mari sini.” Pangkas Nek Wati.

Hafizul pandang ke bawah. Meliar matanya mencari keberadaan lipas tadi. Lompatan besar diambil. Kemudian, dia berlari anak menghampiri Nek Wati.

“Ikut nenek keluar ambil kepala tua. Nenek nak guna santan.”

Akur. Hafizul berjalan keluar dari dapur.

“Afiq. Nanti cuba cari tepung. Kalau tak ada, telefon pak su suruh beli.”

“Okey nek.”

Telefon di atas meja dicapai tatkala deringan kedengaran. Sekilas dia memandang nama pemanggil pada skrin telefon sebelum telefon dilekap di telinga.

“Apa?”

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam adikku. Apa yang abang mu ini bisa bantu?”

Dinda guling bola mata.

“Dinda ada dekat rumah Kak Eshal. Esok malam baru sampai rumah nenek.”

“Kenapa berhenti dekat rumah Eshal pula?”

“Apa salahnya? Kan biasanya memang berhenti dekat sini dulu.”

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIWhere stories live. Discover now