BAB 54

83 17 1
                                    

Kaki bagaikan dipaku di pertengahan jalan. Haqif tidak mampu meneruskan langkahannya. Wajah itu... benar-benar mirip isterinya. Namun, bagaimana? Apa yang dilihatnya sekarang langsung tidak masuk akal! Mustahil Wardah hidup semula.

“Kau siapa?” Seakan tersekat suara di tenggorokan, Haqif mengaju pertanyaan. Sebak di dada mula menebal. Dia rindu, tetapi dia harus berfikiran waras saat ini. Mana mungkin wanita itu Wardah.

Tangan yang terhulur ke depan, dibawa ke dada lalu ditepuk beberapa kali. Kemudian, dia hulur kembali ke hadapan. Mulut bergerak, namun tidak mengeluarkan suara bahkan sedikit. Setitis air mata menuruni tubir mata wanita itu.

“Apa maksud kau?” Haqif tidak mengerti.

Tak menjelaskan, wanita itu terduduk menekup kedua belah telinga dengan kepala yang tertunduk. Haqif menapak ke belakang selangkah.

Ada sesuatu yang pelik.

“Cikgu!” Seorang budak lelaki meninggalkan basikalnya di tangga dan meluru menghampiri wanita tersebut.

Haqif tersentak. Muzammil, kanak-kanak yang dia ajar mengaji pada waktu petang dan juga merupakan anak murid Wardah di sekolah.

“Ustaz buli cikgu ke? Cikgu menangis. Ha! Ustaz sendiri cakap, tak baik buli orang.”

“Muzammil, dia bukan Cikgu Wardah.”

“Dia cikgulah ustaz. Tadi Muzammil terserempak dengan cikgu dekat jalan. Cikgu duduk sorang-sorang. Bila Muzammil tanya, cikgu tak nak cakap. Muzammil teringat umi pernah cakap kalau ternampak Nek Wati dekat tengah jalan, tolong pimpin Nek Wati balik ke rumah ustaz sebab Nek Wati tak ingat jalan. Muzammil fikir, mungkin cikgu pun tak ingat jalan balik macam Nek Wati. Jadi, Muzammil tolong bawa cikgu balik.” Jelas Muzammil.

“Yang kau bawa tu bukan orang! Itu setan yang menyamar!” Takut-takut, namun keras suara Hafizul berkata.

“Tak baiklah cakap orang setan. Tengok... cikgu berdarah. Janganlah buli cikgu lagi.” Berkerut marah muka Muzammil.

“Cikgu kau dah matilah budak! Cikgu mana yang kau kutip ni!” Hafizul bersuara lagi.

“Tu mesti hantu.” Tutur Naila. Dia sudah memeluk kemas Maisara. Takut!

Hafizul angguk mengiakan.

“Siapa yang buli mak su masa mak su masih hidup? Mengaku cepat! Mak su datang nak hantui orang tu! Ampunkan Hafizul mak su! Hafizul tak salah.” Mahu termenangis Hafizul menyembunyikan diri di sisi Rayyen.

Haqif kusut dan buntu. Siapa wanita yang terlihat mirip dengan isterinya itu?

Terasa pegangan di lengan, Haqif menoleh. Puan Maimun lorek senyuman nipis.

“Biar mak uruskan dia dulu. Rawat kecederaan dia, kemudian kita bincangkan.” Ujar Puan Maimun tenang.

Haqif angguk mengiakan. Tingkah Puan Maimun membawa wanita itu ke dapur untuk menukar pakaian dilihat sebelum pandangannya teralih ke arah Muzammil.

“Muzammil, baliklah. Nanti umi risau.”

“Okey. Ustaz jangan buli cikgu tau. Buli tu berdosa. Kesian cikgu.”

Haqif kuntum senyuman seraya mengusap kepala Muzammil. Bangga mendengar Muzammil berkata sebegitu.

“Ya. Ustaz takkan buli. Baliklah. Hati-hati naik basikal.”

Muzammil angguk. Anak tangga dituruni lalu basikalnya dicapai. Haqif menutup pintu setelah figura Muzammil sudah menjauh.

“Pernah ke korang nampak hantu berjalan dan berdarah macam tu?” Afiq labuhkan punggung di sebelah Nek Wati. Dia cuma mahu menenangkan keadaan walaupun dia juga terkejut dengan situasi sekarang.

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIWhere stories live. Discover now